Ianya sangat mudah untuk memahami bagaimana satu-satu proses penghantaran emel berlaku memandangkan kaedahnya adalah membawa maklumat daripada satu titik A kepada titik B. Namun yang perlu dijelaskan adalah bagaimana mesej dalam emel tersebut bergerak dari penghantar kepada pengguna yang tertentu/spesifik? Proses ini melibatkan satu bahagian yang kita panggil pelayan emel (Mail server).

Apa itu "Mail server"?

"Mail server" boleh diistilahkan sebagai seorang posmen yang dikawal menerusi sistem komputer. Setiap emel yang dihantar dan disampaikan kepadanya melalui beberapa siri proses pelayan yang lebih kompleks -- sungguhpun ianya dianggap seolah-olah membawa mampatan mesej dan maklumat dalam satu kotak maklumat. Tanpa melalui beberapa siri "mail server" ini, anda hanya berhak dan boleh menghantar emel kepada penerima yang mempunyai domain yang sama yang anda gunakan sahaja. Maksudnya; kita hanya boleh hantar emel dari domain example.com kepada akaun lain yang dihasilkan di example.com juga.

Jenis-jenis "Mail server"

Ianya boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu: pelayan mel keluar (outgoing mail servers) dan pelayan mel terima (incoming mail servers). Pelayan mel keluar juga dikenali sebagai SMTP (Simple Mail Transfer Protocol). Pelayan mel terima pula mempunyai dua jenis variasi. Pertama adalah POP3 atau Post Office Protocol versi 3 yang diketahui paling sesuai menyimpan mel yang telah dihantar atau memuat turun salinannya ke dalam komputer. Keduanya adalah IMAP atau Internet Message Access Protocol yang mana sentiasa menjalankan proses menyimpan salinan di pelayan.

Proses penghantaran satu-satu emel

Sekarang kita sudah mengenali perkara asas mengenai pelayan mel keluar dan terima. Dengan cara ini memudahkan kita untuk memahami fungsi dan tugasan yang mereka terlibat dalam proses penghantaran emel. Proses-proses berikut diringkaskan seperti di bawah:

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Langkah 1: Selepas mengarang satu emel dan butang Hantar diklik, menerusi klien emel -- sama ada Outlook atau Gmail -- akan disambungkan ke pelayan domain SMTP. Pelayan ini boleh dinamakan dengan pelbagai jenis nama; tetapi selalunya nama piawai digunakan seperti smtp.example.com.

Langkah 2: Klien emel berkomunikasi dengan pelayan SMTP, menghantar alamat emel anda, alamat penerima emel, kandungan mesej dan sebarang lampiran yang berkaitan (jika ada).

Langkah 3: Pelayan SMTP seterusnya memproses dan menyemak alamat emel penerima -- terutamanya alamat domain. Sekiranya alamat domain adalah sama dengan penghantar, emel tersebut akan dihalakan terus ke POP3 atau IMAP domain yang sama -- tidak melibatkan penghantaran antara pelayan-dan-pelayan. Sekiranya berlainan domain, komunikasi antara pelayan-dan-pelayan akan berlaku.

Langkah 4: Dalam proses untuk mencari dan mendapat alamat emel penerima, pelayan SMTP penghantar perlu melakukan satu komunikasi dengan DNS (Domain Name Server) terlebih dahulu. DNS akan mengambil alamat emel si penerima dan menukarkannya ke dalam bentuk alamat IP (Apa itu alamat IP (IP address)). Pelayan SMTP si penghantar tidak berupaya untuk menghala emel tersebut dengan sempurna hanya berbekalkan kepada nama domain sahaja; yang mana alamat IP adalah alamat unik yang menentukan identiti satu komputer yang disambungkan dalam rangkaian. Dengan informasi ini, penghantaran mel menerusi pelayan boleh berfungsi dengan lebih efisien.

Langkah 5: Sekarang pelayan SMTP sudah mempunyai alamat IP penerima, seterusnya pelayan ini akan bersambung dengan pelayan SMTP penghantar. Sebenarnya proses ini bukan seperti SMTP--bersambung--SMTP sebaliknya melalui beberapa siri pelayan yang berlainan dan tidak berkaitan sehinggalah ianya sampai ke destinasi yang sepatutnya.

Langkah 6: Pelayan SMTP penerima akan melakukan imbasan terhadap sebarang mesej yang diterima. Sekiranya ia mengenali dan mengesahkan domain  serta pengguna adalah sah, ianya akan meneruskan emel tersebut terus kepada POP3 atau IMAP penerima. Dari situ, pelayan ini menempatkan barisan menunggu untuk emel tersebut masuk sehinggalah si penerima membuka atau membenarkan emel tersebut dimuat turun. Emel ini kemudian boleh dibaca oleh si penerima.

Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 4.2 (5 votes)