http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Hakikatnya, terdapat banyak sistem kerangka yang sangat berkualiti dan berteknologi tinggi dalam pembangunan menggunakan PHP. Sistem kerangka (framework) ini mendatangkan banyak kebaikan dan mempercepatkan proses pembanguan sesuatu sistem.



Dan dengan kebaikan dan keuntungan yang diperolehi ini adalah antara sebab mengapa perlu untuk mengguakan kerangka dalam pembangunan sebarang sistem.



Model-View-Controller (MVC)



Kebanyakan sistem kerangka PHP dibina dengan mengambil konsep dan paten MVC iaitu Model-View-Controller. Reka bentuk dan konsep ini akan mengasingkan objek-objek yang ditakrifkan dalam sistem dan dipanggil serta dikawal dalam bentuk cebisan modular.



Model (M) mengawal sepenuhnya data-data sama ada daripada pangkalan data atau fail kepada aplikasi. Controller (C) pula menyediakan logik dalam pemprosesan sistem. Manakala View (V) mengawal sepenuhnya bentuk paparan HTML kepada pengguna.



Salah satu sebab penggunaan MVC dalam sistem kerangka adalah untuk menghasilkan sistem yang lebih bersih, berbentuk modular dan mudah untuk dibaik pulih. Melakukan proses kemas kini atau perubahan lebih mudah termasuklah beralih kepada jenis atau versi pangkalan data yang baru. Perubahan kod hanya melibatkan modul-modul tertentu sahaja dan tidak kepada keseluruhan aplikasi.



Tanpa penggunaan kerangka, proses ini lebih sukar dilakukan dan kod aplikasi akan kelihatan berterabur. Banyak perkara boleh dijanakan dengan PHP. Dan proses-proses ini disingkatkan menerusi pakej kod yang telah ditakrifkan di bahagian "libraries".



Mengasingkan PHP dan HTML



Jika fokus kepada proses kemas kini, andaikan kita terpaksa melakukan proses penukaran maklumat pangkalan data kepada sistem sedia ada. Apa yang berlaku adalah ia mengambil sepenuh hari untuk mengubah dan menyunting puluhan fail PHP. Menggunakan kerangka PHP, proses ini disingkatkan dengan konsep modular yang mengubah fail yang diperlukan sahaja.



Pembangunan laman web kini sudah menjadi terlalu kompleks dan rumit. Tidak seperti suatu masa dahulu, pereka laman mencipta rekaan, menterjemahkan kepada kod HTML dan memuat naik untuk dipaparkan kepada pengguna. Kini aplikasi web dibangunkan oleh puluhan pembangun yang masing-masing mempunyai bidang kemahiran tersendiri.



Penggunaan kerangka PHP memudahkan proses yang kompleks ini kerana pereka laman web boleh menyelenggara reka bentuk laman tanpa perlu mengetahui dan memahami kod PHP secara mendalam. Dan juga, penyelenggara pangkalan data boleh melakukan pengoptimuman setiap kueri di satu bahagian.



Dengan erti kata lain, penggunaan kerangka PHP membenarkan kolaborasi dijalankan antara tim dan kumpulan pembangun dengan lebih mudah.



Penamaan URL yang mesra pengguna



Antara sebab lain yang menyokong pengguna kerangka PHP adalah keupayaannya untuk menghasilkan penamaan URL yang mesra pengguna dan mesra enjin carian. Kebanyakan sistem kerangka menyediakan laluan atau penghala dari URL dan dipetakan kepada kelas atau cara kod dilaksanakan dengan spesifik.



Dengan cara ini, kita boleh menghasilkan atau menggunakan satu-satu URL tanpa memerlukan penggunaan string atau query (?) di dalam URL seperti cara tradisional. Dan semesti, sebagai keuntungan lebihan, ianay lebih mudah untuk dikenali dan diindeks oleh semua enjin carian yang menekankan kepada penggunaan kata kunci.



Pembangunan yang pantas



Kelebihan utama mengapa ramai memilih untuk menggunakan kerangka adalah ianya mempercepatkan proses pembangunan aplikasi web. Setiap satu kerangka sudah dilengkapi dengan elemen-elemen asas yang digunakan dalam pembangunan seperti interaksi dengan pangkalan data, pendaftaran sesi, pemetaan URL dan lain-lain. Dengan menggunakan kemudahan yang telah diuji, dilari-uji dan disah-uji, penulisan kod aplikasi menjadi lebih senang. Anda akan dapat merasa perbezaan yang ketara antara penggunaan kerangka dan konsep tradisional.



Lima kerangka yang popular



#1 CodeIgniter



(http://www.codeigniter.com/)



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



CodeIgniter merupakan kerangka PHP yang direka untuk sistem PHP yang kecil, digunakan pada pelayan jenis perkongsian dan mengendalikan jumlah data yang terhad untuk satu-satu aplikasi web.



#2 Yii



(http://www.yiiframework.com/)



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Yii adalah kerangka yang lebih tegap, bersifat modular dan sesuai digunakan untuk aplikasi web yang lebih besar dan kompleks. Yii didatangkan dengan sokongan penuh kepada pelayan, termasuklah konsep MVC, ActiveRecord, caching, AJAX libraries, authentication dan authorization component.



#3 CakePHP



(https://cakephp.org/)



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



CakePHP adalah pemecut kepada pembangunan kerangka PHP yang menyediakan struktur binaan yang lebih besar kepada pembangun, mudah untuk diselenggara, dipasang dan dibina sebarang aplikasi web berasaskan PHP.



#4 Zend



(http://www.zend.com/)



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Zend lebih fokus kepada keupayaannya bersifat fleksibel dan mempunyai sokongan tambahan sistem pelayan seperti Zend Server, Zend Studio dan Zend Platform.



#5 Symfony



(http://symfony.com/)



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Symfony sendiri mengiktirafkan kerangka mereka untuk digunakan pada pelantar perusahaan yang lebih besar. Sistem kerangka yang dibina memberi kawalan yang lebih teguh dari pelbagai segi dan cabang konfigurasi; dari direktori sehingga ke sambungan pakej luaran, hampir ke semua parameter boleh dikawal. Symfony didatangkan dengan kelengkapan pakej termasuklah alatan untuk uji-lari, dokumentasi dan baik pulih ralat.

Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (2 votes)