Walaupun Drupal 7 didatangkan dengan pelbagai modul yang boleh dimuat turun secara percuma, kadang kala terdapat situasi yang memerlukan sesuatu modul dibangunkan secara khas. Ini bagi memenuhi keperluan tertentu.

Sebagai contoh, kita memerlukan satu data set yang akan menyimpan tawaran harga bagi semua produk daripada tiga buah syarikat pemborong. Data-data ini kemudiannya dipaparkan menerusi modul Views.

Proses ini boleh dilakukan dengan mencipta jenis kandungan khas "tawaran" dengan medan "harga". Seterusnya kita mencipta satu lagi jenis kandungan "Syarikat" dengan medan "Alamat" dan "Nombor telefon". Kedua-dua kandungan ini dihubungkan menerusi modul Entity References. Seterusnya mengguna modul Feeds, data-data ini dikumpulkan secara berkala.

Jadi, apa masalahnya? Masalahnya adalah dari segi prestasi. Anda bayangkan jika terdapat 10,000 data yang hanya diperlukan nama produk dan harga perlu dikepilkan data jadual node iaitu revision, status, created, changed, comment, promote, sticky dan translate. Ditambah pula dengan jadual field_price dan field_company, konsep ini akan memerlukan ruang memori yang besar untuk dipanggil. Sedangkan kita boleh cipta satu jadual dengan medan offer_id, company, price sahaja.

Melihat kepada keperluan ini, Drupal 7 dibangunkan untuk membenarkan kita mencipta entity (rujuk artikel: Entity type, Bundles, Fields, Entity) khas dan tidak menggunakan entity node sebagai pengumpulan data set.

Penghasilan entity yang baru hanya boleh dicipta melalui pembangunan modul.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)