Apa itu jaringan sosial (Social networking)



Jadi bila perkara ini merujuk kepada laman web jaringan sosial, satu fenomena di mana antara pelawat-pelawat dalam laman tersebut boleh melakukan pelbagai aktiviti dan saling berkomunikasi atau berkongsi sesama mereka.



Statistik menunjukkan perkembangan web jaringan sosial begitu meningkat dari semasa ke semasa kerana pada masa kini laman web yang hanya berteraskan kepada perhubungan satu hala semakin kurang mendapat sambutan.



Tambahan pula dunia internet begitu pesat mempraktiskan teknologi Web 2.0 yang menjadi tumpuan dan fokus utama pembangun laman web. Sebagai contoh, Facebook antara pelopor utama menaikkan konsep Web 2.0 dan jaringan sosial yang memberikan tempias kepada Friendster dan MySpace.



Ciri-ciri web jaringan sosial



Pada dasarnya, tidak ada satu panduan atau ciri-ciri yang khusus menerangkan atau mengisytiharkan web berkonsepkan jaringan sosial tetapi ia boleh dikenalpasti menerusi perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh satu-satu laman web tersebut. Gambar rajah di bawah ini memberikan gambaran yang ringkas mengenai wen jaringan sosial.



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Merujuk kepada gambar rajah di atas, setiap laman web yang berkonsepkan individu seperti portal, galeri, niaga, forum, blog dan beberapa lagi contoh konsep tidak dimasukkan tidak sepenuhnya menggunakan konsep Web 2.0. Terdapat juga laman web yang berkonsepkan individu ini menggunakan sepenuhnya teknologi Web 2.0 tetapi secara totalnya, masih belum mencapai satu tetapan yang menjurus ke arah 100% Web 2.0.



Apabila kita merangkumkan ke semua laman-laman individu ini menjadi satu, maka akan wujudlah satu interaksi antara laman-laman ini menjadi satu konsep yang baru yang dinamakan jaringan sosial atau "social networking".



Konsep ini adalah lebih kompleks berbanding laman web individu yang menjurus ke arah satu konsep manakala jaringan sosial tidak mempunyai satu konsep tetap. Ia lebih ke arah satu pembentukan jaringan yang berkongsi fungsi dan konsep dari pelbagai jenis laman web individu.



Satu web jaringan sosial tidak semesti mempunyai ke semua konsep atau elemen di atas, sebaliknya hanya memaparkan dua atau tiga elemen sudah cukup untuk membentuk jaringan sosial. Sebagai contoh, katakan laman web yang berfokuskan kepada perniagaan produk:



  • Portal: ruangan untuk mempamerkan, proses jual beli dan pengiklanan mengenai produk

  • Forum: ruangan untuk pengguna yang sudah membeli atau hendak membeli mengenali produk tersebut dengan lebih dekat

  • Galeri: ruangan untuk memaparkan demo-demo dan gambar-gambar mengenai produk dengan lebih jelas


Manakala sekiranya laman web yang berfokuskan kepada perkongsian maklumat, pengalaman dan aktiviti ahli-ahli berdaftar:



  • Portal: ruangan untuk pendaftaran, maklumat, profil dan info-info terkini

  • Forum: ruangan perbualan, salam mesra dan interaksi sesama ahli

  • Blog: ruangan penulisan tinta untuk dikongsi sesama ahli-ahli

  • Galeri: ruangan perkongsian gambar-gambar aktiviti sesama ahli


Sehubungan itu, jika kita perhatikan contoh-contoh yang diberikan di atas, jelas sekali setiap elemen yang digunakan untuk membentuk web jaringan sosial tidak mempunyai satu garis panduan yang khas sebaliknya kita menggunakan setiap elemen atau konsep individu tersebut untuk dijadikan sebagai ranting atau cebisan untuk membentuk satu jaringan yang berfokuskan kepada satu matlamat atau arah tujuan jaringan sosial tersebut.



Asas dan konsep web jaringan sosial



Seperti yang diterangkan di atas, jaringan sosial membentuk satu jaringan yang kompleks dan memerlukan sokongan daripada beberapa elemen atau laman web individu bagi membentuknya. Namun apa yang penting adalah konsep pembinaan jaringan sosial ini. Anda perlu mempunyai rangka awal mengenai jaringan yang bakal diwujudkan.



Sebagai contoh, kita gunakan contoh kedua seperti di atas.



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Contoh di atas merupakan antara rangka asas yang boleh dibina untuk membentuk satu web jaringan sosial. Perhatikan betapa kompleks dan setiap elemen dan peranan yang dimainkan oleh setiap konsep individu berhubung antara satu sama lain.



Mengapa perlu berhubung antara satu lain? Bila kita bercakap mengenai jaringan, setiap elemen yang digunakan perlu mempunyai peranan dalam menyumbang ke arah terbentuknya satu komuniti. Sekiranya tiada hubungan antara satu sama lain, maka tiada jaringan yang dibentuk dan seolah-olah setiap laman adalah seperti terasing.



Jadi sekiranya pengguna berada di ruangan blog, mereka tetap menerima maklumat terkini dari ruangan portal, galeri atau forum. Ini semua bergantung kepada kreativiti dan kemahiran pihak pembangun.



Dan kepada pembangun, istilah "syok sendiri" perlu dielakkan sama sekali kerana tunjang utama untuk jaringan sosial berkembang adalah bergantung kepada pengguna dan setiap keperluan yang dicadangkan oleh pihak pengguna perlu diambil berat.



Elakkan dari membina konsep untuk jaringan sosial sperti contoh di bawah kerana akhirnya pengguna akan berasa laman web anda sungguh membosankan:



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Contoh-contoh di atas menghadkan pergerakan pengguna dalam jaringan sosial anda di mana pengguna seperti seolah-olah perlu memasuki satu ruangan sebelum bertemu dengan ruangan yang lain. Keadaan ini akan menyusahkan pengguna dan semestinya laman ini tidak dapat berkembang dengan lebih besar.



Keperluan untuk membina web jaringan sosial



Pada masa sekarang, untuk membina laman web berteraskan jaringan sosial sudah tidak mustahil lagi tambahan pula pelbagai perisian yang siap sedia boleh digunakan berbanding pada zaman dahulu yang memerlukan kemahiran dan asas yang kuat untuk membina laman web. Sistem pengurusan kandungan atau CMS boleh digunakan sebagai jalan singkat untuk membina laman web ini bagi pengguna baru.



Antara cadangan percuma yang boleh anda gunakan untuk membinanya adalah seperti:



  1. Drupal: merangkumi portal, forum dan blog

  2. Joomla: merangkumi portal, blog dan galeri

  3. Wordpress: merangkumi blog dan galeri

  4. SMF, phpBB3: merangkumi forum


Yang mana satu paling sesuai digunakan?



Jawapannya semua. Tiada satu pun CMS yang paling sesuai tetapi semuanya sesuai digunakan. Selebihnya bergantung kepada kemahiran dan kreativiti dan juga anda tahu apa yang hendak anda lakukan. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan Wordpress sebagai portal dan blog, maka sebagai alternatif untuk forum anda boleh gunakan phpBB3 atau SMF.



Selanjutnya hanya perlu lakukan integrasi antara Wordpress dan phpBB3/SMF sahaja untuk menjadikan satu jaringan sosial yang menyediakan portal, blog dan forum.

Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 4 (1 vote)

Komen

borneoxmeo's picture

(clap) waaa...artikel yg sangat berinformatif,penerangan yg cukup memberikan inspirasi...hehe :D
baca sekali gerenti x puas,baca 2 kali rasa nak baca lagi.... (giggle) almaklum la nk setup Jaringan sosial sendiri x lama lg...tq bro.

parasolx's picture
Admin

terima kasih atas pujian tersebut. kemungkinan artikel ini akan diupdate dan dikemas kini lagi sebab banyak lagi perkara mengenai social networking ini boleh dibincangkan.

kalu ade maklumat tambahan, boleh dikongsikan bersama di sini.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training