Ianya tidak seperti yang dapat kita lihat pada perbezaan versi atau siri satu-satu perisian. Secara realitinya, web 2.0 merupakan satu ungkapan yang menerangkan perubahan penggunaan laman web, cara dan corak interaksi pengguna dengan laman sejak bermulanya sejarah internet.

Bentuk dan paparan maklumat

Salah satu perkara yang dapat membezakan antara web 1.0 dan web 2.0 adalah dari segi perubahan bentuk paparan maklumat. Dalam web 1.0, hampir keseluruhan maklumat yang disampaikan dan dipaparkan adalah dalam bentuk statik. Maklumat ini kebiasaanya dikemas kini sekali sahaja dalam satu-satu tempoh masa. Manakala web 2.0 informasi yang disediakan lebih berbentuk dinamik. Kadar kemas kini informasi tersebut adalah lebih pantas dan singkat. Laman seperti Twitter dan teknologi suapan RSS merupakan antara contoh terbaik untuk menunjukkan kesan dinamik web 2.0 itu tersendiri.

Selain itu, ianya bukan sahaja satu kemajuan atau peningkatan yang dapat dilihat dalam web 2.0 tetapi juga corak dan perkara-perkara yang anda dapat lakukan dengannya. Antara elemen yang diperkenalkan dalam konsep web 2.0 adalah aplikasi web. Aplikasi web adalah satu perisian yang tidak dipasang pada komputer pengguna sebaliknya dihoskan dalam satu pelayan yang boleh diakses menerusi internet di mana-mana atau bila-bila masa. Perkhidmatan seperti Google Docs menyediakan kebolehan untuk melakukan kerja-kerja pejabat yang tidak menuntut anda untuk memasangnya terlebih dahulu ke dalam komputer.

Struktur dan aliran data-data

Antara kekunci yang membezakan kedua-dua perkara ini adalah aturan dan aliran informasi yang berlaku. Web 1.0 mempunyai struktur yang aliran informasi yang tetap yang mana pentadbir akan memuat naik kandungan ke dalam pengehosan web seterusnya akan dimuat turun oleh pengguna untuk melihatnya. Dalam erti kata mudah, kawalan keseluruhan laman terletak sepenuhnya kepada tangan pentadbir.

Dalam web 2.0, kawalan kandungan ini diberikan dan dipanjangkan kepada pengguna. Contoh terdekat adalah laman seperti Flickr, Facebook dan Myspace. Laman-laman ini memberikan satu ruangan kosong kepada pengguna dan semua konfigurasi, muatan kandungan dan bentuk paparan akan ditentukan oleh pengguna sendiri mengikut selera dan citarasa masing-masing.

Sebaran maklumat terbaru

Selain itu, dalam dunia penulisan blog penyebaran dan pemberitahuan mengenai kandungan terbaru di laman blog boleh dilakukan dengan lebih mudah menerusi web 2.0. Setiap sebaran ini akan dilakukan sepenuhnya oleh sistem yang digunakan berbanding pentadbir sebelum ini perlu mewujudkan satu pangkalan data pengguna di dalam kotak emel persendirian.

Secara mudahnya, web 1.0 dan web 2.0 boleh disimpulkan:

  • web 2.0 mewakili jumlah perubahan yang berlaku semenjak web 1.0 diperkenalkan pada pertama kali
  • web 2.0 bersifat dinamik manakala web 1.0 adalah statik
  • web 1.0 lebih ke arah pelayaran halaman manakala web 2.0 menuntut aktiviti yang lebih
  • aliran dan sebaran maklumat web 1.0 adalah lebih linear berbanding web 2.0
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)