Merujuk kepada tutorial SEO yang telah kita lalui sebelum ini, anda semestinya sudah mengetahui mengenai algoritma yang digunakan oleh Agen Carian yang sering menjadikan pereka laman web bermasalah dengannya. Juga telah diterangkan bahawa Agen Carian kurang berminat kepada gambar, video dan flash.

Sekarang dalam topik ini, anda mungkin berpendapat bahawa Agen Carian juga tidak berminat kepada URL dinamik. Secara tulusnya, pengunjung juga tidak berminat kepada URL dinamik seperti;

http://example.com/index.php?nid=1&type=2

kerana langsung tidak memberikan apa-apa gambaran atau maklumat yang kasar mengenai laman web tersebut.

Kelebihan Statik vs Dinamik

Terdapat beberapa sebab dan kelebihan URL statik berbanding dinamik. Pertama, URL dinamik tidak selalunya tetap - kebiasaanya terhasil atau dihasilkan apabila mendapat arahan daripada pengguna setelah mereka melaksanakan atau mengisi satu-satu borang (form). Sebaliknya, untuk Agen Carian URL tersebut langsung tidak wujud kerana mereka mengindeks laman web secara merangkak (crawling) bukan melalui pengisian borang atau tindakan lain.

Kedua, walaupun URL sebelum ini dilaksanakan dan kemudiannya disimpan dalam pangkalan data tetapi Agen Carian akan mengabaikan URL tersebut sekiranya terdapat terlalu banyak simbol-simbol seperti "&", "?" atau simbol-simbol istimewa yang lain. Dahulu mereka akan mengabaikan terus sebaliknya pada saat kini mereka sudah berupaya untuk mengindeks URL dinamik tetapi dengan kadar yang terlalu perlahan berbanding URL statik.

Langkah Penyelesaian

Secara ideanya, untuk mengatasi masalah ini bukanlah dengan menukarkan semua laman dinamik kepada statik. Laman web berteraskan penggunaan pangkalan data dan sistem dinamik adalah lebih baik sekiranya anda menyediakan format yang mudah dibaca, difahami dan diterima oleh pengguna dan juga Agen Carian.

Salah satu langkah terbaik adalah dengan melakukan "URL rewriting" atau penulisan semula URL. Ia merupakan alat atau aturcara istimewa (bergantung kepada jenis perisian pelayan yang digunakan) yang bertugas untuk menulis dalam bentuk format yang lebih mesra pengguna, yang hasilnya URL dipaparkan seolah-olah laman HTML biasa.

Penulisan Semula URL

Untuk menghasilkan URL berbentuk seperti ini: http://example.com/web-kategori-1-tajuk-5.htm

Anda perlu menambah kod aturcara pada fail ".htaccess" yang boleh ditemui pada dasar pelayar

Options +FollowSymLinks
RewriteEngine on
RewriteRule web-kategori-(.*)-tajuk-(.*)\.htm$ content.php?categoryid=$1&titleid=$2

Ini adalah contoh biasa sahaja. Kita mungkin akan mempelajari untuk mengawal fail ".htaccess" untuk Linux dan juga Microsoft di kemudian hari nanti.

Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)