#1 Logo yang jelas

Mempunyai logo perniagaan yang jelas adalah penting kepada yang baru dibangunkan atau sudah lama bertapak. Dalam kes ini, identiti pengenalan kepada penjenamaan logo yang mudah dikenali dan diingati adalah antara elemen yang memberi kepercayaan kepada pelanggan terhadap syarikat kita. Jenama yang popular mampu menghasilkan jualan yang sangat tinggi mahupun dengan beberapa fungsi asas laman web sahaja. Boleh dikatakan hanya dengan memaparkan logo, produk jualan dan butang "Beli" sahaja sudah cukup bagi kes-kes tertentu.

Only local images are allowed.

#2 Tawaran istimewa, Percuma dan Penghantaran

Pelanggan hanya memerlukan sedikit masa sahaja sama ada ingin meneruskan pembelian atau beredar dari laman jualan kita. Melainkan mereka terpandang atau tertarik kepada satu-satu tawaran yang ditunjukkan. Kebanyakan pelanggan menghabiskan masa dan wang membeli barangan pada harga diskaun, tawaran istimewa atau harga yang begitu rendah.

Sesetengah daripada mereka tertarik kepada penghantaran percuma walaupun dalam kuantiti yang tidak begitu banyak. Walau bagaimanapun mereka tetap tertarik kepada diskaun dan harga istimewa sekiranya ditawarkan. Berbalik kepada penghantaran percuma, kadang kala faktor ini menjadi sangat penting kepada mereka. Pelanggan mungkin berada di segenap dunia dan kadang kala kos penghantaran melebihi daripada harga asal produk. Mereka mahukan barang sampai dengan selamat dan semestinya tidak sanggup untuk membayar lebih semata-mata kos penghantaran yang lebih tinggi.

Only local images are allowed.

#3 Berita terbaru dan produk paling popular

Apabila satu-satu berita atau pengumuman terbaru dihantar, kita perlu pastikan informasi ini sampai kepada pelanggan. Elakkan daripada memaksa pelanggan mencari-cari lokasi tawaran atau diskaun yang diberikan.

Manakala pelanggan yang setia akan lebih gemar melihat ruangan produk-produk terbaru yang boleh dibeli. Jangan biarkan mereka menghabiskan hampir setengah jam sekadar mengeksplotasi barangan-barangan baru yang dijual.

Only local images are allowed.

#4 Produk berjenama

Adalah sukar untuk kita menilai dan tiada satu anggapan yang tepat apakah keperluan yang dicari oleh seorang pelanggan. Namun ini tidak memaksa kita untuk meletakkan hampir ke semua produk yang dijual pada laman utama. Perkara paling mudah adalah meletakkan produk yang berjenama dan berpotensi pada laman utama.

Bagi yang mempunyai bilangan produk yang banyak atau stor yang terlalu besar, adalah penting menarik perhatian pelanggan dengan meletakkan produk istimewa dan lain dari yang lain di laman utama. Kita juga boleh klassifikasikan barangan melalui kategori jenama. Kaedah dan cara ini dilihat lebih efektif dalam proses pencarian.

Only local images are allowed.

#5 Troli jualan, kekotak log masuk dan kotak carian

Ketiga-tiga perkara ini selalunya diletakkan berhampiran atau bersama-sama pada hampir kebanyakan laman web perniagaan. Sangat mustahil dan sukar untuk proses pembelian dijalankan tanpa troli belian. Kebiasaannya diwakilkan dengan ikon atau gambar bakul/troli.

Sesetengah laman menyediakan ruangan peribadi bagi setiap pelanggannya. Mereka dibenarkan untuk mendaftar dan melihat sebarang sejarah transaksi pembelian sebelum ini. Mereka juga dapat melihat status aktiviti pembelian terhadap produk yang dibeli. Kaedah ini juga mudah untuk memantau pemberian kupon diskaun dan lain-lain tawaran istimewa sebagai ganjaran untuk pelanggan setia.

Bagi laman yang mempunyai bilangan produk yang banyak pastikan laman tersedia dengan fungsi kotak carian. Pelanggan berpeluang untuk mencari produk yang spesifik dengan lebih mudah dan segera.

Only local images are allowed.

#6 Sistem pembayaran tersedia

Laman perniagaan mungkin berinteraksi dengan semua pelanggan dari segenap dunia dan mereka mempunyai pilihan bentuk pembayaran tersendiri. Ada yang memilih penggunaan kad kredit dan ada yang lebih gemar dengan pindahan wang.

Oleh sebab itu, adalah penting untuk kita menyatakan kepada pelanggan bentuk pembayaran yang disediakan kepada pelanggan dan bentuk pembayaran yang sedia kita terima. Maklumat tambahan seperti alamat bil dan alamat penghantaran boleh dimohon daripada pelanggan untuk mengisinya semasa proses pembayaran hendak dilakukan.

Only local images are allowed.

#7 Perkongsian ke laman sosial

Boleh dikatakan hasil daripada kajian mendapati hampir 20% pembelian yang dibuat adalah datangnya daripada laman-laman sosial. Orang ramai akan lebih tertarik sesuatu produk yang dicadangkan oleh orang yang dikenali. Laman sosial seperti Facebook dan Twitter, mungkin bukan yang terbaik, tetapi adalah jalan yang pantas untuk satu-satu maklumat disebarkan.

Only local images are allowed.

#8 Nombor telefon dan sembang atas talian

Melalui laman perniagaan ini, pelanggan berinteraksi dengan kita menerusi atas talian yang jauh berbeza daripada kaedah tradisional. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau pelanggan ingin maklumat lanjut, mereka mahu berhubung menerusi telefon atau bercakap secara langsung. Inilah kepentingan menyediakan nombor telefon untuk dihubungi atau sebarang bentuk perkhidmatan "chat" iaitu sembang atas talian. Sekiranya boleh diimplemenkan secara 24 jam adalah lebih baik.

Ini kerana kita tidak menjangka masalah apa yang mungkin timbul dan terjadi. Sehubungan itu interaksi secara langsung adalah sangat penting bagi pelanggan dan juga kita sebagai penjual.

Only local images are allowed.

#9 Lokasi stor atau tempat jualan sebenar

Lokasi sebenar stor atau tempat jualan sebenar adalah tidak kurang penting. Kebanyakan pengguna pada hari ini masih mengekalkan kaedah pembelian secara tradisional. Mereka mahu memegang, melihat dan merasa produk yang ingin dibeli dengan terus melawat stor jualan secara terus.

Only local images are allowed.

#10 Trustmarks (label kepercayaan)

Trustmarks merupakan logo atau pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan berhubung dengan keselamatan terhadap transaksi yang dijalankan pada setiap laman web perniagaan. Ianya merangkumi isu keselamatan, kesahihan transaksi, keselamatan maklumat sulit seperti kad kredit dan perlindungan anti-virus.

Sungguhpun perkara ini mungkin dipandang remeh, tapi bagi sesetengah laman yang mempunyai kadar transaksi yang begitu tinggi, kepercayaan pelanggan dan keselamatan maklumat adalah lebih penting daripada proses jualan semata-mata.

Only local images are allowed.

Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)