Pastinya ramai diluar sana yang begitu berminat dalam bidang penulisan lebih-lebih lagi kandungan artikel yang semestinya mempunyai kata kunci yang banyak dan membantu laman anda untuk diangkat ke tahap yang lebih popular berbanding laman-laman yang lain.

Pelbagai cara boleh dilakukan seperti bantuan gambar yang menceritakan secara keseluruhan isi kandungan artikel tersebut. Animasi tidak juga kurangnya. Namun, elemen yang paling berguna dan menyerlah adalah format dan cara tulisan artikel tersebut dipaparkan.

"Blockquote"

"Blockquote" merupakan elemen HTML yang paling berguna untuk digunakan pada penulisan. Ia adalah tag asas yang dimuatkan dari versi HTML 3.2 lagi. Dan yang lebih penting, tag <blockquote> ini disokong oleh ke semua pelayar web dari semua platform operasi sistem

"Blockquote" elemen tag yang wujud sejak dari versi HTML 3.2 lagi ...

Kelebihan "blockquote"? Sekiranya kita mahu menekankan satu-satu kata kunci, sama ada kita tebalkan (bold) atau condongkan (italic) kata kunci tersebut. Andainya ia melibatkan tajuk, maka penggunaan "heading" lebih sesuai. Tetapi apabila kita tiba kepada frasa atau beberapa rangkap ayat, penggunaan atau ketidaksesuaian tag yang digunakan akan merosakkan SEO laman.

Kerana, sekiranya penggunaan <b> atau <i> untuk satu rangkap panjang akan ditaksirkan oleh Agen Carian anda sebagai penyalahgunaan sistem SEO yang boleh menyebabkan laman di senarai hitam. Penggunaan "heading" bagi frasa yang terlalu panjang juga memberi kesan yang sama.

Oleh itu, "blockquote" diwujudkan bagi menekankan satu frasa yang panjang yang akan diindeks terlebih dahulu oleh Agen Carian dipertengahan teks sesuatu artikel. Selain itu, beberapa atribut yang boleh mengembangkan "blockquote" itu sendiri "lang" atau "title"

Penggunaan tag "Blockquote"

Dalam HTML, penggunaan tag sangat mudah. Tatacara penulisan blockquote adalah seperti berikut:

<blockquote>
Frasa yang panjang untuk ditekankan sebagai isi penting sesuatu artikel atau perenggan
</blockquote>

Dalam versi HTML5, terdapat satu tag yang baru diperkenalkan bagi membantu dan mengembangkan fungsi <blockquote> iaitu <cite>.

Pada asasnya, HTML akan menjarakkan frasa tersebut dari marjin penulisan. Ini adalah tetapan asal HTML. Sebagai contohnya anda boleh lihat pada contoh di bawah ini.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Bagi membolehkan ianya dipaparkan dengan cara yang lebih menarik seperti yang anda lihat dalam contoh artikel ini pada bahagian atas, bantuan daripada CSS diperlukan.

Kod CSS

Anda boleh menggunakan terus kod CSS yang digunakan pada Kripkorn Studios. Seterusnya hanya modifikasi sedikit agar menepati tema laman anda. Kod tersebut adalah:

blockquote {
  font-family: Georgia;
  font-size: 20px;
  font-style: italic;
  text-align: center;
  display: block;
  padding: 18px 0 0 35px;
  background: url(blockquote.png) left top no-repeat;
  border: none;
  float: right;
  margin: 5px 7px 5px 10px;
}

Untuk gambar latar belakang, anda boleh hasilkan sendiri gambar tersebut mengikut keperluan kerana gambar latar belakang KS ini disimpan sebagai hak persendirian dan bukan untuk edaran.

Semoga anda dapat aplikasikan tag yang walaupun hanya tag asas sebaliknya ianya membantu dan memain peranan yang penting dalam SEO laman.

Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 3.3 (3 votes)

Komen

blogger_boy's picture

para nanti senag2 wat la tutorial jquery :D

------

[center]Bersekutu diantara sesama itu akan saling menguatkan. Jika kita melihat ada geng kita lemah, kita akan bantu untuk menguatkan mereka. Dan tatkala kita lemah, mungkin mereka juga akan menolong kita. Marilah kita membentuk satu kumpulan yang saling bantu-membantu dan menguatkan.[/center]

SoLarIZe's picture

betul gak tu...
tuto jquery pun best gak...
tgh dok best nk blajor nie...

boy's picture

boleh la pinjam css nih..smart plak
para buat la artikal berkenaan jQuery plak...sy try buat asik x jadik je
contoh,
http://www.hongkiat.com/blog/simple-call-to-action-button-with-css-jquery/

parasolx's picture
Admin

Jika diizinkan masa akan saya muatkan. tutorial yang saudara hantar pun masih belum saya muatkan lagi. akan saya curik masa esok untuk muatkan artikel tersebut.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training