Penggunaan elemen gambar bukan sahaja dapat menambah keceriaan satu-satu laman web malah sekiranya elemen gambar tersebut menggunakan kesan khas dengan bantuan Javascript akan dapat meningkatkan kredibiliti laman itu sendiri. Dalam tutorial kali ini, satu skrip yang mudah dan ringkas untuk melakukan kitaran gambar bersama pautan akan ditunjukkan.

Kod Javascript yang mudah ini juga digunakan di laman Kripkorn Studios.

Aturcara kod:

<script type="text/javascript">

//store the quotations in arrays
var images = [],
index = 0;

images[0] = "<a href = 'http://example.com'><img src='http://example.com/drupal7.gif' alt='Drupal 7'></a>";

images[1] = "<a href = 'http://example.com'><img src='http://example.com/drupal6.gif' alt='Drupal 6'></a>";

images[2] = "<a href = 'http://example.com'><img src='http://example.com/phpbb3.gif' alt='phpBB 3'></a>";

images[3] = "<a href = 'http://example.com'><img src='htt://example.com/web.gif' alt='Aturcara web'></a>";

index = Math.floor(Math.random() * images.length);

document.write(images[index]);

</script>

Kod Javascript ini perlu dimasukkan di antara tag <body </body.

Untuk penambahan elemen gambar, salin baris kod: images[n] ... dengan memastikan bahawa bilangan nombor n adalah berlainan dan bertambah secara jujukan.

Penilaian: 
No votes yet