Semenjak laman web dipopularkan sebagai satu platform dan medium dalam komunikasi, ianya tidak terlepas untuk mempunyai pautan berfungsi atau menu navigasi. Menu secara sendirinya bertugas untuk menghubungkan satu kandungan dengan kandungan yang lain.

Bagi laman web yang ringkas seperti blog atau web profil berkenaan dengan hasil kerja, konsep menu yang lebih mudah, besar, jelas serta berada di bahagian atas adalah paling praktikal boleh dicipta. Tetapi bagaimana pula dengan laman yang lebih besar, kompleks atau mempunyai kandungan yang terlalu banyak?

Antara konsep menu yang boleh digunakan adalah Mega Menu.

Mega menu: Sejauh mana tahap keberkesanannya?-9674

Revolusi dalam reka bentuk menu

Revolusi rekaan menu dilihat bermula dengan tulisan atau pautan biasa. Disusun di bahagian kiri atau kanan laman. Menu-menu penting dimuatkan seberapa banyak yang boleh dalam satu bahagian. Tidak ketinggalan menu-menu (pautan) dimasukkan di bahagian kandungan. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan pengguna mendapatkan kandungan selanjutnya sebaliknya kita terpaksa mencari kedudukan dan menu tersebut.

Dengan mengambil berat faktor ini, rekaan menu ditambah baik dengan mewujudkan menu berbentuk butang. Ini bagi membezakan menu dengan kandungan. Susunan menu diatur agar tidak menuttupi ruangan kandungan. Sama ada berada di kiri, kanan, atas atau bawah. Tetapi bagi laman yang mempunyai bilangan menu yang semakin banyak, laman kelihatan dipenuhi dengan menu sahaja. Tiada pembahagian dilakukan.

Oleh itu, satu konsep baru diperkenalkan iaitu "Drop down menu". Konsep ini boleh dikatakan sangat popular dan masih digunakan sekarang. Namun masih terdapat kekurangan dari segi pembahagian dan pengelasan kandungan. Barisan menu yang terlalu banyak dan panjang tidak cukup efisien. Pereka laman web memikirkan "drop down menu" ini perlu melalui proses suntingan agar kelihatan lebih mudah dilayari, dilihat dan menggunakan ruang sepenuhnya.

Inisiatif dengan faktor-faktor kebolehgunaan diambil kira maka tercetuslah satu konsep yang dipanggil "mega menu". Mega menu menyusun menu-menu sama ada dalam bentuk pengelasan tertentu atau barisan menu yang panjang dimuatkan dalam beberapa lajur. Ini menjadikan saiz menu adalah lebih besar dan lebar.

Ciri-ciri mega menu adalah seperti berikut:

  • Besar, mempunyai lebih dari satu panel dan dibahagikan kepada beberapa bahagian
  • Pembezaan menu dibuat berdasarkan kepada paparan, perbezaan tulisan atau ikon
  • Dipaparkan secara keseluruhan -- tiada aktiviti skrol
  • Melintang atau menegak

Sejauh mana keberkesanan "Mega menu"?

Secara pratikalnya, keberkesanan sesuatu sistem menu itu boleh diketahui melalui uji-lari dan kajian kepada pengguna sebenar. Secara teorinya, mega menu memberi kelebihan dari segi:

  • kejelasan paparan menu
  • memendekkan tempoh pencarian menu
  • mengurangkan jumlah yang perlu diklik pengguna
  • pengelasan menu mudah dilakukan
  • menggunakan ruang sepenuhnya.

Ini tidak menjadikan setiap laman web perlu mengamalkan penggunaan mega menu. Tetapi ianya dilihat sebagai satu langkah terkini yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah paparan menu yang terlalu banyak dan kompleks.

#1 Mega menu mengatasi Drop down menu

Kajian menunjukkan penggunaan mega menu menyelesaikan masalah penyembunyian pilihan kepada pengguna. Ianya tidak praktikal membiarkan pengguna skrol sekadar untuk melihat menu. Jika tiada masalah untuk skrol sekalipun, ianya bergantung kepada ingatan sementera mereka terhadap semua menu dalam membuat pilihan. Pengguna masih banyak perkara yang perlu diingat. Sementara mega menu memaparkan ke semua struktur dan hierraki menu secara keseluruhan.

Mega menu: Sejauh mana tahap keberkesanannya?-9675

Menu dengan teks sahaja kadang kala dilihat menarik. Penggunaan tipografi menjadikan menu kelihatan lebih jelas dan mudah dibaca. Tetapi, ilustrasi sama ada ikon, gambar atau set media memberi seribu makna yang lebih jelas. Sebagai contoh, Microsoft Word 2007 mengaplikasikan penggunaan ikon pada bahagian reben menunya.

#2 Kelajuan

Kelajuan semestinya aspek penting dititikberatkan dalam penghasilan mega menu. Lebih banyak kandungan perlu diproses, maka lebih banyak masa perlu digunakan. Oleh itu, penggunaan animasi pada mega menu seharusnya dilakukan dalam tempoh tidak melebihi 0.1 saat atau 100ms.

Animasi yang terlalu lama atau perlahan memberi impak mentaliti kepada pengguna bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan komputer mereka. Terutama pengguna veteran yang mungkin masih menggunakan perisian pelayar versi 5 tahun kebelakang. Manakala dari segi respon atau tindak balas paparan menu adalah dalam kitaran masa 0.5 saat atau 500ms.  Ini bagi menjamin mega menu tidak terbuka sewaktu petunjuk tetikus sekadar melintas di atas menu utama. Selain itu, ianya memberi selang masa sesuai untuk pengguna membuat pilihan menerusi pergerakkan tetikus.

Jadi, tetapan masa adalah seperti ini:

  • petunjuk tetikus di atas menu,
  • tunggu sehingga 0.5 saat
  • sekiranya petunjuk tetikus masih di situ, paparkan mega menu dalam masa 0.1 saat.
  • sekiranya tetikus keluar dari menu utama, tunggu sehingga 0.5 saat
  • selepas itu sembunyikan mega menu dalam tempoh 0.1 saat.
Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 4 (1 vote)