Pada akhir tutorial ini anda akan memahami beberapa aspek seperti:



#1: Membuat fail HTML



Pertama anda perlulah mempunyai fail HTML sekurang-kurang satu, walau bagaimanapun anda boleh menggunakan CMS atau fail berformat PHP dan ASP. Untuk tutorial ini kita akan mencipta satu fail yang bernama index.html. Buka notepad dah salin koding dibawah. Simpan sebagai fail index.html.



<html>
<head>
<title>Laman Web Saya</title>
</head>
<body>
<h1>Selamat datang ke Laman Web Saya</h1>
</body>
</html>



Jika anda membuka fail tersebut dengan pelayar web, anda akan mendapat paparan seperti berikut:



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



#2: Webhosting



Untuk penerangan yang lebih lanjut tentang webhosting sila klik di sini.



  • Kita akan menggunakan khidmat web hosting yang percuma iaitu https://www.000webhost.com/

  • Klik pada butang SignUP dan isikan borang permohonan untuk mendapatkan webhosting secara percuma.

  • Pada ruangan atas, isikan tempat "Or I will choose free subdomain."

  • Muat turun perisian yang diarahkan dan tunggu sehingga web hosting anda disediakan. Kebiasaanya ia mengambil masa selama 6 minit.


Perhatikan maklumat-maklumat yang diberikan, contohnya adalah seperti dibawah



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Terdapat beberapa perkara yang perlu anda catatkan untuk memudahkan proses pembelajaran anda iaitu:



  • Access your website at - Alamat bagi laman web anda

  • FTP host name - Alamat untuk FTP. Penting untuk proses memuat naik

  • FTP user name - Nama pengguna untuk FTP


Anda boleh melayar laman web anda pada alamat yang diberikan.



#3: Memuat naik fail



Terdapat banyak perisian untuk membolehkan anda memuat naik fail anda. Dalam tutorial ini kita akan menggunakan perisian SmartFTP.



Anda boleh menmuat turun perisian tersebut secara percuma: rujuk artikel Cara Menggunakan FTP.



Install perisian tersebut. Berikut adalah paparan antaramuka perisian tersebut.



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Masukkan alamat FTP, nama pengguna dan kata laluan anda dan tekan klik anak panah hijau.



Jika anda melakukan dengan betul, anda akan mendapat paparan seperti berikut:



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Klik ganda public_html dan muat naik fail index.html anda tadi. Terdapat 2 cara untuk memuat naik.



  1. Anda boleh menggunakan teknik drag and drop

  2. Anda boleh menekan burang kanan tetikus anda dan pilih upload Direct Select. Cari fail index.html anda tadi.


Setelah selesai memuat naik, anda boleh melihat fail tersebut dengan melayari alamat laman web anda.



#4: Domain



Perhatikan pada URL pelayar web anda, anda boleh mengantikan URL tersebut dengan nama yang lebih pendek. Kita akan menggunakan khidmat domain percuma iaitu co.cc. Anda boleh melayar website tersebut dengan mengklik di sini



  • Daftar akuan anda. Setelah selesai masuk ke panel kawalan pengguna dan tekan Manage Domain.

  • Klik pada Set UP. dan pilih pilihan ketiga iaitu URL Fowarding.

  • Pada ruangan Redirect To URL masukan alamat web hosting anda yang diberikan oleh web www.000webshot.com.

  • Selepas itu, klik Set Up.


Anda bolehlah mencapai laman web anda dengan menggunakan alamat baru anda. contoh disini saya menggunakan kripkornstudios.co.cc.

Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 3 (1 vote)