JQuery sebenarnya...

Adalah satu rimbunan kod aturcara yang boleh digunakan untuk membina aplikasi JavaScript dengan lebih mudah dan pantas pada laman web atau aplikasi-aplikasi web. Dengan menggunakan JQuery, penulisan kod aturcara JavaScript akan menjadi lebih ringkas berbanding tanpanya yang memerlukan lebih kurang 10 hingga 20 baris bagi membuat kesan yang sama.

JQuery ditulis dengan menggunakan aturcara bahasa JavaScript dan didatangkan dengan satu pakej fail sahaja. Ianya perlu disambungkan ke laman anda. Dengan sedikit aturan kod JavaScript di laman, ianya akan memanggil fungsi-fungsi dari rimbunan JQuery untuk dilaksanakan.

Rimbunan JQuery didatangkan dalam 2 versi:

  • "uncompressed" -- fail .js senang dibaca dan diubahsuai, tetapi saiznya lebih kurang 160kb, kebiasaanya digunakan pada laman atau pelantar yang masih dalam pembangunan untuk menghasilkan sesuatu aplikasi
  • "minified" -- fail .js yang telah dimampatkan tanpa sebarang komen, ruangan dan lain-lain aksara yang tidak terlibat dalam aturcara rimbunan JQuery, saiz fail telah dikurangkan sehingga 23kb sahaja.

JQuery dikeluarkan dengan dua lesen kebenaran iaitu MIT dan GPL, bermakna anda boleh gunakan secara percuma pada mana-mana laman dan boleh gunakannya untuk menghasilkan aplikasi yang lain.

Selain dari JQuery itu sendiri, pihak pembangun juga mengeluarkan sambungan sokongan (plugin) yang lebih mantap dan hebat kepadanya yang boleh dimuat turun di JQuery plugin.

Apa yang boleh dilakukan dengan JQuery

Dengan JQuery, ia membolehkan anda melakukan beberapa kesan khas kepada laman agar kelihatan lebih menarik dan interaktif seperti:

  • kesan animasi kepada sebarang elemen -- seperti kesan pudar masuk (fadein) dan pudar keluar (fadeout), gelungsur masuk (slide in) dan gelungsur keluar (slide out), kembangan (expanding) dan kecutan (contracting)
  • melakukan permintaan XML (Ajax) -- melakukan sebarang permintaan dan pemaparan maklumat pada laman tanpa perlu membina keseluruhan laman semula
  • manipulasi DOM -- membolehkan kita menyusun, menambah dan membuang kandungan dalam laman hanya dengan beberapa baris aturcara
  • menu "drop-down" -- mudah untuk hasilkan menu yang berbilang hierraki
  • antaramuka "drag-and-drop" -- fungsi mengatur dan menyusun elemen-elemen dalam kandungan dengan kaedah heret dan lepas
  • pengubahsuaian borang -- yang mana kita boleh menghasilkan bentuk borang yang begitu kompleks dengan memuatkan perhubungan terus kepada pelayan bagi melakukan sebarang validasi terhadap sesuatu input

Spesifikasi MINIMUM untuk menjalankan JQuery

  • Internet Explorer 6.0+
  • Firefox 2+,
  • Safari 3.0+,
  • Opera 9.0+,
  • Chrome
  • Menyokong CSS versi 1.0 sampai 3.0

Mengapa JQuery?

Seandainya anda seorang penulis kod JavaScript yang hebat, perkara di atas boleh dilakukan dengan menulis kod sendiri. Tetapi kenapa perlu membuang masa untuk menulis, mempelajari atau mencuba sedangkan cara ini lebih mudah.

Dan yang penting, JQuery dibina untuk dijalankan pada pelbagai pelantar seperti Mozilla, Internet Explorer atau Safari tanpa sebarang masalah. Ini kerana JQuery dilengkapi dengan kod silang pelayar yang akan disesuaikan apabila ianya dipanggil.

Itulah antara sebab Drupal telah memilih JQuery sebagai tenaga penggerak utama dalam sistemnya. Drupal dihasilkan dengan kerangka yang begitu kompleks dan fleksibel. JQuery datang untuk melengkap proses setiap ruangan jalan kerja agar lebih mantap.

Artikel ini adalah sekadar pengenalan. Artikel mengenai cara penggunaan dan pengaplikasian JQuery akan dimuatkan dalam artikel yang lain.

Tag #: 
Penilaian: 
Your rating: None Average: 4.5 (2 votes)

Komen

blogger_boy's picture

JQuery nie sesuai x kalu ngn IE 7

------

[center]Bersekutu diantara sesama itu akan saling menguatkan. Jika kita melihat ada geng kita lemah, kita akan bantu untuk menguatkan mereka. Dan tatkala kita lemah, mungkin mereka juga akan menolong kita. Marilah kita membentuk satu kumpulan yang saling bantu-membantu dan menguatkan.[/center]

parasolx's picture
Admin

Jquery bleh run pada browser dengan minimum version:
IE 6.0+, FF 2+, Safari 3.0+, Opera 9.0+, Chrome

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

sno0p's picture

ya.. terima kasih atas penerangan yang agak terperinci..
nanti boleh buat cara penggunaan plugin utk JQuery atau apa2 yang menggunakan JQuery ni... :)

parasolx's picture
Admin

boleh snoop.. nanti akan menyusul tutorial contoh penggunaan JQuery ni nanti
antaranya mcm buat sliding text, zoom in and zoom out..
untuk semua pelantar, tidak kira CMS based pada basic coding, HTML

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training