Mungkin anda pertama kali mendengar nama ini, ekspresi yang mungkin anda luahkan adalah ia merupakan perisian untuk menguruskan perihal perbincangan. Namun fungsi sebenarnya adalah lebih kepada pengurusan komen. Aplikasi ini menyediakan fungsi komen seperti aplikasi laman web yang digunakan pada kebanyakan orang.

Langkah menggunakan perkhidmatan

  1. Anda perlu mendaftarkan akaun di https://disqus.com/
  2. Seterusnya daftarkan laman anda untuk mendapatkan kod API dan skrip.
  3. Masukkan kod skrip tersebut dibahagian laman web dan Disqus akan diaktifkan.

Sekiranya anda menggunakan Drupal, proses ini lebih mudah dilakukan dengan memasang modul yang dibina khas oleh pihak komuniti di https://www.drupal.org/project/disqus. Ikuti langkah pemasanganya dengan membaca arahan dalam fail Readme.txt.

Kelebihan penggunaan Disqus

Menjimatkan masa

Ini merupakan perkara pertama yang akan diberi perhatian oleh sesiapa sahaja -- kelebihan penggunaan aplikasi Disqus. Sekiranya anda membina laman web dinamik (tidak melibatkan penggunaan CMS), penggunaan Disqus boleh menjimatkan masa untuk penghasilan sistem komen. Setiap kod fungsi untuk satu-satu komen diselesaikan oleh pihak Disqus dan bukan anda.

Multi-rangkaian dengan laman sosial

Selain itu, Disqus juga menyediakan kolaborasi dan gabungan rangkaian dengan laman-laman sosial seperti Google, Facebook dan Twitter. Setiap pengguna boleh mengesahkan identiti mereka hanya dengan satu klik pada butang pilihan. Bagi laman binaan sendiri, anda tidak perlu menyediakan fungsi pendaftaran untuk mendapatkan fungsi komen yang lebih selamat. Atau penggunaan sistem CMS juga boleh dinyahaktifkan sistem komen bagi digantikan sepenuhnya dengan Disqus.

Keselamatan terjamin

Disqus juga menyediakan sistem keselamatan berperingkat termasuklah penapisan kepada serangan injeksi SQL, XSS dan skrip-skrip berbahaya. Selain itu, cubaan mengodam laman tidak boleh dilakukan menerusi Disqus kerana kod yang anda gunakan hanyalah kod HTML yang biasa. Adalah mustahil untuk menggodam menerusi kod HTML.

Moderator berbilang

Disqus juga menyediakan fungsi moderator berbilang. Maknanya setiap komen yang dihantar boleh diuruskan oleh berbilang pengguna. Dan yang penting, ianya berpusat. Sekiranya anda menggunakan Disqus pada lebih 50 laman, semua komen ini dikawal dan diuruskan di laman web Disqus.com sendiri.

Perkongsian data-data komen

Fungsi untuk menarik maklumat komen dari laman-laman lain boleh dilakukan dengan mudah. Dengan satu kod pengesahan, anda boleh berkongsi data-data komen dari lebih dua laman web berlainan (yang menggunakan sistem berlainan) pada laman web yang lain. Berbanding secara tradisional, data-data komen hanya terhad kepada laman web tersebut sahaja kecuali proses integrasi dan API digunakan.

Data disimpan selamanya

Perkara yang paling penting -- data-data komen anda selamat selama-lamanya. Disebabkan oleh Disqus menggunakan pangkalan datanya tersendiri, seandainya laman tersebut ditamatkan perkhidmatan atau anda beralih kepada sistem yang lain, ke semua data-data komen ini boleh dikembalikan dan dipaparkan semula.

Kekurangan penggunaan Disqus

Setiap perkara yang hebat sememangnya mempunyai kelemahan yang terselit. Antara kekuarangan penggunaanya adalah:

  • Anda tidak boleh mengubah suai bentuk paparan komen mengikut kemahuan sendiri -- kecuali anda melanggan versi Disqus secara berbayar.
  • Setiap pemboleh ubah dan data-data yang dipaparkan pada medan komen tidak boleh ditambah -- kecuali perkhidmatan berbayar
  • Proses mengubah suai templat Disqus agak terhad dan perlu patuh kepada dokumentasi mereka
  • Bagi pengguna Drupal, fungsi Input format atau Text formating (D7) tidak boleh dijalankan -- kerana sistem komen Drupal dinyahaktifkan secara total.
  • Anda perlu menyediakan dua akaun untuk moderator, satu di laman tersebut dan satu lagi dilaman Disqus.com

Mengapa Kripkorn Studios tidak menggunakan Disqus?

Satu persoalan yang mungkin berat sebelah sebagai penulis artikel ini. Kerana saya lebih yakin dan selesa dengan fungsi komen yang dimuatkan dalam Drupal. Disqus tidak mempunyai cacat cela untuk laman web yang dibina dengan kod sendiri (laman jenis HTML). Tetapi dalam Drupal, sistem komen yang sedia ada boleh ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.

Disqus amat sesuai untuk laman web ringkas contohnya mini site yang memerlukan sistem komen. Atau laman web peribadi yang dibina pembangun amatur dengan menggunakan hanya kod HTML. Atau anda sebagai penulis blog yang mempunyai laman web blog secara percuma dari Wordpress atau Blogger.

Namun, bagi pengguna yang mempunyai langganan pelayan serta memiliki sepenuhnya sistem laman web tersebut, penggunaan Disqus sebenarnya terlalu terhad berbanding apa yang anda boleh tingkatkan dengan sistem itu sendiri.

Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (2 votes)

Komen

Rakuten.co.id: Toko online murah, serba ada Barang unik Jepa's picture

disqus tak terlalu baik , karena disqus saat ini sudah di jadikan ladang para spammer :)