Apa itu URL dinamik?

Dinamik URL kebiasaanya ditemui dan digunakan pada laman web yang menggunakan teknologi sistem pangkalan data, seperti MySQL. Penghasilan laman web yang bercirikan dinamik berbeza dari laman web jenis statik yang mana dinamik memerlukan pemboleh ubah pada alamat URLnya bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.

Rentetan pemboleh ubah

Pemboleh ubah peminta (query string) kebiasannya mengandungi maklumat yang spesifik dan tertentu bagi mengarahkan satu-satu aturcara atau kod-kod skrip dijalankan ke atas pangkalan data. Laman jenis dinamik selalunya menggunakan sambungan fail jenis .php, .asp, .cgi, .pl dan sebagainya. Manakala laman statik disambungkan dengan pautan .html atau .htm.

Setiap satu pemboleh ubah rentetan ini dipautkan kepada fail atau laman yang bakal diminta. Sebagai contohnya, URL dinamik yang biasa dilihat adalah seperti http://example.com/index.php?q=node&id=301. Contoh URL ini mempunyai dua parameter iaitu q=node dan id=301. Perhatikan bahawa kedua-dua elemen ini dipisahkan dengan tatatanda "&".

Kenapa URL dinamik bukan pilihan pertama

Kebanyakan Agen Carian bermasalah dalam mengindeks laman atau kandungan yang dihasilkan oleh sistem dinamik. Kerana rentetan pemboleh ubah kadang kala mengganggu proses tersebut secara keseluruhan. Atas sebab ini, saya menyarankan agar anda beralih kepada laman atau URL jenis statik sekiranya boleh.

Penggunaan sambungan laman jenis .php atau .asp dibolehkan sekiranya tidak mengandungi sebarang pemboleh ubah padanya. Agen Carian selalunya akan menghadkan proses penerimaan dan pemprosesan parameter dinamik URL dalam algoritmanya.

Bilangan parameter yang akan diindeks selalunya di antara bilangan dua atau tiga sahaja. Sekiranya mengandungi lebih, kebarangkalian untuk diindeks adalah sangat rendah. Selain itu, kekalkan atau cuba hasilkan URL yang pendek (sekitar 40 aksara kepanjangan).

Perangkap kepada agen carian (Spider Trap)

Laman dinamik yang menggunakan proses pengesahan kemasukan (Login Session) selalunya menghasilkan satu parameter siri penomboran rawak yang panjang disambungkan pada bahagian URL. Parameter ini kebanyakan menghalang Agen Carian dari menjejaki laman tersebut.

Walaupun kini hampir ke semua Agen Carian mampu untuk menapis dan membuang parameter "Session ID", namun kebanyakan sistem dinamik memerlukan penghasilan dan penetapan "cookies" untuk membolehkan "session ID" ini ditetapkan pada satu nilai.

Disebabkan Agen Carian tidak mampu untuk bertindak seperti pengunjung biasa, kebiasaanya sistem akan menghasilkan satu "cookies" sementara. Setiap kali Agen Carian berpindah URL, maka setiap kali penetapan "cookies" dilakukan. Ini akan menghasilkan "session ID" yang sering berubah-ubah.

Keadaan ini akan berterusan dan seolah-olah kitaran ini berada dalam satu gegelung yang tidak mampu dikawal oleh Agen Carian. Situasi inilah dipanggil perangkap kepada Agen Carian yang mana proses pengindeksan akan berterusan kepada satu laman sahaja.

Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)