Jadi, berapa lama seorang pengguna akan singgah dan tinggal pada satu-satu laman web sebelum keluar meninggalkannya? Soalan yang biasa dan sering ditanya, tetapi jawapan adalah tetap sama:

Tidak terlalu lama.

Secara puratanya, seseorang akan menghabiskan masa pada satu halaman tidak kurang daripada 1 minit.

Sebagai pengguna, mereka mengejar masa dan tidak mempunyai banyak masa. Kebanyakan pengguna hanya akan membaca satu perempat (1/4, lebih tepat 18% daripada halaman) dari keseluruhan teks pada halaman yang dilawatinya. Melainkan, kandungan tersebut ditulis dengan begitu baik dan fokus kepada aspek-aspek kecil yang ingin diketahui oleh pengguna itu sendiri.

Walau bagaimanapun, sememangnya pengguna internet sentiasa dalam tergopoh gapah. Masa yang diperuntukan untuk satu-satu laman adalah berbeza; kadang kala pengguna terus keluar dengan segera manakala ada yang bersiar-siar dalam satu atau dua minit. Jadi, sukar untuk menyatakan dengan tepat purata masa yang dihabiskan oleh pengguna melawat sebuah laman web.

Meninggalkan laman web: Taburan Weibull Hazard

Satu kajian yang dijalankan oleh Chao Liu dengan kerjasama daripada Microsoft Research berjaya menerbitkan satu formula matematik bagi memahami perangai pengguna meninggalkan laman web. Data-data dikumpul daripada laman web popular dengan analisis dilakukan pada 205,837 halaman.

Weibull adalah satu konsep kebergantungan dalam kejuruteraan yang digunakan untuk menganalisis masa terhadap kegagalan bagi satu-satu komponen. Model yang diperkenal menunjukkan keberangkalian sesuatu komponenan akan gagal pada satu masa t, dan akan bekerja dengan sempurna pada satu masa t.

Keluar dengan segera atau tinggal lebih lama

Daripada kajian tersebut juga, mereka mendapati bahawa 99% halaman web mempunyai taburan negatif terhadap usianya. Kenapa negatif? Pengguna pada pandangan pertama akan menganggap setiap laman mempunyai kandungan tidak berkaitan. Tetapi, apabila tanggapan ini dipecahkan dengan pemaparan maklumat yang berkaitan, mereka bertindak untuk tinggal dengan lebih lama.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
Graf taburan Weibull yang menerangkan keberangkalian meninggalkan laman melawan tempoh masa melawat

Berdasarkan kepada taburan graf di atas, jelas sekali bahawa 10 saat yang pertama adalah waktu kritikal. Tempoh ini menentukan sama ada pengguna akan keluar atau tinggal dengan lebih lama. Kebarangkalian yang sangat tinggi pada tempoh 10 saat pertama disebabkan mereka tidak menaruh kepercayaan kepada setiap kandungan mempunyai maklumat yang diingini.

Sekiranya kita berjaya mengharungi tempoh kritikal ini, pengguna akan mula menjelajah ke halaman seterusnya. Walau bagaimanapun, aktiviti mereka akan bertambah kepada 20 saat yang kritikal. Hanya selepas mereka menghabiskan masa sekitar 30 saat untuk satu halaman, maka kebarangkalian akan mula menunjukkan kesan mendatar. Walaupun mereka tetap akan meninggalkan laman, tetapi kadarnya adalah lebih perlahan berbanding 30 saat pertama.

Jadi, sekiranya kita berjaya untuk memaksa pengguna tinggal sekurang-kurangnya 30 saat, terdapat kekuatan dan keberangkalian mereka akan terus tinggal di laman web --  selalunya 2 minit.

Taburan ini sememangnya benar dan boleh dilihat terhadap statistik pengguna yang melawat laman web Kripkorn Studios sendiri seperti di bawah.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
Statistik menunjukkan untuk tempoh masa 11-30 saat yang pertama bilangan pengguna yang tinggal adalah paling rendah. Jumlah lawatan semakin bertambah apabila tempoh tinggal untuk satu halaman semakin meningkat.

Ambil perhatian terhadap keupayaan laman web kita supaya dapat memukau pengguna dalam tempoh kritikal 30 saat. Antara sebab mengapa kini Google sangat menekankan kepada Site Speed agar kita tidak membuang masa pelawat menunggu laman web dibuka.

Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (2 votes)