Hakikatnya TIADA

Pengguna atau pelayar laman web sebenarnya tidak membaca sebarang maklumat di internet sebaliknya mereka "mengimbas" sesetengah perkataan atau kata kunci penting. Daripada hasil kajian yang dilakukan beberapa syarikat luar negara, mereka mendapati hampir 75% dari pengguna laman internet mengimbas setiap satu laman.

Hanya 25% didapati betul-betul membaca kandungan yang ditulis pada satu-satu laman. Daripada jumlah ini didapati hampir 30% sahaja mengamati setiap patah perkataan, selebihnya membaca untuk perenggan pertama dan kedua sahaja.

Disebabkan aktiviti sebegini, sekiranya anda inginkan kandungan laman dieksplotasi sepenuhnya, corak penulisan perlu menggunakan:

  1. penekanan kata kunci (keywords) -- tulisan berlainan, tebal, condong atau warna berlainan
  2. tajuk yang memberi maksud (bukan yang terlalu berkias)
  3. penyenaraian -- mudah dan jelas
  4. satu idea, satu perenggan -- pengguna selalunya akan melangkau dari satu perenggan ke perenggan baru
  5. teknik piramid terbalik -- bermula dengan kesimpulan
  6. separuh dari kepanjangan penulisan biasa

Skema dan bentuk bacaan

Kajian menunjukkan, kebanyakan pengunjung laman akan mengimbas atau membaca kandungan dalam bentuk "F". Ujian pengesan pergerakan anak mata mengesahkan pembaca akan pertama kali melihat satu laman dalam baris melintang terlebih dahulu.

Seterusnya diikuti dengan baris kiri dan ke bawah. Keadaan ini menghasilkan paparan "L" terbalik. Mata manusia berikutnya akan tertarik untuk membaca perenggan pertama menjadikan bentuk "F" semakin jelas kelihatan. Gambar dibawah adalah salah satu contoh terbaik.

Setiap kandungan yang merujuk kepada artikel luaran perlu disematkan. Tidak perlu risau pengunjung akan membaca sumber asal tapi ini membuktikan anda menulis selepas melakukan beberapa kajian.

Pengguna lebih tertarik kepada isi penting dan perkara utama yang dicari mereka secara terus. Elakkan penggunaan ayat yang berjela panjang tanpa isi atau maksud utama. Pastikan ianya pendek, ringkas tetapi padat.

Peratusan peningkatan sebanyak 124% diperolehi hasil dari perbandingan penulisan artikel yang panjang berbanding ringkas, padat dan isi-isi penting ditulis dalam bentuk senarai.

Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (1 vote)