Halaman utama memainkan peranan yang penting selain memberikan tanggapan awal kepada pengunjung mengenai laman web kita secara keseluruhan. Laman utama juga menjadi penentu untuk menarik minat pengunjung agar melawat laman-laman kita seterusnya. Penekanan ini bukan sahaja perlu difokuskan kepada pengunjung tetapi tidak ketinggalan kepada Agen Carian.

Ciri-ciri laman utama yang perlu ada

Hakikatnya tiada satu garis panduan yang jelas dan tepat menjelaskan ciri-ciri yang perlu dimuatkan pada laman utama. Ianya bergantung kepada jenis dan perkhidmatan yang disediakan oleh laman web tersebut. Beberapa panduan seperti di bawah boleh digunakan berdasarkan kepada beberapa kajian dan pengalaman beberapa pereka laman web.

  • Laman utama seharusnya ringan, bersih dan jelas -- elakkan memasukkan terlalu banyak untuk satu-satu elemen seperti gambar iklan, animasi, media ataupun muzik latar.
  • Susunan yang bersih dan sempurna -- boleh gunakan teknik susunan grid
  • Panjang halaman yang tidak melampau -- pastikan halaman utama tidak terlampau panjang, sehingga memaksa pengguna skrol terlalu jauh ke bawah.
  • Maklumat yang dipaparkan perlu relevan dengan tajuk laman

Padatkan dengan info-info yang penting

Jangan anda sesekali tersalah faham tips ini. Sememangnya halaman utama perlu memuatkan semua info-info penting, pautan dan kandungan yang ingin ditunjukkan kepada pengunjung. Tetapi elakkan daripada memasukkan terlalu banyak maklumat sehingga menjejaskan struktur dan paparan laman.

Ambil masa sekurang-sekurangnya tiga atau empat hari untuk melakukan sedikit kajian mengenai maklumat yang TERPENTING sahaja dimuatkan dihalaman utama. Kajian seperti kotak undian dan pungutan pendapat boleh diaplikasikan untuk mendapatkan gambaran kasar apakah yang selalu diklik oleh pengguna. Skrip kod bantuan seperti Click Heatmap dapat membantu memaparkan trend pengguna.

Antara panduan mengenai paparan info-info ini:

  • Senarai-senarai pautan berfungsi dihadkan kepada bilangan tertentu dalam bilangan yang kecil sahaja seperti 5 hingga 9.
  • Kandungan yang ingin difokuskan (highlights) boleh dipaparkan dengan teknik "sliding" untuk menjimatkan ruang
  • Info yang terpenting dipaparkan disebelah kanan, manakala info sokongan diletakkan di sebelah kiri
  • Menu navigasi laman diletakkan dibahagian paling atas atau di sebelah kiri
  • Gunakan kekotak tab gelungsur (tab slider) bagi memaparkan klasifikasi atau kumpulan info-info dalam satu pakej
  • Masukan navigasi peta laman dibahagian paling bawah laman
  • Isi penting (atau yang selalu dikemaskini) berada dibahagian paling atas, diikuti dengan kandungan-kandungan lain.

Bagaimana pula dengan senarai kandungan yang panjang TAPI penting

Keadaan ini selalunya timbul pada laman jenis perniagaan, blog dan mungkin berita yang memerlukan paparan yang lebih panjang untuk semua produk, artikel dan berita penting. Namun ia tidak menjadi masalah kerana anda boleh menyusun kandungan atau menetapkan melalui sistem pengurusan kandungan tersebut.

Anda hadkan paparan untuk halaman utama kepada 5 atau 7 senarai sahaja tetapi meletakkan satu pautan berfungsi untuk membawa pengguna ke halaman paparan senarai penuh. Begitu juga dengan senarai komen, berita atau tajuk popular, hadkan kepada 5 (paling biasa) atau 10 sahaja (maksimum).

Kenapa tidak boleh saya masukkan kandungan yang panjang untuk halaman utama? Menjadi lumrah pengguna internet, mereka agak "malas" untuk skrol skrin sehingga ke bahagian paling bawah. Hampir 60% maklumat yang diletakkan di bawah had paparan skrin monitor pengguna tidak akan dilihat. Jadi walau sehebat mana kandungan tersebut, jika tidak dilihat tidak berguna.

Kita andaikan seandainya pengguna berminat untuk tahu dengan lebih lanjut, mereka tidak akan teragak-agak untuk klik mana-mana pautan yang boleh memberikan maklumat penuh.

Penyusunan kandungan laman utama

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxPerkara ini adalah sangat-sangat subjektif. Ia bergantung kepada banyak faktor; jenis laman web, tajuk web, reka bentuk laman, keinginan, keperluan dan cita rasa pemilik atau pembangun sendiri.

Namun begitu, berdasarkan kepada trend dan beberapa kajian dijalankan sistem penyusunan maklumat secara "GRID" dikatakan berupaya untuk meningkatkan tahap kejelasan satu-satu maklumat untuk disampaikan lebih 78% berbanding cara teknik lain.

Sistem grid membolehkan kandungan-kandungan dimuatkan dalam sistem kekotak dan setiap kotak-kotak ini disusun dalam petak-petak tertentu berdasarkan kepada lajur dan baris (matriks). Antara sistem kerangka grid yang popular dan senang digunakan adalah seperti 960 Grid System dan Blueprint.

Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 2.5 (2 votes)