Dalam tutorial ini, beberapa translasi dari bahasa Inggeris diterjemahkan kepada bahasa Melayu:

  1. server — pelayan
  2. client — klien/pengguna
  3. browser — pelayar/pelayar web
  4. webhost — perumah web

HTTP adalah piawai kepada respon-permintaan dalam terma perkomputeran klien-pelayan. Dalam HTTP, pelayar web (browser) atau bot bertindak sebagai klien manakala aplikasi yang dijalankan di perumah pelayan (kandungan laman web di pelayan) adalah pelayan.

Proses ini bermula apabila pihak klien menghantar permintaan (situasi dimana pengguna menaip alamat, URL pada pelayar). Alamat URL tersebut akan ditukarkan kepada ISP (iaitu piawai alamat sesuatu pelayan). Sekiranya ISP tersebut wujud maka perhubungan disambung dan proses diteruskan.

Soket (socket) pada pelayar akan dibuka bagi membolehkan permintaan disambungkan. Kebiasaanya soket yang digunakan untuk permintaan HTTP adalah 80 atau 8080. Ia merupakan soket piawai dalam permintaan HTTP.

Selepas perhubungan disambung, bahagian klien dan pelayan disambungkan secara terus. Dibahagian pelayan, respon HTTP akan dihantar semula kepada klien berdasarkan kepada kod respon HTTP. Kod respon 200 akan meneruskan proses permintaan, manakala ralat akan dipaparkan sekiranya permintaan terhenti di sini.

HTTP Request (Permintaan HTTP) akan dihantar semula kepada pelayan bagi membolehkan data atau bit pertama dimuat turun kepada klien. Aktiviti ini akan berterusan sehinggalah data untuk permintaan tersebut selesai dimuat turun.

Proses atau aktiviti ini akan berterusan dan berulang sekiranya terdapat permintaan dalam senarai menunggu (queue) dan berakhir apabila tiada lagi "HTTP Request".

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/kripkorn

Elemen yang terlibat

Elemen-elemen yang terlibat dalam HTTP ini merangkumi semua perkara yang perlu dihantar, dimuat turun, diproses dan dipaparkan kepada klien bagi melengkapkan proses paparan sesuatu laman web.

Ianya termasuklah dokumen web, gambar, fail-fail Flash, bunyian dan perkara-perkara lain yang turut terlibat di dalam paparan satu-satu laman web.

Dalam HTTP, terdapat lapan arahan atau cara ia boleh bertindak tetapi yang perlu diketahui oleh webmaster baru adalah GET dan POST.

  • Tatacara GET: permintaan atau pemaparan sesuatu sumber spesifik dari pihak pelayan.
  • Tatacara POST: menghantar sebarang maklumat dari klien kepada pelayan untuk diproses.

Contoh proses HTTP

Memang sukar untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan HTTP secara penulisan. Oleh itu di bawah ini ditunjukkan contoh proses HTTP yang berlaku.

Proses ini dirakam dari laman web KS pada laman hadapan.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/kripkorn

Perhatikan pada rakaman HTTP yang dilakukan, setiap satu baris merupakan satu proses HTTP dilakukan. Bahagian lajur pula menerangkan secara mendalam setiap HTTP yang dilakukan.

  • Sent: merupakan jumlah bit data yang dihantar untuk melakukan permintaan
  • Received: jumlah bit yang dimuat turun untuk permintaan yang dilakukan
  • Method: tatacara permintaan dilakukan. Hampir keseluruhan proses tersebut adalah tatacara GET
  • Result: respon kod HTTP.
  • Type: adalah jenis media/elemen yang diminta/dimuat turun.

Proses setiap HTTP secara lengkap

Gambar rajah di bawah ini menerangkan secara lengkap setiap satu proses HTTP yang dilakukan dan dalam contoh ini, HTTP yang ditunjukkan adalah proses permintaan untuk mendapatkan latar belakang laman KS.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/kripkorn

Proses untuk melengkapkan HTTP bagi latar belakang KS mengambil masa selama 0.181 saat.

  • Blocked: adalah tempoh masa untuk mendapatkan ISP dan menghubungkan soket perhubungan iaitu selama 0.003 saat. Tempoh ini dinamakan "Blocked" kerana ianya perlu mendapatkan peluang untuk soket perhubungan dilakukan. Pada pelayar (browser) terdapat had pembukaan soket boleh dilakukan pada setiap satu masa.

    Sebagai contoh, Internet Explorer pada nilai lalai (default value) ianya hanya membenarkan 2 soket dibuka pada satu masa. Sekiranya terdapat 8 permintaan, ianya perlu dimasukkan dalam senarai menunggu untuk 6 soket sehingga 2 soket bagi HTTP selesai dilakukan.

  • Send: tempoh masa apabila soket berjaya disambungkan, sebanyak 954 bit data untuk permintaan dihantar dari klien (pelayar) kepada pelayan (server) bagi fail latar belakang. Proses ini mengambil masa selama 0.016 saat.
  • Wait: adalah masa menunggu atau penerimaan respon dari pihak pelayan. Tempoh masa ini dipengaruhi oleh jarak kedudukan pelayan dari klien, kekuatan atau potensi pelayan dan kadar pemprosesan permintaan. Sekiranya jarak pelayan jauh, maka semakin besar tempoh menunggu untuk mendapatkan respon dari pelayan. Untuk fail ini, tempoh responnya adalah 0.062 saat.
  • Cache read: oleh kerana fail ini telah dimuat turun sebelum ini (ini adalah paparan yang kedua), maka ianya disimpan di komputer klien untuk digunakan semula bergantung kepada respons HTTP dari pelayan. Sekiranya ia adalah muat turun kali pertama, bahagian ini akan dimansuhkan

    Perhatikan di bahagian ruangan lajur "Result", kod respon HTTP yang dihantar adalah 304 bermaksud fail ini tidak mengalami sebarang perubahan terbaru dan sama seperti fail yang dimuat turun sebelum ini.

    Maka secara terusnya, pelayar (browser) mengambil dari simpanan untuk dipaparkan kepada pengguna bagi mempercepat proses paparan sesuatu laman. Proses ini mengelak dari fail yang sama dimuat turun untuk kali seterusnya kerana kelajuan internet yang perlahan mungkin melambatkan proses untuk paparan lengkap.

Perbandingan tempoh masa HTTP

Gambar rajah di bawah ini memaparkan perbandingan antara fail yang telah di"cache" dan tidak. Gambar rajah di bahagian bawah biasanya dialami oleh pengguna yang pertama kali menjejak kaki ke laman KS. Perbandingan dilakukan pada fail yang sama.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/kripkorn

Untuk pengguna yang pertama kali datang (new user), masa yang diperuntukkan untuk melengkap proses HTTP bagi fail latar belakang KS adalah selama 1.29 saat berbanding paparan kali kedua yang memerlukan masa selama 0.181 saat.

Sebanyak 86% kadar kecepatan ditingkatkan apabila proses "cache" dilakukan. Faktor ini mempengaruhi tempoh melengkapkan setiap HTTP.

Selain itu, potensi untuk sesuatu laman itu juga dipengaruhi oleh bilangan HTTP yang dilakukan. Semakin besar bilangan HTTP, semakin besar saiz dokumen/laman web, semakin lama masa diperlukan untuk melengkapkan satu paparan laman.

Penilaian: 
Your rating: None Average: 4.8 (4 votes)

Komen

blogger_boy's picture

3 4 kali bb baca masih blur lagi :(

------

[center]Bersekutu diantara sesama itu akan saling menguatkan. Jika kita melihat ada geng kita lemah, kita akan bantu untuk menguatkan mereka. Dan tatkala kita lemah, mungkin mereka juga akan menolong kita. Marilah kita membentuk satu kumpulan yang saling bantu-membantu dan menguatkan.[/center]

parasolx's picture
Admin

part dengan bahagian mana yang tak paham tuh?

nnt kita cuba untuk huraikan dengan lebih jelas kalu bagi respons lengkap.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

ce

Ohhhh baru saya tahu apa http sebenarnya :) Kena baca berulang kali baru faham keseluruhan artikel pasal nak 'grab' konsep http tu, tapi tu biasalah bagi yang tak tahu tentang jargon web ni. Cuma mula-mula keliru jugak dengan maksud 'browser' dan juga pelayan. Pasal tulis Browser=pelayan web, kandungan web=pelayan.Jadi saya ingat dua-dua adalah pelayan.Jadi mana satu pencari maklumat mana satu pemberi maklumat??.Perkataan client tu kemudian baru saya perasan mungkin sebab disamarkan oleh perkataan pelayan yang disebut berulang kali. Cuma kalau tak keberatan nak tanyalah tentang cache , background kripkorn ni akan disimpan dalam komputer klien masa first time melayari website ni, jadi cache ni akan hilang tak kalau saya shutdown komputer saya ?

parasolx's picture
Admin

Terima kasih kepada celelugika. Saya telah mengemas kini sedikit artikel ini dengan memberikan panduan kepada penterjemahan yang saya lakukan. Diharapkan pemahaman yang lebih dengan perubahan ini.

Berhubung dengan persoalan tersebut, setiap fail yang pertama kali dimuat turun akan disimpan dalam satu fail pelipat yang dipanggil "temporary internet fail" atau "cache". Fail ini akan kekal disitu sehinggalah pengguna sendiri mengarahkan untuk membuangnya.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training