Pembangunan pesat dalam penciptaan perisian sumber terbuka terutamanya untuk pembangunan laman web boleh dikatakan mendapat sambutan yang begitu tinggi semenjak ianya dilaksanakan seawal tahun 1998. Hari ini jumlah perisian sumber terbuka semakin bertambah. Statistik daripada laman web http://www.opensourcecms.com menunjukkan terdapat 141 perisian CMS telah dibangunkan dan didaftarkan di situ.



Dan hari ini juga, kita dapat melihat pelbagai bentuk dan rekaan laman web yang menarik. Sehinggakan begitu sukar untuk kita mengenali dan menganalisis jenis perisian yang digunakan. Walaupun terdapat beberapa tanda "jenama", meta generator atau struktur susunan kod yang memberikan identiti kepada satu-satu perisian, namun bagi golongan yang masih baru dalam dunia CMS dan sumber terbuka ianya langsung tidak bermakna.



Untuk artikel kali ini, saya ingin mempersembahkan tiga alatan yang boleh digunakan untuk kita mengenali dan menganalisis jenis perisian yang digunakan untuk membangunkan sesuatu laman.



Quarkbase



https://www.browserstack.com/



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Laman web ini berupaya untuk menganalisis



  • jenis perisian yang digunakan

  • ulasan ringkas mengenai trafik

  • kandungan yang dikongsi ke laman sosial (Twitter, Facebook)

  • beberapa maklumat tambahan seperti PageRank, kandungan terakhir dicipta

  • kedudukan, jenis dan lokasi pelayan pengehosan


Builtwith



https://builtwith.com/



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Paparan laman web ini sangat ringkas. Namun tidak kepada jenis analisis yang mampu dilakukannya. Builtwith akan menganalisis secara mendalam mengenai struktur dan teknologi yang digunakan pada satu-satu halaman. Ini termasuklah:



  • maklumat pengehosan web

  • jenis perisian yang digunakan

  • kod kerangka

  • Google analytics

  • maklumat dokumen; meta data, kata kunci


Selain itu, terdapat satu bahagian pada laman web ini yang memberikan nilai skor untuk profil SEO laman anda. Penilaian skor ini diberi berdasarkan kepada piawai yang ditetapkan oleh pihak Builtwith. Nilai ini bukanlah menunjukkan peratusan sebenar tetapi boleh dijadikan sebagai panduan yang berguna.



Webmastercoffee [telah ditutup]



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Seterusnya adalah perkhidmatan percuma untuk analisis laman oleh Webmastercoffee. Saya berpendapat, laman web ini menyediakan maklumat yang lebih relevan dan mendalam untuk setiap analisis yang dilakukan. Walaupun paparannya yang boleh dikatakan sangat ringkas, tetapi padat dengan sumber informasi.



Kelebihan utama yang mampu dilakukan adalah:



  • mengenal pasti jenis perisian dan mungkin VERSI perisian tersebut

  • penggunaan dan tetapan masa laman web kepada jam dunia

  • versi PHP atau kod aturcara yang digunakan

  • suapan RSS

  • jenis klien untuk pengehos web

  • analisis ringkas kata kunci untuk SEO

  • analisis ringkas untuk tempoh muat turun laman.


Wappalyzer



https://wappalyzer.com



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxIa merupakan aplikasi tambahan yang dipasang kepada perisian pelayar Mozilla Firefox atau Chrome. Ia akan menyenaraikan secara automatis setiap teknologi yang digunakan oleh satu-satu laman web. Sangat mudah untuk digunakan memandangkan analisis yang dilakukan dipaparkan di bahagian medan URL perisian. Tiada sebarang tetapan perlu dilakukan. Hanya proses muat turun dan pasang sahaja dilakukan dan anda dapat melihat teknologi yang digunakan oleh mana-mana laman web. Cukup mudah.



Terdapat beberapa dan mungkin banyak lagi laman-laman web lain yang menyediakan perkhidmatan seperti contoh di atas. Jadi kongsikan dengan menghantar komen berserta alamat URL untuk laman web tersebut.

Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 2.5 (2 votes)

Komen

MaxMonic's picture

Saya guna Wappalyzer je.. tapi tak berkesan untuk check semua website.
Kalau nak kesan Wordpress, Joomla, atau Drupal boleh la.

parasolx's picture
Admin

laman web tersebut menyediakan plugin untuk dipasang kepada firefox. saya sudah mencubanya dan seperti setakat ini, maklumat mengenai spesifikasi laman dipaparkan pada bahagian address bar. so far so good. at least boleh nampak fungsi yang digunakan pada satu laman web secara kasar.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training