Kini terdapat satu perisian atau sambungan kepada laman web anda untuk mengatasi masalah ini.

Only local images are allowed.Mollom atau Mollom.com diasaskan oleh Dries Buytaert (pengasas Drupal) and Benjamin Schrauwen pada tahun 2008 merupakan satu perisian tambahan terhadap laman web dengan mengambil kira kualiti setiap penghantaran kandungan.

Seandainya kualiti kandungan yang dihantar tidak menepati sifat atau penulisan seorang manusia sebenar, ianya akan dihalang dari dipaparkan dan dimasukkan ke dalam pangkalan data laman web anda.

Bunyi sangat menarik bukan? Kehebatan Mollom memang tidak disangkalkan lagi sehingga ianya digunakan oleh laman web ternama seperti Adobe, Sony, Warner Bros dan banyak lagi. Dan apa yang penting, Mollom menawarkan perkhidmatan percuma kepada semua pengguna dan juga berbayar sekiranya anda mahukan perkhidmatan tambahan.

Bagaimana Mollom Berfungsi

Only local images are allowed.Mollom akan menganalisis setiap kandungan yang bakal dihantar ke laman web anda. Ini termasuklah komen, borang-borang penghantaran, blog, forum, pendaftaran pengguna baru dan pelbagai lagi. Mollom akan menentukan setiap kandungan yang dihantar dikategorikan sama ada "Spam" (kandungan yang tidak diingini) atau "Ham" (kandungan yang diperlukan).

Kebiasaannya, laman web yang menyediakan perkhidmatan input masuk dari pengguna akan dilimpahi dengan pelbagai kemasukan maklumat-maklumat yang berkualiti rendah dan selalunya dilakukan oleh mesin atau "spambot".

Mollom akan menganalisis setiap kandungan yang dihantar dan dibandingkan dengan maklumat dan analisis yang terdapat di pusat Mollom.

Kemudian, satu arahan dari Mollom.com akan dihantar ke laman web anda sama ada kandungan tersebut "Spam" atau "Ham". Sekiranya jawapan dari Mollom.com adalah "Ham", maka modul tambahan Mollom yang dipasang pada laman web anda akan melepaskan kandungan tersebut dan seterusnya proses pemaparan dan penyimpanan ke dalam pangkalan data dilakukan seperti biasa.

Only local images are allowed.

Seandainya kandungan yang dihantar tidak dapat dikenal pasti oleh Mollom sama ada "Spam" atau "Ham" (kemungkinan ini berlaku kerana analisis dan perbandingan yang dilakukan oleh Mollom.com tidak mencapai tahap yang ditakrifkan), satu arahan "cabaran" akan dihantar ke laman web anda untuk menjalankan satu lagi tapisan iaitu "CAPTCHA".

CAPTCHA merupakan elemen tambahan pengesahan dengan memerlukan pentakrifan oleh pengguna terhadap cabaran gambar yang diberikan. Beberapa huruf akan dipaparkan dalam bentuk gambar (yang tidak mungkin dapat dibaca oleh "spambot" sebaliknya boleh dibaca oleh manusia) dan pengguna perlu menaip huruf-huruf yang dipaparkan dalam ruangan yang disediakan.

Sekiranya kemasukan input yang tepat, kandungan tersebut akan dilepaskan untuk proses kemasukan ke dalam pangkalan data. Sekiranya berlainan, maka kandungan tersebut akan diiktirafkan sebagai "SPAM".

Begitulah fungsi dan proses perjalanan Mollom dalam menjaga laman web anda daripada dicemari dengan kandungan yang kurang berkualiti.

Selain itu, Mollom juga menyediakan satu lagi fungsi tambahan laporan yang mana anda dapat menghantar secara terus laporan kandungan yang terlepas dari tapisan Mollom ini. Kandungan tersebut akan disimpan di pusat Mollom.com dan sekiranya kandungan yang hampir sama cuba dihantar semula, ia akan terus dihalang oleh Mollom. Secara tidak langsung, anda juga berkerjasama dengan berkhidmat kepada Mollom untuk mengatasi masalah terbesar ini.

Sokongan Mollom

Dari perenggan pertama sudah pastinya anda menganggap bahawa Mollom ini khusus hanya untuk pengguna Drupal. Tetapi jangan cepat melatah. Mollom bukan sahaja dibina untuk Drupal, sebaliknya boleh digunakan pada pelantar perisian Sistem Pengurusan Kandungan yang lain.

Antaranya yang boleh digunakan adalah:

Only local images are allowed.

Anda hanya perlu memuat turun modul tambahan mengikut perisian Sistem Pengurusan Kandungan anda di sini: https://www.mollom.com/download

Seterusnya mendaftarkan akaun di Mollom.com. Anda akan diberikan dua (2) "kunci" yang perlu dimasukkan setelah selesai proses pemasangan modul tambahan.

Kemudian aktifkan Mollom untuk menjaga laman web anda.

Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 3.7 (3 votes)

Komen

tetamu a.k.a borneoxmeo's picture

hello bro @para... borneoxmeo disini ; )
info yang menarik bro...xtau pun sebelum ni.cuma pernah dengar mollom.com tuh jer...tapi xtau fungsi nyer....hehe anyway thanks for this post.

**bro,nak minta tolong sikit bro...sy dh 5-6 hari xdapat log in ke dalam ks ni sedih btol...[ gara2 laptops kena tukar window,habis hilang password-virus2 hehe ]
password email ntah xingat lagi... kalau boleh bro,tolong hantarkan password sy ke alamat email nih ...[ askrezza@yahoo.com ] ; )

parasolx's picture
Admin

semenjak KS menggunakan mollom sebagai salah satu alatan untuk mengatasi spam, saya amat berpuas hati. hampir kebanyakan spam berjaya dihalang. tak perlu lagi nak guna captcha. kerana perbezaan dengan mollom, user tak perlu masukkan captcha.

mollom akan menganalisis setiap kandungan yang dihantar sama ada spam atau tidak. jika betul2 spam, terus dia halang. berbeza dengan captcha, kalu pengguna sebenar, terpaksa mengesahkan dirinya sebagai pengguna dan bukan robot. dengan mollom, semua itu tak perlu. disarankan untuk laman web drupal, sila gunakan mollom.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training