Firefox merupakan pelayar laman web yang percuma dan boleh didapati pada laman web

https://www.mozilla.org/en-US/firefox/new/

Bagi yang masih belum berani mencuba firefox, saya berikan 10 sebab mengapa firefox lebih baik.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

1. Firefox tidak menjadi mangsa malware dan spyware

Fakta mengatakan kebanyakn pengguna internet lebih gemar menggunakan Internet Explorer, oleh itu kebanyakan pengodam atau pembanguna spyware lebih berminat untuk menjadikan Internet Explorer sebagai mangsa.

2. Firefox Dikemaskini Setiap masa

Berbanding dengan syarikat pembangunan perisian yang lain, Firefox dikemaskini setiap masa untuk memastikan keselematan. Boleh dikatakan firefox dikemaskini sehingga ruangan untuk exploit atau bug adalah sangat minimum. Berbanding dengan IE yang mengambil masa yang agak lama untuk proses kemaskini.

3. Penggunaan Tab

Sejak keluaran pertama firefox, firefox telah dilengkapi dengan penggunaan Tab yang meningkatkan lagi efisien melayari sebuah lawan web berbanding sebelum ini menggunakan New Window. Penggunaan tab dapat menjimatkan masa yang mengurangkan beban sesebuah komputer. Teknik tab ini telah diadaptasikan kedalam IE7.

4. Menghalang popup dan iklan laman

Binaan firefox yang unik bukan sahaja dapt menghalang popup, tetapi juga dapat menghalang banner-banner yang terdapat didalam sesebuah laman web. Keunikan ini hanya terdapat pasa firefox dan belum diadaptasikan dimana-mana pelayar. Jika anda merasakan iklan-iklan ini menganggu anda, dapatkan FIREFOX skrg.

5. Mengubahsuai antaramuka

Mungkin anda seperti saya, bosan melihat antaramuka yang sama. Keunikan firefox membolehkan anda mengubah antaramuka pelayar anda sepenuhnya, akan boleh menggunakan skin atau themes yang telah disediakan.

6. Penyatuan Enjin Carian

Firefox dilengkapi dengan binaan engine carian dalaman. Anda tidak perlu lagi menaik www.google.com, apa yang ada perlu hanya memilih engine carian yang anda inginkan dan terus menulis perkataan yang anda ingin cari. Kelebihan ini dapat menjimatkan masa.

7. Penggunaan Add-Ons

Jika anda ingin melalukan satu tugasan yang tidak disertai didalam firefox, anda boleh menambah add-ons atau plugins kedalam firefox anda. Jika anda mahir dalam bidang pengaturcaraan, anda boleh membina add-on anda sendiri dengan berpandukan guide yang disediakan oleh Mozilla.

8. Mengawal saiz tulisan

Anda boleh mengubah saiz tulisan sesuatu laman web dengan mudah menggunakan firefox. Firefox juga dilengkapi dengan plugins untuk membolehkan anda membaca "source code" sesuatu website dengan mudah. Plugins tersebut dikenali sebagai Firebug. Kebanyakan pembangun laman web menggunakan Firebug untuk memastikan kestabilan laman web mereka.

9. Kelajuan

Berbanding dengan pelayar lain, firefox merupakan pelayar laman web yang terpantas. Masa yang diambil untuk membaca kod HTML adalah singkat.

10. Pelayar Terbaik didunia

Firefox adalah sebuah pelayar yang ringkas dan terbaik didunia. Firefox merupakan sebuah perisian open-source, oleh itu, perisian ini terus berkembang dari hari ke hari. Oleh sebab itu, firefox dapat mengalahkan IE yang merupakan sebuah perisian komersial. Jadi apa anda tunggu lagi, dapatkan firefox sekarang. Firefox juga dikenali sebagai musang berapi di Malaysia.

Tag #: 
Penilaian: 
No votes yet

Komen

SoLarIZe's picture

ye, betul tu... amat setuju sama sekali.. firefox agak laju dan lancar berbanding ie. even kan firefox ada mcm2 ad-ons yg amat bagus untuk membuatkan browser mempunyai pelbagai fungsi...

parasolx's picture
Admin

baut masa sekarang betul.. tapi nak tunggu IE9 yang akan keluar nanti..
katanya lebih laju dari chrome dan firefox.. dah keluar article pasal bechmark ie9 (beta).
dalam ie9, dah standardize CSS dia.. so mmg xde masalah crossbrowser dah..

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training