Apa itu "Subdomain"

Dalam hierraki Domain Name Sistem (DNS), subdomain adalah sebahagian daripada domain utama. Subdomain diasingkan daripada domain utama dengan titik "." dan seseorang boleh mengaksesnya sebagai contoh: http://blog.example.com atau http://example.com/blog. Penamaan untuk subdomain dibaca dari kiri ke kanan.

Penghasilan subdomain tidak memerlukan pendaftaran domain yang baru. Ia boleh ditetapkan menerusi panel kawalan pengehosan web.

Apa itu "Park domain"

Pengarahan domain membolehkan kita mempunyai beberapa domain yang berlainan tetapi mengarah ke satu kandungan atau laman yang sedia ada. Dengan cara ini, pengguna boleh mengakses satu-satu kandungan laman menerusi pelbagai domain yang berlainan.

Sebagai contoh, domain utama adalah http://example.com.my. Seterusnya terdapat 2 domain yang lain iaitu drupal.com.my dan phpbb.com.my. Kedua-dua domain ini seterusnya dilakukan park domain kepada kandungan yang dimiliki oleh domain utama. Sekiranya mana-mana pelawat menaip alamat URL sama ada drupal.com.my atau phpbb.com.my, kandungan kripkornstudios.com.my akan dipaparkan.

Dalam erti kata lain, park domain membolehkan satu laman web diakses menerusi dua atau lebih nama domain berlainan.

Penetapan ini memerlukan pendaftaran domain yang berlainan masing-masing.

Apa itu "Addon domain"

Addon domain membolehkan kita menguruskan lebih dari satu laman web unik dalam satu akaun pengehosan web. Setiap kandungan yang dimiliki oleh setiap domain tertentu adalah berlainan.

Sebagai contoh, apabila addon domain abc.com didaftarkan ianya akan menghasilkan satu folder untuk abc.com. Sekiranya domain kedua didaftarkan pada akaun pengehosan yang sama, katakan xyz.com, satu folder yang baru akan dihasilkan untuknya. Setiap satu folder mempunyai kandungan halaman yang berlainan.

Sekiranya pengguna menaip alamat abc.com, kandungan dalam folder abc.com akan dipaparkan. Sekiranya pelawat mengakses xyz.com, kandungan dalam folder xyz.com akan dipaparkan. Tetapi kedua-dua halaman ini terletak dalam satu pengehosan web yang sama.

Penilaian: 
No votes yet