Sekiranya kita fikir sejenak, mengapa pendaftaran domain dengan sambungan .my lebih mahal berbanding domain-domain yang biasa? Sepatutnya bagi kita rakyat Malaysia, pendaftaran untuk domain ini seharusnya lebih murah kerana transaksi pembelian dan pendaftaran diuruskan oleh negara kita sendiri.

Namun, disebabkan kengkangan dan syarat-syarat yang diperkenalkan menyebabkan nilainya adalah lebih tinggi berbanding dengan domain yang biasa.

Setiap organisasi atau pertubuhan yang ingin mendaftarkan domain dibawah .my harus mematuhi syarat dan keperluan seperti yang diterangkan di dalam artikel ini. Pendaftar domain ini seharusnya diiktiraf dan tertera namanya di dalam dokumen sokongan semasa pendaftaran dilakukan.

Pendaftaran domain baru

Untuk pendaftaran domain yang baru selepas tarikh 26 September 2001, organisasi yang ingin berbuat demikian adalah tertakluk kepada:

  • Akta Pertubuhan 1966
  • Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, dan
  • Akta Syarikat 1956

dan perlu mengemukakan salinan dokumen sokongan semasa pendaftaran dilakukan.

MYNIC (satu pertubuhan/syarikat yang menyelenggara pendaftaran domain di Malaysia) akan melakukan rutin pemeriksaan secara rawak berhubung identiti dan kewujudan pertubuhan-pertubuhan ini. Dan mereka mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan dan pendaftaran domain tersebut sekiranya didapati dokumen yang dikembarkan adalah tidak lengkap, meragukan dan maklumat palsu dalam Borang Pendaftaran Nama Domain.

Pertubuhan yang ingin mendaftarkan domain dengan untuk peringkat kedua dan ketiga nama domain boleh berbuat demikian dengan menggunakan klassifikasi seperti berikut:

DomainPengguna
.com.myuntuk aktiviti/pergerakkan secara komersil
.net.myuntuk rangkaian/perhubungan pertubuhan
.org.myuntuk aktiviti/pergerakan yang tidak tertakluk dalam mana-mana kumpulan
.edu.mydikhaskan kepada pertubuhan pendidikan di Malaysia sahaja
.gov.mydikhaskan kepada organisasi kerajaan Malaysia sahaja
.mil.mydikhaskan kepada ketenteraan Malaysia sahaja
.mydibuka kepada semua syarikat atau penduduk Malaysia dengan pengesahan nombor kad pengenalan

Pendaftaran .com.my, .net.my dan .org.my

Sekiranya pendaftaran ingin mendaftarkan domain pada peringkat kelas kedua ini, dokumen sokongan yang perlu dilampirkan dalah seperti berikut:

OrganisasiDokumen sokongan
Akta Syarikat 1965

Perakuan Pendaftaran oleh Pendaftar Syarikat:

  • Borang 8 (Perakuan Perbadanan Syarikat Awam)
  • Borang 9 (Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian)
  • Borang 13 (Perakuan Pemerbadanan Atas Pertukaran Nama Syarikat)
  • Borang 19 (Perakuan Pemerbadanan Atas Pertukaran Menjadi Syarikat Persendirian)
  • Borang 83 (Certificate of Registration of A Foreign Company)
  • Borang 83A (Certificate of Registration of Change of Name of A Foreign Company)
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

Perakuan Pendaftaran oleh Pendaftar Perniagaan -- Borang D

Perakuan Pendaftaran oleh Pendaftar Lesen Komersil Ordinan -- Borang B

Akta Pertubuhan 1966

Perakuan Pendaftaran oleh Pendaftar Persatuan

  • Borang 3 Peraturan 5 Peraturan 7(1) (Kebenaran Menukar Nama)
  • Peraturan 7(4) (Sijil Kebenaran untuk penubuhan cawangan)

Pendaftaran domain di bawah .my sahaja

  • Pemilik adalah perseorangan dan berumur 18 tahun ke atas
  • Pemilik perlu mengisi borang pengenalan diri
  • Salinan kad pengenalan dengan pengesahan nombor kad pengenalan dipaparkan

Pendaftaran .my bagi pihak pemilik yang berumur 18 tahun ke bawah

  • Pendaftaran bagi pihak untuk mana-mana individu di bawah umur 18 tahun atau untuk mana-mana individu/perseorangan lain adalah TIDAK DIBENARKAN. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan ibu bapa atau penjaga yang ingin mendaftarkan nama tersebut untuk pihak anak di bawah jagaan mereka dengan syarat mereka adalah rakyat Malaysia dan tinggal di Malaysia.
  • Penukar hak milik boleh dilakukan sekiranya anak tersebut sudah mencapai umur 18 tahun.

Harga lebih tinggi, pendaftaran yang lebih selamat

Dalam erti kata yang lain, pendaftaran untuk kelas kedua nama domain hanya boleh dilakukan oleh individu yang memiliki syarikat yang sah di segi undang-undang dan berdaftar dengan kerajaan Malaysia (seperti laman Kripkorn Studios ini).

Oleh itu, sekiranya anda melihat mana-mana laman web dengan sambungan domain ini, tulang belakang yang menggerakkan laman tersebut adalah satu pertubuhan yang sah. Dan sekiranya sebarang transaksi yang dilakukan dalam laman tersebut adalah SAH di sisi undang-undang.

Berikut adalah harga semasa untuk pendaftaran domain .my

Disemak kali terakhir pada: 15 Julai 2011
Kategori
Bayaran maksimum
.my
RM120.00
.com.my
.org.my
.net.my
RM80.00
.gov.my
.edu.my
.mil.my
RM80.00
.name.my
RM32.00

 

Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 4.5 (2 votes)