Dapat dilihat pada hari ini, enjin carian utama iaitu Google telah menjadi satu fenomena dengan beberapa fungsi tambahan yang dipertingkatkan serta bentuk paparan yang baru. Apabila kita mempunyai satu persoalan dan mahukan jawapan -- perkata pertama yang akan dilakukan adalah dengan mencari jawapannya di Google.com. Penggunaannya yang ringkas dengan hanya perlu memasukkan kata kunci atau frasa ayat bagi membolehkan kandungan yang telah diindeks dalam pangkalan data Google dipaparkan kepada pengguna.

Google (dan lain-lain enjin carian) sangat berpengaruh sehinggakan semua pembangun dan pembina laman web menggunakan sedaya upaya dan pelbagai teknik bagi membolehkan laman mereka dilawati dan diindeks secepat mungkin oleh agen-agen yang terlatih ini. Bahkan, ada yang menjadikannya sebagai satu pertaruhan/pertandingan laman web siapa yang lebih pantas diindeks. Ketaksuban ini sedikit sebanyak telah mengubah persepsi pengguna internet pada masa sekarang.

Ya betul, 5 tahun dahulu kita mungkin boleh menghasilkan satu laman web dengan memuatkan pelbagai kandungan, tajuk, fakta dan kata kunci bagi membenarkan laluan trafik yang tinggi. Mengapa begitu perlu trafik ini? Hanya satu sahaja jawapannya... iaitu RANKING. Agen carian menggunakan algorithma tertentu dalam menyenaraikan laman-laman web yang diindeks dan seterusnya memaparkan senarai carian berdasarkan kepada kata kunci atau frasa yang dihantar oleh pengguna.

Situasi dan faktor ini dapat dilihat kebanyakan laman web mengoptimumkan kandungan laman dengan memuatkan seberapa banyak kata kunci agar mendapat tempat yang tertinggi. Penulis laman web sudah tidak lari dan tidak menekankan kepada kandungan tersebut. Ini menyebabkan sukar untuk mencari kandungan yang betul-betul relevan dengan kata kunci dan kemahuan pengguna.

Kepandaian tiruan (Business intelligence)

Selalunya kepandaian tiruan dikaitkan dengan Artificial Intelligence (AI), tetapi dalam konteks pembangunan sistem atau laman web ia lebih mesra dipanggi sebagai Bussiness intelligence (BI). Namun begitu BI digunakan lebih ke arah bidang perniagaan. BI berupaya untuk mengenal pasti, menyaring dan melakukan analisis untuk satu set data sebaga contoh nilai jualan secara setahun melalui teknologi perkomputeran. Data-data tersebut kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk pelaporan untuk digunakan dalam pelbagai situasi dan keadaan.

Only local images are allowed.
Teknik pencarian pada agen carian sekarang ditentukan kepada populariti menerusi algoritma yang digunakan. Kedudukan ini akan berubah dari satu masa ke satu masa sekiranya berlaku perubahan faktor dalam algoritma yang digunakan. Ianya bukan disebabkan kualiti dan tahap kerelevanan kandungan untuk halaman tersebut.

BI menekan kepada teknik untuk mendapatkan maklumat dan set data yang lebih tepat, jitu dan relevan. Proses dalam pencarian dan pemilihan data dilakukan penyaringan berdasarkan kepada tahap relevan untuk satu-satu faktor. Seterusnya sistem akan memaparkan maklumat yang berkaitan sahaja. Keadaan ini seolah-olah sistem yang melakukan tindakan (decision) kepada pengguna. Berbanding sistem yang sedia ada hanya memaparkan senarai kepada pengguna dan tindakan dibuat oleh pengguna itu sendiri.

Berdasarkan kepada fokus dan tujuan utama BI, ianya masih terhad kepada bidang perniagaan. Maklumat dan data yang dipersembahkan memerlukan satu faktor yang relevan seperti nilai pembelian, tahun, negara dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan. Jadi ke mana arah tuju BI ini untuk digunakan dalam konsep pencarian maklumat untuk kandungan laman web?

Kehadiran HTML5 dalam dunia pembangunan laman web

Adakah kita sedar kehadiran dan peningkatan satu-satu teknologi hanya disebabkan permintaan oleh sesetengah pihak? Seperti kod pengaturcaraan yang lain, HTML5 juga diperkenalkan bagi membolehkan satu-satu teknologi yang baru diimplementasikan dengan lebih mudah dan segera.

Konteks dan RDF merupakan satu teknologi terbaru yang diperkenalkan sebelum hadirnya HTML5 (HTML5) dalam dunia sekarang. Kedua-dua teknologi ini membolehkan satu-satu laman web berkongsi dan memaparkan maklumat yang sama dengan laman-laman yang berlainan. Sebelum ini perkongsian maklumat hanya terhad dilakukan dengan suapan RSS. Namun menyedari kekurangan untuk mendapatkan keseluruhan maklumat dan data yang relevan, HTML5 diperkenalkan dengan bantuan RDF bagi memudahkan proses perkongsian dilakukan.

Selari dengan keupayaan yang terbaru, agen carian bukan sahaja mampu untuk melakukan proses pengindeksan dengan lebih cepat, mudah dan pantas, malahan pencarian maklumat yang lebih relevan, berkaitan dan menepati keperluan pengguna dapat dilaksanakan. Ianya bukan sahaja dapat diadaptasikan kepada pengguna PC tetapi memberi kesan yang menyeluruh kepada peranti mobil dan tablet.

Only local images are allowed.

Senang untuk diringkaskan, teknologi dan konsep sebegini merupakan konsep yang terbaru yang bakal diperkenalkan dalam dunia pembangunan laman web iaitu konsep Web 3.0 (Teknologi akan datang: Web 3.0). Satu pembaharuan yang lebih menyeluruh selepas Web 2.0 (Apa itu Web 2.0).

Masa dan tarikh pelaksanaannya

Tidak diketahui. Kerana evolusi untuk teknologi yang baru dilaksanakan tidak dapat dikenalpasti tarikh yang tepat untuk ianya digunakan sepenuhnya. Bergantung kepada keperluan, permintaan dan penerimaan pengguna terhadapnya. Kita dapat melihat, penerimaan konsep Web 2.0 sendiri mengambil masa bertahun-tahun dan didorong dengan kemunculan beberapa sistem pengurusan kandungan yang mempraktiskan sepenuhnya seperti Drupal, Joomla! dan Wordpress.

Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 3 (2 votes)