Perkhidmatan perdaftaran biasanya akan menyarankan untuk anda mendaftarkan domain tersebut dengan beberapa pilihan sambungan yang masih lagi kosong seperti .net, .org dan .biz dan lain-lain yang merangkumi domain diperingkat tertinggi. Persoalannya, adakah perlu anda berbuat demikian?



.COM atau langsung tidak?



Ramai pengguna internet yang percaya bahawa hanya domain yang didaftarkan dengan sambungan .com mempunyai nilai dan berbaloi dengan kos yang dikeluarkan. Memandangkan kebanyakan pengguna internet akan berpendapat dan meneka sambungan untuk satu-satu nama domain itu berakhir dengannya. Tidak dinafikan bahawa domain .com adalah sangat popular. Walau bagaimanapun terdapat beberapa laman perniagaan yang berjaya dengan cemerlang tanpa penggunaan domain .com.



Apa yang penting adalah anda perlu memikirkan cara yang terbaik untuk membolehkan pengguna mengingati dan mengakses laman web anda. Sekiranya mereka menaip nama syarikat atau pertubuhan yang anda bina, kemudiannya disambungkan dengan .com secara automatis oleh perisian pelayar selepas mereka menekan kekunci Enter, maka pilihan domain .com adalah yang paling sesuai patut didaftarkan.



Tetapi sekiranya anda mampu untuk menjenamakan nama domain anda dengan .net atau .biz ataupun .org, ianya tidak menjadi masalah kepada pengguna untuk mengingati nama tersebut. Salah satu tips yang berguna adalah menjenamakan domain dengan sambungan berdasarkan kepada nama pilihan. Sebagai contoh, laman web sosial terkenal iaitu Delicious begitu hebat dengan domainnya yang dibina del.icio.us (sekarang https://del.icio.us/ [isu sijil keselamatan tidak diperbaharui]).



.ORG dan .NET



Mengikut perangkaan, populariti domain selepas .com adalah .net dan .org yang mendapat tempat untuk pendaftaran peringkat tertinggi. Telah menjadi satu jenama .org merupakan kumpulan atau jenis laman web yang dibina bukan berasaskan kepada keuntungan atau khas kepada satu-satu pertubuhan organisasi. Manakala .net untuk laman web yang menjalankan perkhidmatan berkaitan dengan internet.



Sungguhpun begitu, tiada sebarang peraturan mengenai cara dan jenis laman web yang didaftarkan berdasarkan kepada sambungan domain. Dan ternyata hari ini sesiapa sahaja boleh mendapatkan domain .org dan .net. Sekiranya saya mampu untuk mendapatkan domain tanpa mengira jenis sambungan, pastinya saya akan daftarakan pada salah satu atau kesemuanya sekali.



Domain yang sempurna memansuhkan sambungan



Jika kita lihat kepada asas pemilihan domain, seandainya anda mampu mencipta, memilih dan memikirkan satu nama domain yang senang diingati, ditulis dan dieja, ianya tidak menjadi satu masalah untuk memilih apa jua bentuk sambungan. Katakan anda sudah mempunyai syarikat yang sudah lama bertapak, saya yakin anda tidak akan ragu-ragu untuk mendaftarkan nama tersebut sebagai http://example.biz berbanding sambungan tertinggi yang lain.



Domain tertinggi pada setiap negara



Domain tertinggi negara diselia dan diselenggara oleh negara tersebut dan bertujuan untuk menunjukkan hasil atau jenis laman web yang dibangunkan di negara tersebut. Sebagai contoh:



  • .us -- United State

  • .my -- Malaysia

  • .id -- Indonesia


Sesetengah negara menetapkan syarat pendaftaran domain tertinggi menggunakan sambungan negara tersebut hanya boleh didaftarkan sekiranya syarikat atau pertubuhan tersebut berada dalam negara itu. Tetapi terdapat juga negara yang tidak meletakkan sebarang kengkangan dan sesiapa sahaja boleh mendaftarkan domain secara bebas.



Namun anda perlu tahu risiko menggunakan sambungan domain negara sedangkan lokasi syarikat tidak berada di situ mungkin akan mengakibatkan pembeli beranggapan lokasi syarikat anda memang berada di negara mereka. Walhal, hakikatnya adalah salah.



Domain tertinggi yang luar biasa, .info .fm



Sekarang, terdapat begitu banyak pilihan sambungan domain yang boleh diperolehi untuk apa jua jenis laman web. Domain .biz dikaitkan dengan laman web jenis perniagaan manakala .info selalunya digunapakai oleh laman web yang menyediakan kandungan berkaitan dengan informasi. Namun seperti yang dinyatakan di atas tiada sebarang peraturan dalam penggunaan dan pendaftaran domain ini.

Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (1 vote)