Mengapa isu multi-bahasa ini menjadi fokus utama? Drupal digunakan hampir diseluruh dunia dalam menghasilkan pelbagai jenis laman web dari blog sehingga ke perniagaan. Bagi laman web ini, pihak pembangunan mahu setiap laman mereka mempunyai medium komunikasi yang lebih mesra dengan menggunakan bahasa interaksi yang boleh difahami.

Statistik menunjukkan pengguna lebih selesa untuk membaca, melayari dan berpegang kepada satu-satu laman web yang mereka boleh faham, baca dan selesa. Ini termasuklah penggunaan bahasa. Sebagai contoh, penduduk di Malaysia lebih gemar melayari blog dalam bahasa Malaysia berbanding bahasa Inggeris.

Bagaimana Drupal mengendalikan multi-bahasa

Drupal dikeluarkan pertama kalinya secara umum pada versu 4.7. Kemudiannya melalui peringkat modifikasi kerangka yang baru dan dikeluarkan dengan versi 5. Drupal 5 mula mengadaptasikan konsep node sepenuhnya. Walau bagaimanapun tiada sebarang fungsi multi-bahasi ditekankan. Memandangkan penggunaan multi-bahasa disaat ini masih belum popular.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Komuniti Drupal maju lagi setapak dengan menerapkan kehebatan multi-bahasa dalam Drupal 6. Secara asasnya, Drupal menghasilkan duplikasi atau salinan kepada kandungan asal dan diwujudkan satu identiti pada setiap node untuk setiap bahasa. Sebagai contoh, node 1 adalah versi bahasa Malaysia (ms) dan node 2 merupakan salinan tetapi mempunyai ID bahasa bahasa Inggeris (en) di dalam struktur pangkalan data. Hasilnya, setiap kandungan mempunyai salinan bergantung kepada jumlah bahasa pengantar yang diaktifkan. Saiz pangkalan data juga boleh meningkat sehingga dua kali lebih besar berbanding biasa.

Drupal 7 lebih praktikal dalam mengendalikan multi-bahasa. Dengan fungsi Content Construction Kit (CCK) yang sudah diserap masuk ke dalam Drupal, setiap elemen dalam nodes dikawal menerusi field. D7 tidak lagi melakukan duplikasi kandungan sebaliknya menggunakan Entity API pada elemen-elemen yang berkaitan dengan kandungan tersebut.

Pengaktifan modul terjemahan multi-bahasa

Dalam Drupal 6, terdapat dua modul yang perlu diaktifkan iaitu:

  • Locale (yang didatangkan bersama Drupal) untuk pemilihan bahasa
  • Content translation (bersama Drupal) untuk penukaran dan pemilihan kandungan.

Manakala dalam Drupal 7, modul yang perlu adalah:

  • Locale untuk pemilihan bahasa
  • Content translation untuk penukaran dan pemilihan kandungan
  • Field translation untuk terjemahan medan-medan tertentu.

D7 menunjukkan perubahan besar terhadap fungsi dan aliran proses terjemahan dilakukan. Namun begitu masih terdapat kekurangan pada D6 dan D7 masing-masing. Proses penambahbaikkan ini akan dipertingkatkan dalam versi Drupal 8. Ikuti artikel Kekurangan dan kelemahan multi-bahasa dalam Drupal 6 dan Drupal 7 untuk panduan pemilihan Drupal yang sesuai. Ini memandangkan D8 tidak akan dikeluarkan dalam tempoh yang terdekat.

Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)