Memang tidak dinafikan jika dibandingkan dengan usianya dan bilangan ahli komuniti, Drupal sepatutnya mempunyai bilangan modul yang jauh diluar jangkaan berbanding sekarang. Malahan jika dibandingkan dengan pesaing-pesaing yang searena Drupal jauh meninggalkannya dari segi jumlah bilangan modul/fungsi tambahan ini. Apakah perkara ini satu petanda yang baik atau tidak? Atau mungkin mempunyai hujah-hujahnya tersendiri?

Anda mungkin sekarang berada di kawasan komuniti Drupal Malaysia, sudah tentu artikel ini akan lebih menjurus kepada "memuji" Drupal itu sendiri. Namun apa yang ingin disampaikan adalah hakikat dan perkara sebenar yang berlaku semenjak https://www.drupal.org diwujudkan.

Modul dan templat Drupal kekal di satu pusat

Seperti dalam mana-mana artikel yang saya yang lain, komuniti Drupal hanya wujud di satu tempat sahaja iaitu Drupal.org. Ke semua perkara dari modul, templat, perbincangan, ralat, isu, dokumentasi, rujukan API dan semuanya ditempatkan di situ. Walaupun beberapa laman web cuba dibangunkan untuk mewujudkan situasi yang berlainan contohnya http://drupalmodules.com/, tetapi drupal.org masih menjadi tumpuan utama pengguna.

Selain itu, sungguhpun terdapat beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan penghasilan modul secara komersil atau peribadi, aktiviti tersebut kurang mendapat perhatian orang ramai. Mengapa anda perlu membayar sedangkan boleh mendapatkanya secara percuma? Dan yang paling penting, sokongan dan penyumbang lebih ramai berbanding laman peribadi.

Drupal.org begitu spesifik dalam pengurusan modul/templat

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Sekiranya anda pernah melawat Drupal.org, di ruangan pencarian modul/templat menyenaraikan ke semua senarai yang boleh digunakan berdasarkan kepada kategori, versi Drupal dan status projek tersebut. Setiap kategori yang diwujudkan adalah spesifik dan tidak bertindan antara satu sama lain. Ini bagi mengelakkan kekeliruan timbul semasa proses pencarian dilakukan.

Duplikasi modul dengan fungsi yang sama sangat minima

Perlukah kita mempunyai dua modul yang berlainan tetapi mempunyai fungsi dan kesan yang sama? Inilah yang cuba diatasi dan diuruskan oleh pihak komuniti Drupal. Selain menyediakan satu tempat berpusat, langkah ini juga membatasi situasi terdapatnya dua modul yang memberikan fungsi yang sama. Sebelum satu-satu modul dilepaskan kepada umum, pihak Drupal Security akan memastikan tujuan dan misi utama satu modul baru dikeluarkan tidak bersilang dengan modul yang sedia ada.

Seandainya terdapat dalam senarai modul yang hampir sama atau boleh digabungkan bersama, pihak komuniti akan mengambil tindakan untuk bekerjasama antara dua pemilik asal modul tersebut untuk bergabung atau menerapkan salah satu modul ke dalam yang sedia ada.

Modul-modul berevolusi selaras dengan versi Drupal

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Setiap satu versi major Drupal yang dilepaskan mempunyai fokus dan kerangka yang berlainan. Keadaan ini menyebabkan versi modul perlu seimbang dan dikeluarkan berdasarkan kepada versi Drupal tertentu. Pihak komuniti bertanggungjawab untuk meningkatkan versi modul yang dihasilkan oleh mereka agar ianya boleh dipasang pada versi yang berlainan. Ia juga memastikan tiada dua modul yang sama tapi berlainan versi dikeluarkan.

Sekiranya pihak komuniti mengeluarkan beberapa versi peningkatan yang baru (sama ada dari segi kod aturcara yang berlainan atau fungsi yang dibina semula), ianya masih terletak di bawah satu projek yang sama. Begitu juga untuk versi yang masih dalam pembangunan dan percubaan. Pendek kata, satu halaman projek menempatkan semua versi-versi keluaran modul itu sendiri.

Sokongan, ralat dan isu

Drupal.org begitu efisien dalam mengendalikan dan memastikan modul yang dikeluarkan adalah berkualiti dan tiada sebarang masalah untuk digunakan oleh semua pemilik laman Drupal. Di bahagian projek juga menyediakan satu ruangan untuk ahli-ahli komuniti berinteraksi dan berbincang mengenai modul tersebut.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Perbincangan yang dilakukan di sini akan mendapat sokongan dan bantuan terus daripada pihak "maintainers" ataupun komuniti yang lain. Sekiranya pengguna menghadapi masalah, mereka disarankan untuk merujuk kepada senarai-senarai isu yang pernah diajukan oleh pengguna yang lain. Ini bagi mengelakkan terdapatnya masalah yang sama dihantar sebaliknya menempatkan di dalam satu topik yang sama.

Situasi ini mengakibatkan anda tidak perlu untuk mencari-cari jalan penyelesaian dan bantuan daripada Google.com sebaliknya kembali ke laman Drupal.org dan terus ke halaman projek modul yang digunakan. Tidak hairan mengapa laman web yang menyedia modul secara komersil tidak mampu dan setanding dengannya.

Satu modul, pelbagai fungsi: fleksibel

Ini adalah perkara dan sebab utama bilangan modul Drupal tidak seperti yang dijangkakan. Drupal itu sendiri bersifat fleksibel malahan sebarang modul yang dihasilkan memiliki sifat yang sama. Satu modul berupaya untuk menjana fungsi, paparan dan kelebihan yang sama jika dibina satu modul yang lain.

Sebagai contohnya, modul Views yang sangat hebat ini berupaya untuk menghasilkan aktiviti seperti:

  • menyenaraikan artikel-artikel yang terhangat
  • menampilkan data-data dalam bentuk jadual
  • mengubah suai fungsi Drupal sedia ada ke dalam bentuk yang baru.

Agak sukar kepada pengguna yang baru kerana mereka perlu memahami, mendalami dan mencari tutorial-tutorial yang mengajar tatacara untuk menggunakan satu-satu modul yang dikelaskan dalam kategori "hebat" ini. Memandangkan situasi ini sudah berkurun dan Drupal masih mengekalkan konsepnya, ramai yang berpendapat Drupal hanya sesuai digunakan oleh pengguna yang mahir.

Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 2.5 (2 votes)