WHM berbeza dengan perisian yang biasa digunakan oleh pengguna untuk memasuki sistem pelayan seperti CPanel dan DirectAdmin. WHM mengawal sepenuhnya sistem pelayan manakala sistem CPanel dan DirectAdmin hanya terhad kepada akaun pengguna yang melanggan pelayan tersebut.

Dalam pemasangan Drupal 7, keperluan tambahan yang perlu diaktifkan adalah PDO. Sekiranya anda melanggan pengehosan web jenis perkongsian, ianya perlu dipasang dengan bantuan pihak syarikat. Dengan erti kata lain, anda tidak boleh memasangnya sendiri. Sekiranya anda mempunyai akses untuk masuk ke WHM, maka pemasangan PDO boleh dibuat melaluinya.

Sekiranya anda melihat ralat seperti ini semasa pemasangan Drupal 7, maka cara di bawah perlu dilakukan (jika anda adalah pemilik pelayan tersebut).

PHP extensions Disabled
Drupal requires you to enable the PHP extensions in the following list (see the system requirements page for more information):
pdo

Pengaktifan PDO PHP Extension melalui WHM

  1. Log masuk ke dalam WHM sebagai pengguna "root"
  2. Klik pautan EasyApache (Apache update) pada bahagian Software di lajur sebelah kiri WHM
  3. Anda akan melalui beberapa langkah pemasangan seperti "wizard"
  4. Buat pilihan pertama; Start customizing based on profile pada langkah Profile
  5. Pada langkah Apache Version, klik butang Next step
  6. Pada langkah PHP Major Version, klik butang Next step
  7. Pada langkah PHP Minor Version, klik butang Next step
  8. Pada langkah Short Option List, klik Exhausitive Option List
  9. Tandakan pada kekotak pilihan untuk PDO
  10. Sekiranya dipaparkan mesej:
    This option will make the following changes to your profile prior to the build: Enables: PDO. Are you sure you want to do this?
    Klik OK.
  11. Klik butang Save and build
  12. Sekiranya dipaparkan pengesahan:
    Recompile Apache and PHP now?
    Klik butang Yes
  13. Sekiranya dipaparkan lagi mesej pengesahan:
    Termination of the build process will result in data loss! The build process is designed to run in the background until complete. Prematurely killing this process will leave your Apache configuration in an unusable state requiring restoration from backups.
    Klik I Understand
  14. Mesej ini untuk memberitahu kita bahawa proses kompilasi sistem PHP yang baru akan dilakukan dibalik tabir. Sekiranya anda menghentikannya sebelum proses ini selesai, akan mengakibatkan kehilangan data yang serius. Pastikan anda biarkan proses selajutnya berjalan sehingga selesai.
  15. Tunggu proses ini selesai dilakukan dan mesej berikut dipaparkan:
    Build Complete!
  16. Pada langkah Configure Suexec and PHP, klik butang Close

Maka selesailah proses memasang sambungan PHP untuk modul PDO. Anda boleh mula memasang Drupal 7 pada pengehosan web tersebut.

Tag #: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)