Sebelum sistem ini dapat berfungsi dengan sempurna, ianya perlu melalui proses pemasangan pada pengehosan web terlebih dahulu. Terdapat cara yang mudah untuk membolehkan pemasangan ini dilakukan dalam 3 langkah yang pantas.

Terlebih dahulu pastikan anda telah melanggan dan mempunyai pengehosan web. Contoh yang ditunjukkan adalah pemasangan pada sistem pengurusan pelayan menggunakan Control Panel atau CPanel.

#1 Log masuk ke dalam sistem CPanel

Anda boleh log masuk ke dalam sistem CPanel menerusi penambahan frasa URL "/cpanel" di belakang domain atau alamat IP anda, contoh; http://www.example.com/cpanel.

Seterusnya masukkan nama pengguna dan kata laluan yang dibekalkan oleh pihak penyedia hos tersebut. Kebiasaanya maklumat ini diberikan menerusi emel semasa proses pendaftaran dilakukan. Dapatkan maklulmat ini sekiranya anda menggunakan orang ketiga dalam melaksanakan proses pendaftaran sebelum ini.

Setelah berjaya log masuk ke dalam sistem, cari ikon "OpenCart" di bahagian "Softaculous Apps Installer". Klik pada ikon tersebut.

ikon opencart di cpanel

#2 Memasang OpenCart

description mengenai versi opencart

Di bahagian paparan utama ini, sistem akan memaparkan semua maklumat penting seperti versi terkini yang akan dipasang serta tarikh keluaran daripada komuniti rasmi OpenCart, https://www.opencart.com/.

Seterusnya klik pada butang "Install" untuk mula mengisi borang maklumat mengenai pemasangan.

butang install opencart

Pertama isikan maklumat mengenai kedudukan atau lokasi OpenCart akan dipasang. Sekiranya memerlukan penggunaan subdomain, anda harus menghasilkan subdomain terlebih dahulu di ruangan pentadbiran CPanel.

lokasi pemasangan opencart di server

Sekiranya anda memasukkan nama direktori pada bahagian "In Directory", maka ianya akan dipasang pada domain http://parasolx.net dan akan diakses menerusi http://parasolx.net/mystore. Bagi pemilihan pemasangan pada subdomain, biarkan bahagian ini kosong dan pastikan "Choose domain" telah dipilih dengan nama subdomain.

option untuk install di subdomain

Contoh di atas akan membenarkan OpenCart diakses menerusi http://store.parasolx.net.

Selanjutnya masukkan maklumat mengenai kedai atau laman perniagaan anda. Maklumat ini termasuklah nama kedai, penerangan ringkas kedai, pemilik dan alamat stor (sekiranya ada).

maklumat stor opencart

Bagi bahagian "Database settings", kita boleh abaikan sahaja. Biarkan OpenCart menggunakan tetapan lalai untuk "table prefix" ini.

Bahagian yang terakhir adalah maklumat mengenai pentadbir laman. Masukkan maklumat ini dan pastikan ianya disimpan ditempat yang paling selamat untuk mengelak daripada maklumat ini dicuri oleh orang lain.

maklumat akaun administrator opencart

Bahagian "Advanced Options" membenarkan beberapa tetapan tambahan untuk pemasangan ini dibuat seperti proses salinan sandaran yang dijana secara automatik dan simpanan fail salinan untuk kitaran tertentu.

tetapan tambahan pemasangan opencart

Setelah semua maklumat diisi, klik pada butang "Install" untuk memulakan proses pemasangan. Pastikan anda memasukkan alamat emel agar satu salinan mengenai pemasangan ini dihantar ke kotak emel.

[title]-[filefield-fid]

#3 Pemasangan dan sistem OpenCart siap digunakan

Setelah butang "Install" diklik, sistem akan memulakan proses pemasangan. Pemantauan proses ini ditunjukkan kepada kita dengan bar peratusan yang akan selesai apabila mencapai 100%.

[title]-[filefield-fid]

Setelah selesai, satu mesej akan dipaparkan dengan alamat URL untuk mengakses sistem OpenCart. Selesai. Mudah bukan?

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan sistem OpenCart ini, sebuah ebook telah diterbitkan yang bertajuk "Bina Laman Perniagaan Mudah dengan OpenCart". Dapatkannya segera.

Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 4 (2 votes)

Komen

fazmys's picture

Biasanya berapa besar minimum saiz diperlukan utk wat kedai online..ebook tu start dr kosong knowledge ke?

------

Maklumat Lanjut:- [color=#0080FF][b][url=http://fazmys.com]Fazmys Online[/url][/b] [b][url=http://www.fazmys.blogspot.com]Fazmys Blog[/url][/b] [b][url=http://www.fazminn.net]Fazminn.net[/url][/b][/color]

parasolx's picture
Admin

serendah 500mb space dan 5GB bandwidth sudah cukup. tapi bergantung kepada tahap dan keperluan. pakej langganan webhosting selalunya boleh dinaik taraf sekiranya perlu. jadi boleh bermula dengan modal yang kecil sebagai percubaan. ya, ebook itu sememangnya untuk pengguna baru.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

fazmys's picture

Ok..tq..suatu hr nnt..nk beli ebook tu

------

Maklumat Lanjut:- [color=#0080FF][b][url=http://fazmys.com]Fazmys Online[/url][/b] [b][url=http://www.fazmys.blogspot.com]Fazmys Blog[/url][/b] [b][url=http://www.fazminn.net]Fazminn.net[/url][/b][/color]

parasolx's picture
Admin

Boleh.. tak ada masalah.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

fazmys's picture

okies..dh tempah..nanti bayar..esok kot..ke cimb bank

Order ID: #36

------

Maklumat Lanjut:- [color=#0080FF][b][url=http://fazmys.com]Fazmys Online[/url][/b] [b][url=http://www.fazmys.blogspot.com]Fazmys Blog[/url][/b] [b][url=http://www.fazminn.net]Fazminn.net[/url][/b][/color]

parasolx's picture
Admin

Salam tuan, order tuan telah diterima menerusi sistem. Selepas membuat pembayaran mohon untuk maklumkan kepada pihak kami menerusi emel yang telah dihantar untuk tindakan selanjutnya. terima kasih.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

fazmys's picture

done, tengok emel dari fazmys@gmail tu..pastu, ada reply lg satu..order ID #36

------

Maklumat Lanjut:- [color=#0080FF][b][url=http://fazmys.com]Fazmys Online[/url][/b] [b][url=http://www.fazmys.blogspot.com]Fazmys Blog[/url][/b] [b][url=http://www.fazminn.net]Fazminn.net[/url][/b][/color]

parasolx's picture
Admin

Salam. Saya sudah semak. Emel lanjutan telah dihantar untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih tuan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

sensasi2020's picture

Salam... Admin. Di mana boleh saya dapatkan ebook cara "Bina Laman Perniagaan Mudah Dengan OpenChat.  Di sini,  bila saya klik link ia error. 

------

sensasi2020

parasolx's picture
Admin

Salam tuan, masalah telah dibaik pulih. Tuan boleh membuat tempahan ebook pada pautan yang disediakan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training