Dalam satu artikel sebelum ini, saya telah menerangkan sepenuhnya bagaimana Drupal mengendalikan multi-bahasa agar ianya mengekalkan imej Drupal sebagai satu sistem yang fleksibel dan paling stabil. Setiap versi peningkatan major Drupal akan mengalami perubahan dari segi aliran proses dan kerangkanya.

Apa yang penting adalah anda perlu ketahui kekurangan dan kelemahan yang ada pada setiap versi barulah anda mendapat kelebihan dari segi pengurusan dan pembinaan laman sehingga siap.

Kelemahan multi-bahasa pada Drupal 6

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

D6 sangat sempurna mengendalikan multi-bahasa dengan melakukan replikasi terhadap kandungan utama dan ditukarkan kepada bahasa pilihan berdasarkan kepada prefix tertentu.

  • Kebenaran penulis
    D6 membenarkan kita mengawal setiap kebenaran berkaitan kandungan. Bermakna anda boleh tetapkan seseorang penulis itu boleh menghantar kandungan untuk bahasa Malaysia dan tidak untuk bahasa Inggeris. Ini kerana setiap kandungan diduplikasi dan mempunyai kebenaran tersendiri berdasarkan kepada ID node.
  • Aliran tatacara berlainan melalui status
    Selain itu, kita boleh asingkan status paparan untuk kandungan setiap bahasa. Maknanya, kandungan dalam bahasa Malaysia dipaparkan namun pada masa yang sama terjemahan untuk bahasa Inggeris masih dalam pantuan dan memerlukan proses ulasan daripada pihak moderator atau pentadbir.
  • Akses kepada aliran (path) dan menu
    Setiap kandungan mempunyai ID node tertentu, maka setiap kandungan berlainan bahasa boleh dirantaikan kepada pelbagai menu, berlainan blok dan akses tersendiri.

Masalah yang dihadapi dengan Drupal 6 dalam multi bahasa

Seandainya anda berhasrat membina kumpulan dalam laman (dengan bantuan modul Organic Group), proses pendaftaran atau signup kumpulan tidak dapat diterjemahkan. Kerana ianya terhasil daripada modul dan tidak mempunyai ID node.

Selain itu, sistem penilaian juga akan menjadi masalah. Kerana modul ini dinilai berdasarkan kepada node. Jadi kita tidak mendapat penilaian keseluruhan kandunagn sebaliknya ianya dinilai untuk setiap kandungan bahasa dan bukan tajuk kandungan. Kita tidak mendapat gambaran sepenuhnya untuk semua sistem penilaian.

Bagi penggunaan CCK pula, setiap terjemahan tidak berkongsi secara terus. Kita perlu memuat naik, contohnya gambar untuk produk yang sama pada setiap translasi. Begitu juga sekiranya terdapat medan untuk harga produk. Dengan erti kata lain, bukan sahaja saiz pangkalan data meningkat sebanyak dua kali, begitu juga dengan ruangan storan.

Kelemahan multi bahasa pada Drupal 7

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

D7 menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh D6 terutama penggunaan medan buatan sendiri (CCK). Setiap elemen dalam D7 mempunyai entiti tersendiri dengan bantuan Entity API. Tiada lagi replikasi kandungan dilakukan sebaliknya disimpan dalam setiap elemen  tersendiri. Modul Field translation memboleh penggunaan modul Organic Group diterjemahkan sepenuhnya. Untuk elemen seperti gambar ianya ditag dengan entiti UND (undefined). Oleh itu ianya akan kekal muncul walaupun terdapat peralihan bahasa dilakukan. Untuk elemen seperti harga produk, kita boleh sama ada kekalkan seperti elemen gambar atau asingkan berdasar pilihan bahasa.

Kelemahan yang masih ada pada D7

  • Kebenaran
    Disebabkan elemen-elemen bersangkutan kepada satu ID node, bermakna ianya berkongsi kebenaran yang sama. Anda perlu menghasilkan jenis kandungan berlainan sekiranya ingin menggunakan pelbagai peranan dalam pengurusan kandungan.
  • Aliran tatacara kandungan
    Sama seperti kebenaran, ianya berkongsi. Bermakna kita boleh mewujudkan status kandungan dalam bentuk pantauan kerana penulis itu sendiri berupaya untuk mengaktifkan kandungan walaupun ianya disetkan kepada belum papar (unpublish).
  • Menu bergantung sepenuhnya kepada pilihan bahasa
    Fungsi menu bergantung sepenuhnya kepada pilihan bahasa termasuk akses kepadanya. Untuk pelbagai peranan, anda perlu hasilkan pelbagai jenis kandungan dan disetkan setiap kandungan untuk setiap peranan.

Keterangan yang ditunjukkan di atas HANYA melibatkan pemasangan Drupal secara asas. Tidak kira sama ada anda menggunakan D6 atau D7, terdapat modul tambahan yang boleh menyelesaikan kekurangan pada setiap satu versi.

Drupal 8 menyelesaikan semuanya

Kehadiran D8 nanti bakal menyelesaikan ke semua masalah yang dihadapi oleh D6 dan D7 dengan menggabungkan kedua-dua konsep yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, proses tersebut masih lagi diperingkat awal dan konsep penuh masih lagi giat dibincangkan oleh pihak komuniti.

Penilaian: 
No votes yet