Sebelum Drupal 7 dikeluarkan secara rasmi, pihak Acquia telah mengambil satu inisiatif untuk mempromosikan kehebatan Drupal dengan membina satu laman web untuk digunakan secara percuma iaitu Drupal Gardens.

Only local images are allowed.

Ini merupakan paparan laman utama Drupal Gardens. Jika diperhatikan konsep yang digunakan dalam pembinaan laman web ini sangat jauh meninggalkan konsep asal Drupal yang dikatakan kurang dari segi paparan antara muka. Drupal Gardens menyalahkan tanggapan tersebut dengan menyediakan satu bentuk lakaran yang penuh dengan grafik dan dijalankan dengan pelantar Drupal 7.

Satu butang dengan teks pengenalan "Create a free site" secara langsung memberitahu kepada pengunjung bahawa anda boleh membina laman web persendirian secara percuma. Percuma dari segi domain dan pengehosan web. Ya betul, segalanya percuma apabila anda mendaftarkan diri di Drupal Gardens. Kita akan menyelongkar sepenuhnya laman web ini secara mendalam.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan

Only local images are allowed.

Di samping menyediakan perkhidmatan secara percuma, Drupal Gardens menyediakan perkhidmatan tambahan untuk mengendali dan menguruskan laman web anda. Seperti lain-lain perkhidmatan, penggunaan secara percuma secara lazimnya masih tertakluk kepada beberapa syarat dan kengkangan. Namun begitu, sebagai langkah permulaan, Drupal Gardens sangat sesuai untuk anda mengenali Drupal secara lebih dekat.

Kelebihan yang paling menarik mengenai Drupal Gardens adalah keupayaan untuk memindahkan keseluruhan laman ke perkhidmatan berbayar yang lain. Beerti, sekiranya anda sudah mempunyai domain dan pengehosan web secara persendirian, segala data, maklumat, fail-fail yang dimuat naik dapat dieksport dan dimuat turun tanpa sebarang halangan dari Drupal Gardens ke tapak pengehosan yang baru.

Pendaftaran ahli yang baru

Tanpa perlu membuang masa, kita lakukan pendaftaran terlebih dahulu. Prosesnya cukup mudah. Apa yang perlu dilakukan adalah mengisi borang dengan maklumat-maklumat yang diperlukan. Namun begitu, satu-satu akaun adalah tertakluk kepada satu emel.

Only local images are allowed.

Pihak Drupal Gardens akan meminta anda untuk melakukan verifikasi terhadap emel yang digunakan sebelum dibenarkan membina atau membangunkan sebarang laman web. Setelah berjaya mendaftarkan diri, anda akan dibawa ke ruangan pentadbiran yang menyenaraikan semua laman-laman web di dalam akaun tersebut.

Only local images are allowed.

Sepanjang proses ini, boleh dikatakan paparannya sungguh mesra pengguna. Tiada banyak konfigurasi yang perlu dilakukan. Dan berita baiknya, dalam satu akaun anda boleh hasilkan seberapa laman web yang anda mahu sehingga lima laman berlainan untuk pakej percuma. Klik sahaja butang "Create a new site" dan anda perlu namakan domain yang baru untuk laman tersebut.

Only local images are allowed.

Laman web saya sudah tersedia

Dengan mengklik satu butang "Continue" sahaja, anda akan dibawa ke paparan laman web anda. Perhatikan saya sudah mempunyai laman web saya dengan domain parasolx.drupalgardens.com yang dijanakan Drupal 7. Lihat sahaja Toolbars di bahagian atas dengan sedikit pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak Drupal Gardens.

Only local images are allowed.

Ke semua fungsi dan pengurusan Drupal 7 digunakan secara asal. Bermakna anda sedang gunakan Drupal 7 dan bukan sistem pengurusan yang dilakukan oleh Drupal Gardens. Sedikit pengubahsuai yang dilakukan adalah pada bahagian Appearance.

Mengubah suai dan menetapkan bentuk paparan laman

Only local images are allowed.

Pada bahagian Style, anda boleh mengubah suai bentuk paparan tulisan, latar belakang dan garisan sempadan dengan hanya menggunakan tetikus. Dan paling menyeronokkan adalah paparan ditunjukkan secara terus pada laman yang boleh dilihat.

Only local images are allowed.

Dan ini pula adalah konfigurasi untuk menetapkan mood atau tona warna untuk halaman anda. Klik sahaja pada pakej atau skema warna yang dirasakan sesuai dengan citarasa anda. Sekali lagi, apa yang perlu dilakukan adalah menggunakan tetikus sahaja.

Only local images are allowed.

Bagaimana pula jikalau saya mahukan paparan laman web saya mempunyai dua lajur sahaja? Tidak perlu risau. Pada bahagian Layout menempatkan beberapa pilihan struktur panel laman web kita. Piliha sahaja situasi yang anda mahukan. Klik dan secara terus ianya ditukarkan dan dikonfigurasikan secara automatik kepada anda.

Only local images are allowed.

Bagusnya, semuanya dilakukan secara automatik. Tetapi saya mahukan tulisan untuk Heading 1 saya lebih besar, bagaimana caranya? Tuju sahaja ke bahagian Advanced. Di bawah tab Custom CSS anda boleh menyelitkan kod CSS tersendiri. Pastikan anda sudah mahir dengan kod CSS sekiranya ingin menggunakan fungsi yang hebat ini.

Only local images are allowed.

Atau anda mungkin tidak mahu membuang masa dengan melakukan modifikasi secara sendiri sedangkan masa diperuntukan hanya 15 minit, tuju terus ke bahagian Themes. Di sini anda boleh memilih mana-mana templat yang telah siap dibina oleh pihak Drupal Gardens. Walaupun bilangan templat yang disediakan masih dalam kuantiti yang sedikit, namun ianya akan ditambah dari semasa ke semasa.

Cipta kandungan yang baru

Kelebihan Drupal 7 dipertingkatkan keupayaannya semasa proses penciptaan kandungan baru dengan paparan editor pada ruangan kemasukan. Penulisan kandungan seolah-olah dilakukan seperti dalam Microsoft Word yang dipacukan dengan editor CKEditor. Anda tidak perlu risau sekiranya tidak mengetahui langsung dengan kod HTML.

Only local images are allowed.

Satu kekurangan Drupal yang sering diutarakan adalah kebolehan fungsi sedia ada untuk mengendalikan fail-fail seperti elemen gambar. Drupal Gardens meletakkans atu inisiatif dengan penggunaan modul Media untuk membenarkan kita mengendalikan fail-fail media secara lebih mudah seperti di komputer peribadi.

Only local images are allowed.

Bukan itu sahaja, anda boleh menarik atau menggunakan elemen media dari sumber yang lain seperti Youtube atau Flickr dengan menggunakan fungsi Embed image/video sekiranya kuota ruangan simpanan yang diberikan sudah dipenuhi.

Adakah konfigurasi, modul dan informasi Drupal 7 asal dikekalkan?

Ya benar. Anda boleh memilih untuk mengaktifkan atau menyahaktif modul-modul yang ada di dalam Drupal Gardens sama seperti anda mengendalikan Drupal 7. Apa yang membezakannya adalah anda tidak dibenarkan untuk memasang modul pilihan sebaliknya menggunakan modul yang disenaraikan sahaja.

Konfigurasi juga tetap sama. Anda boleh melakukan konfigurasi untuk setiap modul yang aktif dibahagian Configuration. Sebagai contohnya anda boleh menetapkan prapemprosesan untuk elemen gambar menerusi Media type. Atau menetapkan sendiri paten dan struktur URL anda menerusi URL aliases. Bagi saya ini sudah cukup untuk satu perkhidmatan yang diberikan secara percuma.

Tidak ketinggalan juga, anda boleh menghasilkan seberapa banyak jenis kandungan (Content type) dan taksonomi yang merupakan kekuatan sebenar Drupal tanpa sebarang halangan. Dan masih banyak lagi modul yang cukup berkuasa telah disediakan oleh Drupal Gardens untuk digunakan. Dalam erti kata lain, anda tidak merasakan kekurangan untuk menggunakan Drupal sebagai satu platform permulaan untuk laman web pertama.

Bagaimana pula dengan multi pengguna?

Only local images are allowed.

Senang saya katakan, ianya sama seperti Drupal 7. Anda boleh menghasilkan seberapa banyak pengguna untuk mengendalikan laman web ini. Tidak ketinggalan fungsi Permission yang menjadi keperluan penting dalam kes multi pengguna. Sebagai pentadbir utama, anda berhak untuk memberikan kebenaran tertentu kepada pengguna tertentu menggunakan satu-satu fungsi.

Revolusi Drupal Gardens

Drupal Gardens dibina sewaktu Drupal 7 masih lagi dalam pembangunan. Proses kemas kini dan modifikasi yang dilakukan ternyata begitu pesat dan sempurna. Anda tidak perlu risau memikirkan mengenai domain, pengehosan web atau laman web saya digodam lagi. Kerana semuanya dipertanggungjawabkan kepada Drupal Gardens.

Dan yang paling menarik perhatian saya, sekiranya anda ingin lebih bebas setelah berjaya menggunakan Drupal 7 ini secara percuma, dapatkan ruang laman web secara berbayar dan lakukan proses eksport keseluruhan laman dari Drupal Gardens.

Only local images are allowed.

Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)