Pada persidangan Drupal di Chicago baru-baru, pemilik Drupal iaitu Dries Buytaert telah melancarkan secara rasmi pembinaan untuk Drupal 8, iaitu satu versi yang akan dikeluarkan selepas kejayaan mengeluarkan versi 7. Dalam ucapannya, Dries menyatakan dengan jelas hasrat dan keupayaan yang akan dipertingkatkan dalam versi Drupal terbaru nanti.

Antara fungsi-fungsi dan keupayaan yang bakal dipertingkatkan dalam D8 adalah seperti berikut:

  • kesesuaian pada pelbagai jenis peranti (mobil) -- ini termasuklah kod penghasilan yang lebih bersih, penggunaan HTML5, penerapan CSS3, konteks dan API untuk perkhidmatan melalui laman web
  • integrasi dan kesinambungan dengan direktori API -- membolehkan Drupal dihubungkan dan disambungkan dengan pelbagai sistem pengumpulan maklumat. Sinkronasi data-data dilakukan pada satu pusat pengumpulan maklumat sahaja.
  • peningkatan pengalaman penggunaan -- menghasilkan satu sistem yang lebih mesra pengguna, berprestasi tinggi dari segi kelajuan dan mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja
  • pengurusan kandungan -- mengasingkan fungsi dan pengurusan antara kandungan dan konfigurasi, "universal unique identifiers" (UUIDs); yang diperlukan untuk akses pada pelbagai peranti, kebolehan untuk pengeksportan data dan maklumat, lebih konsisten dalam penghasilan API
  • kandungan berperingkat -- peningkatan dari segi pengendalian dan pengurusan kandungan

Nampaknya Drupal sekali akan menjadi sistem pengurusan kandungan yang dikeluarkan secara Open Source bakal menggegarkan dunia pembangunan laman web sekiranya ke semua implementasi yang akan dimuatkan dalam versi terbaru ini terhasil. Dalam Drupal 7, satu-satunya sistem yang menerapkan sepenuhnya fungsi RDFa telah dihasilkan.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Drupal 8 menjanjikan keupayaan kepada pemilik laman yang mana laman anda berupaya untuk diakses dan berfungsi dengan sepenuhnya pada pelbagai peranti selain komputer; netbook, telefon, mobil dan gajet. Logo terbaru juga dipaparkan sewaktu pelancaran ini dengan menggunakan warna hitam sebagai satu imej terbaru.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Penilaian: 
Your rating: None Average: 3 (1 vote)