Hari ini pelbagai jenis dan pelantar CMS membanjiri dunia internet serentak dengan tuntutan pengguna untuk menghasilkan laman web sendiri. Sistem yang diterapkan setiap hari melalui proses peningkatan bagi menghasilkan satu perisian yang terbaik.

Berbicara mengenai elemen ini, antara faktor yang begitu menjadi perbualan ramai adalah mesra pengguna dan proses pembelajaran yang paling singkat tetapi mampu untuk hasilkan produk seperti seorang professional. Jika dulu, semua ini terpaksa bermula dari bawah, tapi dengan CMS mampu menyelesaikan segalanya.

Elemen pembangunan CMS

Terdapat banyak elemen yang perlu diterapkan dalam membangunkan satu sistem yang boleh digunakan ramai secara selamat. Antaranya keselamatan, mesra pengguna dan kepelbagaian.

Tetapi faktor yang paling besar adalah antara kebolehgunaan dan kefungsian. Dua elemen ini saling bertentangan dan paling sukar untuk diimbangkan. Secara konsepnya, elemen ini diletakkan di atas satu dacing. Kedua-dua perlu mempunyai peranan dan berat yang sama agar kelihatan seimbang.

Only local images are allowed.

Apabila kebolehgunaan dibincangkan elemen mesra pengguna lebih difokuskan, tetapi apabila kefungsian mula campur tangan ianya lebih menekan kepada kemampuan sistem melakukan sesuatu tugas.

Kebolehgunaan (usability)

Antara tujuan utama CMS dibina adalah bagi mengurangkan masa pembinaan laman dan membantu pengguna baru menghasilkan laman web tanpa memerlukan kemahiran dalam aturcara. Secara dasarnya, CMS ini lebih mudah untuk digunakan tanpa perlu melibatkan sebarang penggunaan aturcara tambahan.

Paparan maklumat, tetapan dan fungsi-fungsi lebih ringkas. Susunan dibuat sedemikian rupa agar capaian lebih senang dibuat. Kurang melibatkan elemen kompleks dan lebih menekankan kepada faktor paparan ringkas. Namun tidak bermakna semua fungsi disediakan.

Kesesuaian bagi pengguna baru juga termasuk dalam elemen ini. Orang baru memerlukan aliran kerja yang lebih ringkas dan senang untuk difahami. Keadaan ini bagi membolehkan mereka menguasai dan menggunakan CMS dalam masa yang lebih singkat.

Rekaan laman juga lebih kepada bentuk ringkas. Reka bentuk tidak perlu terlalu bergambar, warna di sana sini sekadar cukup dengan tulisan berpautan sudah memadai. Tetapi gambar memainkan peranan lebih besar berbanding tulisan.

Kefungsian (functionality)

Apabila berbicara mengenai elemen kefungsian antara perkara yang terpenting adalah fleksibiliti. Pengguna mampu menghasilkan sesuatu yang lebih kompleks. Tetapi menuntut kepada kemahiran dan kreativiti pembangun untuk memanipulasikan setiap fungsi yang disediakan.

Penekanan kepada elemen ini menjadikan setiap fungsi dalam CMS lebih spesifik dan tepat. Bermakna setiap fungsi yang terkecil juga boleh diubahsuai. Mungkin menimbulkan permasalahan semasa proses kemas kini atau peningkatan versi.

Penyediaan fungsi yang pelbagai juga menjadi fokus. Kepelbagaian yang diterapkan menyediakan lebih banyak pilihan dan tetapan untuk digunakan. Dari sebesar-besar pilihan kepada sekecil-kecil tetapan.

Pembelajaran CMS jenis ini lebih memerlukan masa kerana pengguna terpaksa membiasakan diri dengan sistem, aturan, susunan dan gerak kerja yang disediakan. Di samping itu, untuk pengguna baru memerlukan bantuan dari pennguna mahir agar proses pembelajaran lebih cepat.

Isu pemilihan CMS

Bagi pengguna baru, isu ini sangatlah penting. Setiap CMS yang dibangunkan mempunyai fokus tersendiri dan tidak semua CMS memenuhi keperluan seperti yang anda mahukan.

Satu CMS yang fokus kepada elemen kebolehgunaan akan kurang dari segi penyediaan fungsi yang pelbagai dan sebaliknya. Kerana ianya sukar untuk mengimbangi secara rata kedua-dua elemen ini.

Secara analoginya, sebuah kereta Ferrari yang begitu kompleks sistem binaannya tidak mungkin akan mudah untuk diselenggarakan seperti kereta biasa. Dan teknik selenggaraannya juga agak berbeza dari kereta yang biasa. Namun dengan kehadiran sistem perkomputeran boleh memudahkan kerja-kerja selenggaraan ini.

Kesimpulannya, sekiranya anda mahukan sesuatu yang lebih fleksible, pilihlah CMS yang lebih ke arah fungsi dan sekiranya anda masih baru, pilihan tepat adalah CMS yang lebih ke arah kebolehgunaan.

Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 3 (2 votes)