Proses Pemasangan Drupal pada Localhost
Perkara yang anda perlukan sebelum membuat proses pemasangan ini adalah:
-
Server PHP + Apache + MySQL. Rujuk artikel: Memasang dan menetapkan server PHP secara manual (Bahagian 1).
Nota: Pastikan anda menggunakan PHP5 dan MySQL version 5 untuk mengelakkan sebarang masalah. -
Drupal Core - muat turun di sini. Dapatkan versi Drupal yang terbaru.
Nota : Semasa artikel ini ditulis, versi drupal adalah 6.10 -
Perisian untuk membuka fail .tar.gz -
Sila muat Winrar untuk memudahkan kerja anda.
Langkah-langkah Pemasangan Drupal
Berikut adalah langkah-langkah untuk memasang Drupal di dalam komputer anda atau lebih senang dipanggil "localhost".
-
Extractkan fail Drupal anda. Lihat gambar dibawah untuk membantu anda. -
Klik kanan pada fail Drupal, dan pilih Extract to drupal 6.10 -
Anda akan perhatikan satu direktori bernama "Drupal 6.10" akan dihasilkan -
Buka direktori itu dan anda akan dapat melihat satu lagi direktori Drupal 6.10 -
Salin direktori tersebut atau pindah ke dalam server anda iaitu samada di dalam direktori "www" (jika anda menggunakan Wamp) atau "htdocs" (jika anda menggunakan xampp) -
Ubah nama "drupal 6.10" kepada nama lain yang anda inginkan (sekiranya perlu). Dalam tutorial ini kita akan mengambil nama "websaya" sebagai contoh. -
Pastikan server wamp anda telah dijalankan. Anda boleh pastikan dengan melihat icon pada bawah kanan skrin anda.
Nota: Jika icon tidak kelihatan sila pergi Start Program Wamp Server Start Wamp Server (Jika anda menggunakan wamp dan juga Windows XP) -
Buka pelayar web anda, dan tuliskan alamat berikut: http://localhost/websaya -
Jika anda mendapat paparan berikut, anda telah hampir berjaya untuk memulakan proses pemasangan Drupal. -
Sebelum anda teruskan proses pemasangan ini, anda perlu terlebih dahulu membuat pangkalan data yang baru kerana drupal tidak mempunyai koding untuk membuat pangkalan data baru.
Nota: oleh itu kita akan membuat database menggunakan phpmyadmin -
Tuliskan alamat berikut pada pelayar web anda: http://localhost/phpmyadmin -
Pada ruangan "create new database", cipta satu pangkalan data baru. Dalam tutorial ini, kita akan menggunakan "websaya" sebagai contoh. -
Kemudian klik "create"
Nota: Anda boleh menggunakan pangkalan data yang sudah ada, tetapi saya sarankan agar anda menggunakan pangkalan data baru agar memudahkan proses pembelajaran. -
Setelah selesai membuat pangkalan data, kita berbalik pada laman Drupal yang tadi semula. -
Pilih "Install Drupal in English". -
Mesej berikut akan terpapar: -
Dalam direktori "websaya", cara direktori yang bernama "sites/default".
(www/websaya/sites/default/) -
Anda akan dapati terdapat satu fail yang bernama default.settings.php. Buat satu salinan untuk fail tersebut dan ubahkan nama fail tersebut kepada settings.php. Pastikan bahawa di dalam folder "sites/default" terdapat 2 fail iaitu default.settings.php dan settings.php. -
Kembali ke laman pemasangan Drupal tadi semula dan klik refresh (F5). -
Jika anda mendapat paparan berikut, anda telah berjaya untuk membuat proses pemasangan. -
Pada ruangan ini, masukkan maklumat seperti ini:
Database Name: websaya
Database Username: root (ni adalah nama pengguna yang asal, jika anda telah membuat pindaan, sila masukan nama pengguna tersebut.)
Database password: kata laluan untuk database anda. Jika tiada kata laluan, biarkan kosong. -
Klik Save and Continue.
Nota: Jika anda dipaparkan dengan skrin yang sama, iaitu Database configuration anda boleh lakukan cara dibawah. (Ralat bagi Drupal yang biasa dialami oleh pengguna) -
Pada file settings.php terdahulu, klik kanan dan open with Wordpad atau Notepad. -
Cari perkataan dibawah ini
$db_url = 'mysql://username:password@localhost/databasename';
dan ubahkan kepada ini
$db_url = 'mysql://root@localhost/websaya'; -
Simpan. -
Refresh atau F5 pelayar web anda. -
Anda akan mendapat paparan berikut jika tiada sebarang masalah: -
Isikan ruangan
- Site Name
- Site email address
- Bahagian administrator -
Klik Save and Continue. -
Jika anda mendapat paparan berikut, anda dah berjaya memasang Drupal dengan sempurna. -
Anda sekarang boleh mencapai laman web Drupal tersebut dengan menggunakan URL dibawah:
http://localhost/websaya
Nota: Jika anda mendapat paparan tentang warning.mail seperti dibawah, abaikan kerana ia tidak menganggu fungsi Drupal dan ralat ini biasa muncul sekiranya dilakukan di localhost.
Tag #:
Penilaian:
Komen
#1: Pemasangan Drupal Pada Localhost
ini pemasngan drupal 6.10. sekarang drupal 7.0 tidak perlu ubah setting ape2 kerana perubahan seting telah dilaksanakan pada drupal 7.0. jadi ada lebih baik sekiranya cara pemasangan drupal disemak semula kerana takut ade kekeliruan disitu.
Admin
#2: Pemasangan Drupal Pada Localhost
terima kasih atas komen tersebut. sebenarnya untuk Drupal 7, kita akan buka satu kategori yang baru. untuk tutorial drupal 6, kita akan kekalkan kerana mungkin tidak semua pengguna ingin menggunakan drupal 7.
Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training
#3: Pemasangan Drupal Pada Localhost
saya setuju! mmg itula yg sewajarnya. =)