Laman Pertama Anda

Sekarang kita akan lihat antara muka atau laman pertama Drupal yang asal selepas proses pemasangan selesai.

Nota: Anda boleh mencapai laman web drupal anda dengan menaip alamat dibawah pada pelayar web anda http://localhost/<direktori drupal> (dalam tutorial ini direktori yang kita gunakan adalah "websaya")

Bahagian-bahagian laman utama

Perkara seterusnya yang perlu anda fahami adalah bahagian-bahagian dalam Drupal. Bahagian-bahagian ini dinamakan sebagai "region" di dalam Drupal. "Region" merupakan kawasan-kawasan pembahagi yang terdapat dan telah ditetapkan pada satu-satu templat bagi memberikan fungsi kepada templat tersebut untuk meletak, memasukkan dan memaparkan komponen-komponen data Drupal.

Berikut adalah beberapa "region" yang terdapat pada antaramuka asal Drupal.

"Region" adalah bergantung kepada tema (templat). Sesetengah tema hanya mempunyai 4 "region" iaitu, header, footer, left, right. Kadang kala sesetengah tema boleh mempunyai lebih dari 8 "region". Kita akan mempelajari cara membuat "region" dalam tutorial berkaitan dengan tema.

Dalam setiap "region" anda boleh meletakkan apa jua jenis data dan selalunya data-data ini adalah kelompok maklumat yang didatangkan dalam bentuk pakej yang kita namakan sebagai "block".

Pengenalan kepada "Block"

"Block" ialah set maklumat yang didatangkan dalam bentuk pakej untuk melengkapkan laman web kita. Contohnya seperti Maklumat Pelawat, Menu, Statistik dan pautan profil pengguna.

Anda boleh menambah "block" ini sama ada dengan memuat turun daripada laman web Drupal.org yang didatangkan dalam bentuk modul ataupun anda boleh menciptanya sendiri mengikut keperluan (seperti contoh sebelah kiri di atas).

Penilaian: 
3
Average: 3 (2 votes)