Menu pentadbiran

Menu Administer merupakan ruangan pentadbiran dalam Drupal. Kesemua fungsi dan kawalan dalam Drupal boleh dicapai dengan menggunakan Menu ini. Ruangan Administer dibahagikan kepada 6 bahagian utama untuk memudahkan pengguna dan setiap bahagian mempunyai kepentingan tersendiri.

Ruangan 1 - Content Management

Ruangan ini khusus untuk mengendalikan kandungan dalam Drupal seperti membuang kandungan, mencari dan mengubahsuainya. Ruangan ini juga menyediakan kategori untuk susun atur kandungan anda iaitu Taxonomy

Ruangan 2 - Site Building

Ruangan ini khusus untuk mengendali paparan Drupal anda seperti lokasi dan kedudukan Block, Module yang ingin diaktifkan, Menu dan juga Theme bagi Drupal.

Ruangan 3 - Site Configuration

Ruangan ini khusus untuk mengendalikan konfigurasi asas dalam Drupal seperti masa dan tarikh, jenis URL dan juga sistem fail. Setiap Module baru yang diaktifkan, anda akan dapati menu bagi Module tersebut akan dipaparkan pada bahagian ini.

Ruangan 4 - User Management

Ruangan ini menyediakan kawalan had capaian pengguna. Dalam ruangan ini juga, admin boleh membahagikan pengguna kepada beberapa kategori atau peranan. Setiap peranan boleh diubahsuai had capaiannya.

Ruangan 5 - Report

Ruangan ini menyediakan maklumat tentang laman web ini, termasuklah bilangan pengunjung, laman yang kerap dibaca dan juga sebarang masalah teknikal akan ditunjukan pada bahagian ini.

Ruangan 6 - Help

Ruangan ini digunakan untuk mendapatkan info yang ringkas tentang cara-cara menggunakan Drupal.

Penilaian: 
3
Average: 3 (2 votes)