Ruangan "Site Configuration"

Berikut adalah asas menu asas yang terdapat pada Drupal. Menu ini akan bertambah apabila anda mengaktifkan module tambahan yang baru.

Actions
Mengawal segala "tindakan" bantuan di dalam Drupal. Contohnya, "Hantarkan email pemberitahuan apabila terdapat pengguna baru mendaftar".

Administration theme
Menetapkan paparan tetap bagi ruangan Admin. Sekiranya anda ingin membezakan antara ruangan langsung dan admin, gunakan bahagian tetapan ini untuk pertama kali supaya tidak timbul sebarang kekeliruan.

Clean URLs
Penetapan format URL bagi Drupal, iaitu Clean URL. Clearn URL merupakan alamat tanpa simbol "?q=". Konfigurasi ini juga lebih biasa dikenali sebagai SEO (Search Engine Optimization) dan SEF (Search Engine Friendly) bagi menghasilkan alamat URL yang lebih senang untuk dibaca.

Date and time
Menetapkan waktu dan lokasi bagi Drupal.

Error reporting
Menetapkan konfigurasi untuk Drupal mengawal ralat contohnya untuk ralat 403/404 dan guna sebarang ralat PHP.

File system
Menetapkan had capaian bagi fail yang boleh dimuat naik menggunakan Drupal.

Image toolkit
Menetapkan konfigurasi untuk memanipulasikan gambar.

Input formats
Menetapkan sama ada kandungan yang ditulis ditapis menggunakan format-format tertentu seperi membenarkan HTML tag atau PHP tag.

Logging and alerts
Konfigurasi untuk log Drupal

Performance
Menetapkan kawalan bagi "cache" di dalam Drupal.

Site information
Mengubah maklumat asas di dalam Drupal seperti Nama Website, Slogan, Misi, Email dan Laman Utama.

Site maintenance
Menutup Drupal buat sementara waktu. Kebiasaanya anda tidak akan menggunakan fungsi ini kecuali ketika proses menaik taraf versi Drupal.

 

Penilaian: 
Average: 4 (1 vote)