Sepatah Kata Mengenai Drupal

Drupal merupakan sebuah CMS (Content Management System) tetapi ada juga yang memanggil Drupal sebagai CMF (Content Management Framework) kerana keupayaannya dalam berinteraksi dengan pelbagai jenis situasi dan keadaan. Drupal telah memenangi Award CMS terbaik bagi tahun 2008.

Drupal sangat senang untuk digunakan dan mudah untuk membuat proses pengubahsuaian pada modul-modulnya.

Dalam tutorial ini, anda akan belajar cara-cara menggunakan Drupal dari peringkat awal sehinggalah ke pelayan web. Tutorial kali ini tidak akan menggunakan Fantatisco De Luxe, kita akan belajar untuk memuat naik Drupal menggunakan FTP.

Sekiranya anda mempunyai masalah sepanjang proses pembelajaran penggunaan Drupal ini, sila tinggalkan sebarang komen pada setiap artikel yang kami sediakan. Dan, diharapkan agar setiap artikel yang selesai dibaca, boleh diberikan sedikit penilaian bagi membantu kami memantapkan lagi ke semua tutorial yang disediakan.

Tutorial Drupal Tahap 1

Kita akan mula mengenali dan memahami setiap satu sudut dalam Drupal dalam tahap 1 ini. Tahap-tahap tutorial dalam laman ini diklasifikasikan berdasarkan kepada tahap pemprosesan, penggunaan dan pemahaman. Setiap satu tahap merangkap tajuk dan konsep yang tertentu.

Untuk tahap yang pertama ini, kita akan mengendali dan memasang Drupal secara manual berpandukan kepada tutorial yang pihak kami sediakan. Kita akan juga mengenali sistem administrasi yang boleh digunakan untuk mengendalikan laman Drupal nanti.

Jadi sekarang, kita teruskan kepada pemasangan Drupal di localhost.

Tag #: 
Penilaian: 
5
Average: 4.6 (5 votes)