Drupal memerlukan satu pangkalan data dihasilkan dan disambungkan dengan sempurna antara kedua-duanya sebelum dapat berfungsi. Pangkalan data ini bertujuan menyimpan, merekod dan mengeluarkan semula semua maklumat yang berkaitan apabila satu-satu tugas dijalankan di Drupal.

Terdapat pelbagai jenis pangkalan data yang wujud dan Drupal menyokong beberapa jenis iaitu:

  • MySQL/MySQLi (disarankan)
  • SQL Lite
  • Oracle
  • MariaDB

Inilah antara sebab mengapa Drupal dipilih sebagai sistem pengurusan kandungan kerana keupayaannya untuk menyokong pelbagai jenis pangkalan data. Untuk tutorial ini, saya lebih gemar untuk menggunakan MySQL kerana ianya mudah didapati dan penggunaanya lebih meluas.

Sekiranya pihak pengehosan web anda tidak menyokong atau tidak menyediakan fungsi pangkalan data, Drupal akan secara lalainya akan menggunakan SQL Lite, yang mana semua data-data akan disimpan dalam bentuk fail. Pilihan ini sedikit menjejaskan prestasi Drupal terutama sekiranya terdapat data yang besar ingin disimpan.

Penghasilan pangkalan data akan saya terangkan dalam dua keadaan; pengehosan web dan localhost. Kedua-dua situasai ini sedikit berbeza dari segi pengurusan dan penghasilannya.

Penghasilan pangkalan data di "Localhost"

Apabila kita berbicara mengenai localhost, bermakna kita mengawal sepenuhnya klien atau pelayan tersebut. Bermakna tiada sebarang sekatan dan halangan yang wujud. Untuk lebih mudah, saya menunjukkan contoh cara-cara menghasilkan pangkalan data dengan perisian XAMPP.

Terlebih dahulu aktifkan perisian tersebut. Seterusnya navigasikan ke alamat: http://localhost/phpmyadmin. Anda akan dapat melihatmpaparan seperti ini:

Penghasilan satu pangkalan data-9126

Ini adalah paparan utama phpMyAdmin yang dijalankan menerusi XAMPP. phpMyAdmin adalah satu perisian antaramuka yang membolehkan kita mengawal dan akses ke dalam pangkalan data dengan lebih mudah. Tanpa phpMyAdmin, setiap aktiviti yang dilakukan perlu melalui penulisan kod arahan.

Cara penghasilan pangkalan data sangat mudah. Anda hanya perlu tuliskan nama pangkalan data pada medan "Create new database" dan kemudian klik "Create". Selesai.

Penghasilan satu pangkalan data-9127

Penghasilan satu pangkalan data-9128

Penghasilan pangakalan data di pengehosan web

Berlainan di hos web, kita tidak mempunyai akses penuh dan semua adalah terhad. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan phpMyAdmin yang disediakan untuk menghasilkan pangkalan data. Sebaliknya proses ini perlu dilakukan menerusi MySQL. Pengehosan web kebiasaanya dilengkapi dengan panel kawalan untuk pengguna. Panel ini mungkin berbeza dari satu syarikat ke syarikat yang lain.

Terdapat dua panel kawalan yang selalunya digunakan iaitu Cpanel dan DirectAdmin. Dalam contoh ini, saya akan tunjukkan bagi panel kawalan DirectAdmin.

** Perhatian: terdapat sesetengah pengehosan web yang boleh hasilkan pangkalan data terus melalui phpMyAdmin. Sekiranya pautan ini tidak muncul dalam DirectAdmin anda, anda boleh gunakan teknik yang sama seperti di Localhost.

  1. Log masuk ke ruangan DirectAdmin yang boleh diakses menerusi http://[domain-anda].com:2222
  2. Pada bahagian Your Account, klik pada pautan MySQL Management
    Penghasilan satu pangkalan data-9129
  3. Kemudian klik pada Create new Database
    Penghasilan satu pangkalan data-9130
  4. Seterusnya masukkan maklumat-maklumat penting pada medan yang disediakan iaitu nama pangkalan data, nama pengguna yang dibenarkan menggunakan pangkalan data dan kata laluan. Anda boleh gunakan fungsi "random" untuk penghasilkan kata laluan. Ini dapat meningkatkan tahap keselamatan berbanding kata laluan yang kita hasilkan sendiri.Penghasilan satu pangkalan data-9131
  5. Apabila anda klik butang "Create", sistem akan hasilkan satu pangkalan data dengan maklumat yang telah kita masukkan sebelum ini. Paparan terakhir ditunjukkan sekali lagi dengan butir-butir maklumat tadi. Anda perlu catatkan butir-butir ini untuk digunakan semasa pemasangan Drupal nanti. Ini sangat penting.Penghasilan satu pangkalan data-9132

Pastikan maklumat ini tidak didedahkan kepada sesiapa dan simpannya ditempat yang selamat untuk digunakan semasa pemasangan Drupal. Padamkan maklumat ini apabila proses pemasangan Drupal selesai.

Penilaian: 
3
Average: 3 (1 vote)