Drupal memerlukan satu pangkalan data disambungkan kepada sistem untuk membolehkan ianya berfungsi. Tetapi, terdapat sesetengah pengehosan web tidak menyokong penggunaan pangkalan data atas sebab-sebab tertentu (sama ada jenis bayaran, pakej atau polisi sesetengah negara).

Oleh itu, Drupal menyediakan satu fungsi tambahan di mana menggunakan satu fail tertentu untuk dijadikan pangkalan data. Fungsi dan jenis pangkalan data ini adalah SQL Lite. SQL Lite adalah jenis pangkalan data yang menyimpan data-data Drupal di ruangan storan pengehosan web -- berbeza dengan MySQL yang menyimpan maklumat di luar pengehosan web.

Keperluan utama untuk menggunakan SQL Lite:

  • pelayan perlu dipasang dengan PHP 5.2 dan ke atas
  • PHP menyokong penggunaan PDO

Pemasangan Drupal 7 dengan SQL Lite

Pemasangan Drupal 7 boleh diikuti pada tutorial Paparan pemasangan Drupal 7 seperti biasa. Tetapi yang berbezanya adalah apabila anda sampai ke bahagian pemilihan jenis penggunaan pangkalan data. Rujuk rajah di bawah, saya telah memilih SQL Lite sebagai sambungan pangkalan data. Pilihan ini hanya akan muncul satu sahaja sekiranya tiada pilihan jenis pangkalan data disediakan.

Only local images are allowed.

Satu medan meminta anda untuk memasukkan nama fail untuk pangkalan data ini ditunjukkan. Untuk memudahkan kerja pemasangan, kita tidak perlu mengubah apa-apa nilai yang telah dicadangkan oleh Drupal ini.

Elakkan daripada mengubah nama fail yang dicadangkan. Seandainya anda ingin berbuat demikian, pastikan ciri-ciri ini dikekalkan.

  • penamaan .ht perlu dikekalkan untuk memastikan fail ini tidak boleh dimuat turun oleh sesiapa
  • sambungan nama fail perlu dihubungkan menerusi titik (.) dan tiada ruangan
  • contoh penamaan fail yang lain: .ht.drupal7saya

Pada bahagian "Advanced options", tiada sebarang tetapan perlu dilakukan kecuali anda bercadang untuk melakukan "multi-site". Jika tidak, perlu klik pada butang "Save and continue" sahaja.

Drupal seterusnya akan melakukan pemasangan dan penghasilan pangkalan data pada fail tersebut secara automatis. Anda boleh menyambung kembali tutorial Pemasangan Drupal 7.

Memeriksa fail pangkalan data SQL Lite

Bagi memeriksa kehadiran fail pangkalan data yang dihasilkan oleh Drupal semasa proses pemasangan sebelum ini, kita memerlukan akses untuk memasuki ruangan storan pengehosan web. Ia boleh dilakukan menerusi perisian FTP seperti FileZilla.

Anda perlu meneroka direktori sites/default/files (untuk pemasangan lalai Drupal) atau direktori yang telah ditetapkan semasa proses pemasangan. Dalam direktori ini anda akan dapat melihat satu fail .ht.sqlite telah diwujudkan.

Only local images are allowed.

Untuk tujuan "backup", anda boleh terus memuat turun fail ini dan disimpan di komputer. Pastikan fail ini menggunakan kebenaran 644 yang boleh ditetapkan menerusi fungsi Permission atau CHMOD perisian FTP tersebut.

Pastikan fail ini tidak mampu untuk dimuat turun oleh sesiapa sahaja. Sekiranya anda tidak mengetahui bagaimana untuk menambah elemen keselamatan bagi menghalang fail ini daripada dimuat turun, sila hubungi pihak penyedia pengehosan web anda.

Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)