Sekarang kita akan mula untuk memasang Drupal 7. Saya akan imbas semula keperluan yang telah dihasilkan sebelum ini iaitu:

  • fail-fail Drupal 7 telah dimuat turun dan ditempatkan ke pengehosan web atau localhost
  • satu pangkalan data yang baru telah dihasilkan -- maklumatnya dicatatkan

Untuk langkah pertama, kita perlu membuka paparan pemasangan Drupal.

Sekiranya alamat URL yang anda masukkan mengandungi fail-fail Drupal 7 yang tepat, maka paparan pertama yang akan ditunjukan adalah seperti berikut. Paparan pemasangan yang ringkas dan bersih.

Paparan pemasangan Drupal 7-9027

Pertama, Drupal mengarahkan anda untuk memilih profil pemasangan. Dua pilihan secara asalnya diberikan iaitu "Standard" dan "Minimal". Pilihan "Standard" akan memasang ke semua modul-modul untuk paparan, fungsi dan pemprosesan D7 manakala "Minimal" hanya akan memasang modul-modul penting sahaja. Anda perlu menghidupkannya secara manual selepas pemasangan selesai.

Bagi pengguna baru, disarankan untuk memilih "Standard". Pilihan "Minimal" selalunya digunakan untuk menghasilkan variasi D7 yang agak berlainan dan digunakan untuk pengguna mahir. Klik "Save and continue".

Paparan pemasangan Drupal 7-9026

Seterusnya Drupal meminta anda untuk memilih bahasa pengantara yang akan digunakan untuk keseluruhan laman nanti. Sehingga saat ini, translasi untuk bahasa Malaysia masih belum sempurna. Pakej bahasa ini perlu dimuat turun di https://localize.drupal.org/translate. Untuk pemasangan ini, kita kekal memilih "English". Klik "Save and continue".

Paparan pemasangan Drupal 7-9025

Drupal seterusnya akan cuba memeriksa fail-fail dan keperluan untuk peringkat pertama. Sekiranya ralat di atas dipaparkan, maknanya anda masih belum melengkapkan permintaan asas sebelum pemasangan dilakukan. Sebagai contoh, ralat di atas menunjukkan saya tidak memberikan kebenaran tertentu dan fail settings.php masih belum diwujudkan. Jika keadaan ini berlaku, sila rujuk kepada tutorial Peletakan dan penetapan fail-fail Drupal 7 terlebih dahulu.

Sekiranya semua keperluan telah dipenuhi dan Drupal berpuas hati dengan semua itu, sistem pemasangan akan secara automatik mengarah dan memaparkan paparan berikutnya iaitu penetapan pangkalan data.

Paparan pemasangan Drupal 7-9024

Sekiranya pengehosan web tidak menyokong penggunaan pangkalan data atau hanya SQL Lite sahaja, sila rujuk Pemasangan Drupal 7 dengan SQL Lite untuk peringkat ini

Sekarang tiba pada langkah yang paling penting, penetapan pangkalan data. Dalam keperluan sebelum ini, saya menyatakan untuk mencatat maklumat penting berkaitan dengan pangkalan data. Ianya digunakan pada peringkat ini.

  • Database type: pilih jenis pangkalan data untuk simpanan data. Drupal menyokong pelbagai jenis platform pangkalan data.
  • Database name: nama pangkalan data yang anda hasilkan sebelum ini.
  • Database username: nama pengguna yang diberi kuasa untuk mengendalikan pangkalan data. Perhatian, sekiranya pemasangan ini dilakukan di pengehosan web, kebiasaannya awalan nama akaun perlu disambungkan, sebagai contoh: nama akaun adalah "parasolx", maka nama pengguna adalah "parasolx_drupal7". Di localhost, sekiranya tiada sebarang tetapan dilakukan, masukkan "root" sebagai pengguna global
  • Database password: kata laluan yang ditetapkan oleh pengguna di atas. Untuk localhost, biarkan kosong sekiranya tiada sebarang tetapan kata laluan diwujudkan sebelum ini.

Paparan pemasangan Drupal 7-9023

Tetapan lanjut (Advanced options) selalunya digunakan bagi satu-satu situasi khas seperti:

  • Hos pangkalan data menggunakan nama lain selain "localhost" (sila rujuk dengan pihak pengehosan web)
  • Port atau laluan sambungan ke pangkalan data menggunakan satu nilai yang tertentu. Selalunya digunakan apabila terdapat pelbagai jenis platform pangkalan data dalam satu komputer.
  • Table prefix akan menambah sambungan awalan pada setiap jadual yang dihasilkan semasa pemasangan. Fungsi ini digunakan untuk pengguna yang hanya mempunyai satu pangkalan data tetapi menyimpan pelbagai data dari sumber berlainan (CMS, perisian).

Bahagian ini hanya digunakan sekiranya diperlukan sahaja. Jika anda tidak terlibat dalam mana-mana situasi yang dinyatakan, abaikan bahagian ini. Teruskan dengan proses pengesahan dengan klik "Save and Continue".

Sekiranya semua proses berjalan lancar, paparan selanjutnya akan dipaparkan. Jika tidak ralat akan dipaparkan dan and perlu selesaikan keperluan yang dinyatakan dalam ralat tersebut. Hantarkan komen anda sekiranya keadaan masih berterusan.

Paparan pemasangan Drupal 7-9022

Drupal akan memulakan proses pemasangan sebaik sahaja semua maklumat mengenai pangkalan data tepat. Pada ketika ini, Drupal menghasilkan, memasukkan dan memproses data-data ke dalam pangkalan data. Satu indikasi pemonitoran ditunjukkan untuk memaparkan peratusan pemprosesan yang dilakukan.

Paparan pemasangan Drupal 7-9021

Selanjutnya anda hanya perlu memasukkan maklumat-maklumat mengenai laman web yang akan diaktifkan nanti. Medan-medan yang dinyatakan ke semuanya jelas dan tidak memerlukan sebarang huraian. Hanya pastikan kata laluan untuk akaun pentadbir adalah selamat dan sukar diketahui oleh umum. Simpan atau ingati maklumat penting iaitu nama pengguna dan kata laluan.

Setelah semuanya selesai, klik butang "Save and continue".

Paparan pemasangan Drupal 7-9020

Tahniah. Ini adalah keputusan yang kita harapkan. Laman Drupal 7 telah selesai dipasang dan sedia untuk digunakan. Klik pautan "Visit your new site" dan pastinya paparan sebegini akan ditunjukkan. Selamat datang Drupal 7.

Paparan pemasangan Drupal 7-9054

Penilaian: 
2
Average: 2 (2 votes)

Komen

mohrizmus's picture

Tutorial ni memang bagus juga. Tapi mesti bagitau pangkalan data drupal7 mesti dicipta dahulu dgn phpmyadmin. Bagi pengguna freshie mungkin tak tahu cara nak cipta pangkalan data guna phpmyadmin. Lagi satu secara lalai fail settings.php tak ada folder http://localhost/drupal-direktori/site/default/. Hanya ada default.settings.php . Nanti Drupal 7 tu ada bagitau ralat. Nanti pengguna baru tenggelam punca pula. Ini hanya ini penambahbaikan tutorial Drupal 7.

parasolx's picture
Admin

owh.. terlepas pandang pula untuk pemasangan pada pengehosan web. tapi kalu buat di localhost semua tak perlu dibuat berbanding pemasangan D6. sebab D7 automatically buat semua tuh.

untuk yang terus pasang di webhosting, step tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu. mengenai penghasilan database, harap user yang baru dapat baca artikel sebelum ini. kerana di KS kita susun artikel untuk Drupal dan phpBB dalam bentuk bersiri. jadi kalu langkau satu step mmg akan lost.

anyway, terima kasih atas ingatan tersebut. will be update it.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

kingkazama's picture

kenapa benda ni keluar ye....

In order for Drupal to work, and to continue with the installation process, you must resolve all issues reported below. For more help with configuring your database server, see the installation handbook. If you are unsure what any of this means you should probably contact your hosting provider.

Failed to connect to your database server. The server reports the following message: SQLSTATE[42000] [1049] Unknown database 'kimia'.

•Is the database server running?
•Does the database exist, and have you entered the correct database name?
•Have you entered the correct username and password?
•Have you entered the correct database hostname?

parasolx's picture
Admin

yang ini cuba pasang dimana? di server atau di localhost? kena check dan pastikan nama database, username dan password tuh tepat. kalu di server selalunya dia ade prepend dengan username akaun. contohnya kalu akaun nama "kingkazama", jadi database dia jadi "kingkazama_kimia".

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

kingkazama's picture

dah Boleh saya lupa nak Create "phpmyadmin".....TQVM