Setelah kita memastikan keperluan asas yang diperlukan oleh Drupal untuk ianya berfungsi dengan baik, seterusnya adalah proses pemasangan. Pemasangan D7 adalah lebih kurang sama dengan Pemasangan Drupal Pada Localhost. Perbezaan yang ketara mungkin dapat dilihat adalah antaramuka pemasangan yang lebih ringkas dan bersih.

Pemasangan D7 boleh dilakukan di dua tempat sama ada di localhost (di komputer pengguna) atau terus pemasangan di pelayan pengehosan (yang memerlukan langganan).

Pemilihan untuk pemasangan Drupal 7

Pemasangan di localhost

Penyediaan asas diperlukan untuk pemasangan localhost iaitu anda perlu menjadikan komputer peribadi sebagai pelayan virtual menggunakan perisian pakej seperti XAMPP atau WAMP. Kedua-dua perisian ini adalah Open Source dan boleh dimuat turun secara percuma.

Untuk pemasangan kedua-dua perisian anda boleh merujuk kepada tutorial/artikel yang berasingan. Kita hanya cuba untuk fokus kepada Drupal di bahagian ini.

  • Pemasangan pelayan XAMPP [akan datang] (disarankan untuk pemasangan Drupal)
  • Pemasangan pelayan WAMP [akan datang]

Atau, bagi pengguna yang memilih untuk memasang keperluan pelayan secara berasingan, anda boleh merujuk kepada tutorial pemasangan dan penetapan pelayan Memasang dan menetapkan server PHP secara manual (Bahagian 1)Memasang dan menetapkan server PHP secara manual (Bahagian 2) dan Memasang dan menetapkan server PHP secara manual (Bahagian 3).

Pemasangan di pengehosan web

Bagi pengguna yang sudah biasa atau sudah memilik pengehosan web yang dilanggan, pemasangan Drupal 7 boleh dilakukan terus di dalamnya tanpa perlu memasangnya di localhost kemudian melakukan pindahan. Ini untuk mengurangkan ralat, menjimatkan masa dan hasil boleh dilihat terus dalam dunia internet.

Terdapat pelbagai jenis pengehosan web (Jenis-jenis pengehosan web (Web hosting)) yang boleh dilanggan. Bagi binaan laman web blog atau peribadi yang kecil, jenis perkongsian sudah memadai. Anda tidak memerlukan pelaburan yang terlalu besar untuk permulaan. Bagi binaan laman yang kompleks, komuniti, perniagaan atau jumlah trafik yang terlalu tinggi, jenis VPS disarankan. Namun tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin mencuba pada pelantar perkongsian. Drupal sememangnya dicipta untuk mengendalikan laman yang bertrafik tinggi tetapi dengan keperluan yang minimum.

Sebagai permulaan, jumlah storan sebanyak 500MB sudah memadai untuk jenis blog dan peribadi. Untuk laman komuniti, saiz storan sebanyak 1GB diperlukan untuk penyimpanan fail-fail, gambar atau video serta modul-modul tambahan (bergantung kepada fungsi yang disediakan). Lebar jalur (bandwidth) sebanyak 5GB terlalu cukup anda. Drupal terlalu maju dalam mengurangkan jumlah penggunaan lebar jalur menerusi fungsi "caching".

Penghasilan pangkalan data untuk pemasangan baru

Seperti dalam keperluan asas yang dinyatakan dalam tutorial Keperluan sistem untuk Drupal 7, satu pangkalan data perlu dihasilkan untuk menyimpan data-data. Drupal merupakan satu sistem pemaparan dan pengurusan, manakala pangkalan data adalah storan yang menyedia dan menyimpan semua data-data yang diproses oleh Drupal.

Penghasilan pengkalan data ini perlu dilakukan secara manual menerusi phpMyAdmin (Pengenalan PhpMyAdmin) atau perisian yang seangkatan dengannya seperti SQL Lite. Drupal tidak mempunyai fungsi untuk menghasilkannya secara automatis.

Untuk pengehosan web, sekiranya anda masih baru, dapatkan bantuan daripada pihak penyedia perkhidmatan untuk membantu anda dalam menghasilkan pangkalan data. Kebiasaanya pangkalan data perlu dilakukan menerusi fungsi MySQL dan bukan menerusi phpMyAdmin.

Pastikan anda menyimpan nama pangkalan data yang dihasilkan dan kata laluannya. Ini sangat penting dan akan digunakan semasa pemasangan Drupal bermula.

Muat turun Drupal 7 dari Drupal.org

Seterusnya kita beralih untuk memuat turun sistem Drupal dari Drupal.org. Sila layari https://www.drupal.org/project/drupal.

Pemasangan D7-9018

Pada satu-satu masa, Drupal.org hanya akan menyokong dan memantau dua versi major sahaja. Sekiranya terdapat versi major yang baru, contohnya Drupal 8, D6 akan diberhentikan untuk dipantau. Anda perlu melakukan proses migrasi dan tingkat upaya dari D6 kepada D7.

Terdapat dua jenis fail mampatan yang boleh dimuat turun iaitu tar.gz (selalunya digunakan pada pengehosan web) dan zip (digunakan untuk pemasangan localhost). Ambil perhatian yang anda memerlukan perisian seperti Winzip atau Winrar untuk membuka fail mampatan ini.

Selepas disari (extract), letakkan ke semua direktori atau fail-fail Drupal ke tempat berfungsi untuk pelayan:

  • untuk localhost: dalam folder htdocs atau www
  • pengehosan web: dalam public_html atau sub direktori sekiranya telah terdapat kandungan lain (bergantung kepada jenis perisian kawalan yang disediakan.

Sehingga ini, kita telah menyediakan ke semua keperluan untuk pemasangan Drupal selanjutnya. Jika salah satu keperluan di atas tidak dilengkapi, pemasangan Drupal tidak dapat dijalankan.

Penilaian: 
3
Average: 3 (2 votes)

Komen

ariif97's picture

bolehkah saya memasang drupal dengan softaculous?

parasolx's picture
Admin

Boleh dan tak menjadi masalah. Pemasangan menerusi softalicious lebih mudah dan semuanya dipasang secara automatis. Cuma perlu periksa versi drupal yang disediakan. Kerana mungkin versi drupal 7 belum dikemaskini menerusi softalicious. Jika sudah ada... Grab je terus.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Baloot_'s picture

Macam mana nak install Drupal 7 localhost menggunakan WAMP di MAC OS Lion ? Ada sape2 berpengalaman install ?

parasolx's picture
Admin

saya tidak pernah memasang pada MAC OS sebab xde MAC. tapi kalu sudah boleh install WAMP pada mac, bermakna teknik dan kaedah yang sama sahaja memasang D7 pada WAMP di Windows.

tak banyak perbezaan yang perlu dilakukan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

baloot's picture

Memang caranya sama sahaja. Cuma MAC ni tak sama macam XAMPP. Secara default-nya guna Win7 tak perlu ubah file permission kalau localhost. Kalau MAC OS byk kena ubah file permission. Nak install pun jadi susah sebab sistem D7 tak boleh create file bila nk install.

Kalau WP senang sebab sistem WP takperlu ubah file. Kalau sistem Drupal / Joomla susah cket.

Apa2 hal pun terima kasih Parasolx :)

parasolx's picture
Admin

dalam drupal pun tak perlu nak ubah apa2 file kecuali satu file sahaja iaitu settings.php.

jika lihat pada tutorial http://kripkornstudios.com.my/pemasangan-d7/peletakan-dan-penetapan-fail-fail-drupal-7 dibahagian (Penyediaan fail "settings.php") yang perlu buat salinan dan bagi permission.

yang lain prosesnya sama sahaja seperti di Windows.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

baloot's picture

OK terima kasih bro. Saya cuba buat sekali lagi dengan cara seperti di link tu. Masalah skrg ni bila nk masukkan DB name dan DB pass tu, bila klik utk next jadi macam takde apa2. Bila saya masukkan DB name yg salah, ada kuar error.

Saya cuba buat dulu, nanti ada apa2 masalah lagi sy tanya lagi. TQ :)