CPanel merupakan Panel Kawalan bagi pelayan web anda. Ia merupakan tunjang utama kepada website anda. CPanel boleh digunakan untuk mengetahui statistik laman web anda. Tidak ke semua CPanel mempunyai paparan yang sama seperti ditunjukkan di dalam tutorial ini, tetapi fungsi dan kemudahan yang disediakan hampir sama dalam semua CPanel.



Mencapai CPanel



CPanel boleh dicapai dengan menggunakan perkataan cpanel di akhir domain anda. URL untuk CPanel biasanya di hantar ke email anda bersama-sama dengan maklumat penting yang lain. Contohnya:



http://www.example.com/cpanel



Jika anda tidak berjaya untuk memasuki CPanel anda menggunakan cara diatas, sila rujuk Hosting anda kerana kemungkinan alamatnya berbeza.



Antaramuka CPanel berbeza antara satu sama lain, namun ia mempunyai fungsi-fungsi yang sama sahaja. Di bawah saya sertakan contoh CPanel.







Sekarang kita akan memahami satu persatu fungsi yang terdapat di dalam CPanel.



Subdomain



Subdomain adalah domain di bawah satu domain besar. Contohnya mail.example.com dan forum.example.com adalah subdomain bagi example.com.



Bagaimana membuat subdomain?



1. Cari Icon yang mempunyai perkataan subdomain dan klik icon tersebut





2. Anda hanya perlu meletakkan nama subdomain dan tekan Add.Contohnya jika anda membuat subdomain bernama forum. Anda bolehla mencapai subdomain tersebut dengan menaip forum.example.com atau example.com/forum.



Addon Domain



Addon domain digunakan jika anda ingin berkongsi satu pelayan web dengan domain lain. Contohnya jika anda mempunyai 2 domain iaitu www.example.com dan www.example1.com tetapi anda ingin kedua-duanya disimpan pada pelayan web yang sama. Kebiasaanya anda perlu membuat bayaran tambahan jika anda ingin membuat addon domain.



Main dan Webmail



Fungsi Icon ini adalah untuk membuat email atau mencapai peti email anda. Jika anda mempunyai domain www.example.com, anda boleh menggunakan icon mail untuk membuat email seperti berikut : admin@example.com atau webmaster@example.com.



FTP Manager



FTP Manager berfungsi untuk membuat akaun FTP. Jika anda mempunyai subdomain dan anda ingin pengguna lain muat naik (upload) sebarang fail atau elemen ke subdomain tersebut, anda perlulah membuat satu akaun FTP supaya pengguna tersebut boleh mencapai subdomain tersebut dan bukannya keseluruhan domain anda.



Backup



Icon ini berfungsi untuk anda membuat salinan laman web anda. Ini sangat penting seandainya website tersebut mengalami sebarang kerosakan atau digodam, anda mempunyai salinan yang masih elok berfungsi sebelum ini. Kebiasaanya, pelayan web akan membuat salinan secara otomatik pada masa yang ditentukan.



Backup juga boleh digunakan jika anda ingin berpindah ke pelayan web lain.



File Manager



Icon ini bertindak sebagai FTP. Anda boleh menambah, membuang dan mengubahsuai fail anda menggunakan icon ini. Walau bagaimanapun, saya sarankan anda menggunakan perisian lain seperti CuteFTP atau SmartFTP untuk muat naik, muat turun dan mengubahsuai fail anda.



Error Pages



Error Pages adalah pemberitahuan pelayan kepada pelayar sekiranya berlaku sebarang kesilapan atau ralat dengan memaparkan kod ralat. Jika anda ingin membuat Error Pages sendiri, icon ini boleh digunakan. Contoh error pages yang biasa berlaku adalah:



400 - bad request



500 - internel server error



MySQL database



Icon ini berfungsi sebagai Panel Kawalan untuk pangkalan data anda. Di sini anda boleh mencipta, membuang dan mengubah suai ke semua pangkalan data. Anda juga boleh menambah keahlian yang boleh mencapai pangkalan data tersebut.



Redirect



Icon ini digunakan jika anda ingin mengubah laluan sesuatu URL. Contohnya jika pengguna menaip www.example.com/forum dan anda ingin mengubah URL tersebut menjadi www.example.com/v2/forum. Contoh yang jelas ialah http://www.lowyat.net/



Frontpage Extension



Gunakan icon ini untuk membuat Frontpage Extension. Jika website anda tidak memerlukan extension ini, saya sarankan agar anda tidak meng"install"nya.



WebStat/FTP Stat



Icon ini berfungsi untuk memberitahu statistik laman web anda. Data-data yang dikumpulkan termasuklah lebar jalur (bandwidth) dan statistik pengguna. Anda juga boleh mengetahui kata kunci yang digunakan untuk mencapai laman web di dalam agen carian.



Fantatisco De Luxe



Icon ini sangat penting bagi pembangun laman web yang menggunakan CMS (Content Management System) sebagai tulang belakang laman web mereka. Cara-cara untuk mengunakan Fantatisco De Luxe diterangkan di sini.

Artikel: 
Tag #: 
Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 4.5 (2 votes)