Isu yang dibangkitkan

Perkara yang sering dibangkitkan dalam penggunaan modul adalah keselamatan. Kebanyakan pembangun laman web begitu risau dengan penggunaan fungsi tambahan ini kerana MUNGKIN membuka ruang kepada pihak pengondam. Dengan Drupal anda tidak perlu risau kerana setiap modul yang dikeluarkan akan dicuba, dikesan, diuji dan divarifikasikan sepenuhnya oleh Drupal Security Team sebelum ia boleh digunakan.

Selain itu, proses kemas kini setiap modul juga begitu mudah dengan kehadiran modul tambahan Drupal iaitu "Update status". Ia akan memuat turun informasi mengenai versi terkini setiap modul dan membandingkan dengan versi modul terpasang dalam laman anda. Sekiranya terdapat puluhan modul dipasang pada laman anda, proses kemas kini lebih lancar dengan Drupal.

Ramai yang berpendapat modul yang dihasilkan oleh Drupal lebih sedikit berbanding modul CMS yang lain. Ini kerana sifat fleksibel Drupal memindahkan sesetengah fungsi dari modul lain ke modul lain dengan mudah. Dengan erti kata lain, anda boleh menghasilkan satu proses yang kompleks atau menetapi kemahuan daripada gabungan beberapa modul. Sekiranya terdapat modul yang dikeluarkan mempunyai fungsi yang sama dengan modul yang lain, Drupal.org akan terus membuang dari senarai. Oleh itu, modul yang disenaraikan merupakan modul yang betul-betul efisien dan hebat sahaja. Bukan DUPLIKASI.

Proses pemeriksaan dan kemaskini modul

Navigasi ke halaman pemeriksaan menerusi: Administer Reports Available update.
Only local images are allowed.

Ini merupakan paparan halaman periksa dan kemas kini Drupal. Secara asalnya, Drupal akan memeriksa sendiri modul-modul yang telah dipasang dan proses ini dijalankan secara berjadual. Kita akan melihatnya kemudian. Anda dapat memeriksa kali terakhir Drupal memeriksa semua versi modul anda di bahagian "Last checked". Contoh di bawah ini ianya telah diperiksa dalam 36 saat yang lepas.

Only local images are allowed.

Sekiranya modul adalah versi yang terkini, indikasi "Up to date" akan dipaparkan. Sekiranya versi yang digunakan sama ada lama atau sudah tidak disokong, latar belakang modul tersebut ditukarkan kepada merah. Anda dapat perhatikan berlaku berbezaan versi iaitu yang dipasang adalah Panel 2.0 manakala yang terkini adalah Panel 3.0.

Untuk mengemaskini juga begitu mudah. Anda hanya perlu klik pautan "Download" sahaja. Pakej yang terbaru akan dimuat turun terus tanpa perlu untuk ke laman web Drupal.org secara rasmi.

Seterusnya untuk proses kemas kini modul adalah seperti berikut. Langkahnya hampir sama dengan pemasangan modul baru:

  1. "Extract" atau kembangkan pakej modul yang dimuat turun tadi.
  2. Pindahkan fail pelipat yang dikembangkan dari pakej modul ke dalam fail pelipat "modules".
  3. "Overwrite" atau gantikan fail lama yang sedia ada dengan fail yang baru.
  4. Setelah selesai, navigasi ke bahagian Administer  Reports Status report.
  5. Bahagian ini adalah untuk memeriksa sama ada versi modul yang terbaru mengandungi perubahan pada struktur data di dalam pangkalan data. Sesetengah versi modul terbaru hanya dikemas kini pada bahagian aturcara sahaja dan tidak semuanya menyentuh pangkalan data. Perhatikan contoh ini:
    Only local images are allowed.
    Dalam kes di atas, kita perlu melakukan proses kemas kini pada pangkalan juga. Ikuti tutorial seterusnya.

Kemas kini pangkalan data selepas kemas kini modul

Jika di bahagian "Status report" memaparkan arahan supaya anda melakukan proses kemas kini terhadap struktur pangkalan data, maka ianya perlu dilakukan dengan segera supaya laman dapat berfungsi dengan lebih baik.

Only local images are allowed.Untuk bermula, klik sahaja pautan "database update script". Anda akan dibawa ke paparan kemas kini pangkalan data.

Sekiranya anda menggunakan tema lain, semasa proses kemas kini pangkalan data, ia akan ditukarkan sementara kepada tema asal iaitu Garland dan akan kembali ke tema asal selepas selesai. Seterusnya klik "Continue".

Langkah kedua ini adalah untuk kita memilih versi pangkalan data yang ingin dikemaskinikan. Sekiranya anda tidak pasti versi yang patut dipilih, biarkan sahaja ke semua tetapan ini begitu sahaja. Seterusnya klik "Update".

Paparan akan berubah dan proses kemas kini akan dijalankan. Berikut merupakan indikasi di mana ia memaparkan proses kemas kini dilakukan. Kebiasaannya proses ini hanya memakan masa beberapa saat sahaja.

Only local images are allowed.

Setelah semuanya selesai, Drupal akan memaparkan semula log atau rekod semua proses yang telah dijalankan sebentar tadi untuk pengetahuan pihak anda. Jika terdapat arahan yang tertentu perlu dilakukan, ia akan dipaparkan di bahagian atas.

Seterusnya klik pada pautan "Administration pages" untuk kita periksa kembali semua proses kemas kini pangkalan data dan modul telah selesai.

Navigasikan ke dua tempat semula iaitu Administer  Reports Available updates & Status Report. Laman anda berada dalam versi yang terkini dan telah dikemas kini jika paparan untuk kedua-dua laman adalah seperti ini:

Only local images are allowed.

Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)