Pasang Drupal 6 dan modul berkaitan

  1. Terlebih dahulu perlu pasang Drupal 6. Sila rujuk tutorial pemasangan Drupal di sini.
  2. Muat turun modul Mediafront dan modul berkaitan seterusnya pasang ke dalam http://[namdomain]/[direktori-drupal]/sites/all/modules.
    1. Mediafront 6.x-1.0-rc5
    2. CCK
    3. Views
    4. Filefield
    5. Imagefield
    6. ImageCache
    7. Embedded Media Field
    8. Contemplate
  3. Seterusnya aktifkan ke semua modul di atas dan kebenaran pengguna untuk setiap pengguna bergantung kepada tetapan tertentu (kebenaran mentadbir ke semua ini hanya diberikan kepada golongan pentadbir).

Cipta jenis kandungan

Cipta satu jenis kandungan yang khas untuk media. Pergi ke menu Administer Content management Content type. Klik pautan Add content type. Masukkan teks dalam ruang yang bertanda * untuk mencipta jenis kandungan "Media". Tekan butang Save content type.

Seterusnya pergi ke menu Administer Content management Media Manage fields. Cipta medan baru dengan memasukkan teks seperti di bawah dan tekan butang "Save" untuk simpan.

Seterusnya isi ruangan medan seperti di bawah.

Saiz fail secara lalainya ditetapkan 8MB oleh pelayan web. Oleh itu anda perlu mengubah tetapan dalam fail php.ini agar saiz fail yang lebih besar boleh dimuat naik. Sekiranya di pengehosan web, minta bantuan daripada pihak penyedia perkhidmatan.

Kemudian pergi ke menu Administer Content management Media Manage fields. Tambah medan baru dengan menamakan sebagai "Upload Image". Boleh rujuk seperti dalam gambar rajah di bawah. Setelah itu klik butang "Save".

Seterusnya masukkan tetapan seperti di bawah ini.

Sub-direktori "image_thumbs" akan dihasilkan oleh Drupal untuk menempatkan gambar-gambar yang dimuat naik nanti.

 

Cipta preset pemain Media OSM

Seterusnya satu preset untuk modul Mediafront mesti diwujudkan. Ini bagi menyenaraikan semua media-media pada bahagian senarai pemain. Kita namakankan sebagai mediafront_preset. Nama ini akan digunakan untuk memasukkan kod php dengan menggunakan bantuan modul Contemplate.

Masukkan teks ke dalam medan seperti dalam gambar rajah di bawah untuk mencipta satu Mediafront preset. Kemudian klik butang Next.

Pemain media OSM akan muncul jika modul Mediafront dipilih dan dipanggil. Seterusnya anda boleh menyimpan terus tetapan ini dengan klik butang "Save preset". Atau melakukan sedikit pelarasan pemain OSM sebelum menyimpannya.

Cipta medan pemain Mediafront dengan CCK

Seterusnya kita perlu mencipta medan pemain media dalam jenis kandungan Media tadi. Namakan medan ini sebagai Media player. Pergi ke menu Administer Content management Media Manage fields. Tambah dan hasilkan medan baru dengan memasukkan butir-butir seperti berikut:

  • Label: Media player
  • Field name: field_mediafront_preset
  • Type of data to store: Media Player
  • Form element to edit data: Media player

Seterusnya klik butang "Save" untuk simpan.

Papar pemain Media OSM

Untuk memaparkan pemain Media OSM kita perlu melakukan pengubahsuaian paparan kandungan Media dengan memasukkan kod PHP ini pada bahagian Body. Pergi ke menu Administer Content management Template Media. Kod ini akan berhubung terus dengan MediaFront API.

<?php
$params['playlist'] = 'media'; //My node type for videos
$params['node'] = $node->nid; //Telling this playlist to only list 'node id'
print mediafront_get_player('mediafront_preset',$params); // Display OSM player with my mediafront preset name as mediafront_preset
?>
<?php print $body ?>

Anda akan mendapati untuk pemboleh ubah "preset" kita gantikan dengan mediafront_preset dalam kod PHP ini seperti yang dinyatakan dalam langkah sebelum ini. Jika terdapat sebarang ralat, Player not available akan dipaparkan.

Penilaian: 
3
Average: 3 (1 vote)