Sistem Administrasi Modul Drupal

Pertama, kita akan mengenali dahulu sistem administrasi modul. Bermula dari Administer Site building  Modules.

Muat Turun dan Pemasangan Modul Drupal-8272

Modul-modul yang dimasukkan di bahagian fail pelipat "module" akan disenaraikan secara automatis oleh Drupal. Modul yang tidak bertanda bermaksud ianya belum lagi diaktifkan. Setiap modul akan dikategorikan mengikut ciri-ciri pembangunannya.

Dalam gambar di atas, ia merupakan senarai modul yang datang dengan pakej installasi Drupal yang asal. Untuk aktifkan sesuatu modul, tandakan kekotak di bahagian "Enable" kemudian klik "Save".

Pemasangan modul baru

Seterusnya kita akan mempelajari cara-cara untuk memasang modul yang baru. Dalam contoh ini, saya akan memasang satu modul yang dinamakan "Views". Pertama sekali kita perlu memuat turun modul tersebut daripada Drupal.org atau di sini: https://www.drupal.org/project/views

Muat Turun dan Pemasangan Modul Drupal-8265

Sebelum itu, pastikan komputer anda telah dilengkapi dengan perisian Winzip atau WinRAR. Pakej modul yang dimuat turun adalah dalam bentuk fail padatan dan perlu dirungkaikan sebelum boleh digunakan. Seterusnya, kembangkan fail yang telah dimuat turun tadi. Ini adalah langkah mudah bagi mengembangkan fail tersebut.

Klik kanan pada fail tersebut, dan jalankan operasi ini:

Muat Turun dan Pemasangan Modul Drupal-8266

Hasilnya adalah seperti di bawah ini. Fail mampatan yang dimuat turun tadi boleh dibuang. Tips: Untuk setiap modul, di dalam pakejnya akan dibekalkan dengan fail manual untuk membantu anda dalam proses pemasangan, dan biasanya dinamakan sama ada README.TXT atau INSTALL.TXT.

Muat Turun dan Pemasangan Modul Drupal-8267

Seterusnya, pindahkan atau muat naik fail pelipat "views" ke dalam fail pelipat "modules" Drupal anda. Seperti di bawah ini:

Muat Turun dan Pemasangan Modul Drupal-8268

Kemudian, navigasi kembali ke laman web anda menerusi Administer  Site building  Modules. Anda akan dapat melihat senarai modul "Views" telah disenaraikan seperti berikut:

Muat Turun dan Pemasangan Modul Drupal-8269

Ini adalah modul-modul yang datang dalam pakej "Views". Terdapat 3 modul dalam satu pakej iaitu Views, Views exporter dan Views UI. Kadangkala satu pakej hanya didatangkan dengan satu modul sahaja. Jadi anda tidak perlu risau.

Perhatikan pada anak panah. Setiap modul akan dinyatakan dengan jelas keperluan asas sebelum ianya dapat diaktifkan dan digunakan. Ini kerana, terdapat modul yang dibina memerlukan fungsi-fungsi yang ada pada modul yang lain. Ini bagi menghasilkan saiz modul yang kecil dan kod yang sama tidak perlu dijalankan berulang kali.

"Required by" bermaksud modul-modul yang BERGANTUNG kepada modul ini untuk diaktifkan. Sekiranya modul ini tidak diaktifkan, maka modul yang dinyatakan juga tidak boleh beroperasi. 

"Depends on" bermaksud modul ini HANYA akan aktif sekiranya modul yang dinyatakan adalah AKTIF. Modul ini akan gagal berfungsi jika modul yang dinyatakan dimatikan atau dibuang.

Untuk menggunakan modul ini, anda seterusnya hanya perlu tandakan pada kekotak untuk setiap modul dan klik "Save configuration". Siap! Itu sahaja.

Membuang Modul (Uninstall)

Mungkin pada masa yang mendatang, anda ingin membuang modul-modul yang jarang digunakan atau mungkin diaktifkan sebagai proses cuba jaya. Pastikan anda perlu mematikan dahulu modul tersebut sebelum membuang fail pelipat dari webhost anda. Kerana semasa proses pemasangan modul, terdapat beberapa "table" dan "data" dimasukkan ke dalam pangkalan data.

Selain itu, ia juga menyediakan proses awal untuk pembuangan modul agar sebarang ralat dapat diminimakan. Proses untuk mematikan modul adalah seperti berikut:

  1. Administer Site building Modules
  2. Cari senarai modul yang ingin dibuang
  3. Buang tanda pada kekotak pilihan
  4. "Save configuration"
  5. Klik pada pautan "Uninstall" dibahagian atas halaman modul
    Muat Turun dan Pemasangan Modul Drupal-8270
  6. Tandakan kekotak pilihan untuk modul yang ingin dibuang keseluruhan data-data dari pangkalan data
    Muat Turun dan Pemasangan Modul Drupal-8271
  7. Seterusnya klik "Uninstall"
  8. Selepas selesai, buang fail pelipat, iaitu "views" dari fail pelipat "modules"
Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)