Pengenalan

Modul Token merupakan salah satu modul yang paling penting perlu dipasang pada semua laman Drupal. Modul ini diguna pakai atau menjadi sandaran kepada banyak modul yang lain. Dalam Drupal 6, terdapat sub modul yang akan menambah fungsi kepada modul asas iaitu Action/Trigger.

Fungsi

Berfungsi untuk memasukkan satu-satu fungsi pembolehubah ke dalam pembolehubah yang lain menerusi ruangan yang tidak menyokong penggunaan kod PHP secara terus. Modul ini mempunyai pakej API tersendiri dan jenis berpusat. Maknanya, API ini boleh digunapakai oleh mana-mana modul atau sistem dalam Drupal.

Token tidak mempunyai nilai fungsi sendiri sebaliknya mengambil nilai pemboleh ubah dari tempat lain. Sebagai contoh, untaian token [user] akan ditukarkan kepada nama pengguna sebenar bergantung kepada pemboleh ubah yang disandarkan.

Sekiranya pemboleh ubah yang disandarkan merupakan pengguna yang sedang log masuk, maka nama pengguna tersebut akan ditukarkan daripada token [user].

Pemasangan

Muat turun Modul Token di Drupal.org > kembangkan fail mampatan dan letakkan ke seluruhan folder "token" di "sites/all/modules".

Modul: Token-8893

Gelungsur ke bahagian Administer Site building Modules dan aktifkan modul tersebut

Modul: Token-8892

  • Token -- modul utama untuk mengaktifkan perkongsian API antara modul-modul lain
  • Token actions -- sub modul untuk integrasi antara modul asas Action/Trigger. Jika anda tidak bercadang untuk menggunakan fungsi ini, abaikan pengaktifannya.
  • TokenSTARTER -- sub modul untuk membina bentuk token sendiri. Jika anda tidak bercadang menghasilkan token sendiri, abaikan pengaktifannya.

Langkah-langkah Penggunaan

Tiada sebarang tetapan atau langkah penggunaan spesifik untuk modul Token sama ada kebenaran (Permission) atau tetapan administrasi.

Modul ini akan memberi memainkan peranan penting untuk modul lain seperti Pathauto.

Untuk mendapatkan senarai token yang disediakan oleh modul ini, anda boleh merujuk ke bahagian Administer Help Token. Pastikan modul asas Help diaktifkan.

Tag #: 
Penilaian: 
2
Average: 2 (1 vote)