Pengenalan

Modul Pathauto membolehkan fungsi dan struktur pembinaan halaman dikembangkan ke satu tahap yang lebih fleksibel. Keadaan ini mempengaruhi capaian alamat yang mendorong ke arah peningkatan SEO yang lebih tinggi. Modul ini mengembangkan fungsi modul Token.

Fungsi

Secara asalnya, Drupal menggunakan modul Path yang dimuatkan dalam terasnya untuk membolehkan pengguna menulis alamat URL yang lebih mesra pengguna. Modul Pathauto ini mengembangkan fungsi sedia ada dengan membolehkan setiap URL ditulis semula mengikut piawai dan paten yang ditetapkan secara automatik dengan bantuan modul Token.

Sebagai contoh, untuk satu kiriman yang bertajuk "Pengenalan Drupal" boleh diakses menerusi URL asal iaitu "example.com/node/1". Menerusi modul Path, ianya akan diterjemahkan untuk menghasilkan "example.com/artikel/pengenalan-drupal".

Modul Pathauto mengembangkan fungsi untuk menulis URL ini untuk semua halaman baru yang dicipta secara terus tanpa memerlukan pengguna menetapkan secara manual berdasarkan kepada tetapan untuk setiap jenis kandungan. Maknanya, untuk jenis kandungan blog dan forum, anda mungkin akan menghasilkan bentuk URL seperti:

Keperluan

  1. Modul Token (dipasang dan diaktifkan)
  2. Modul Path (diaktifkan -- Drupal core)

Pemasangan

Muat turun modul Pathauto dari Drupal.org -- kembangkan fail mampatan dan letakkan keseluruhan fail pelipat ke "sites/all/modules".

Navigasi ke bahagian Administer Site building Modules dan aktifkan modul Pathauto.

Kemudian periksa kebenaran sekiranya terdapat peranan "Admin" dilakukan sebelum ini di Administer User management Permission. Aktifkan kebenaran untuk penggunaan modul ini.

"Notify of path changes" akan memaparkan mesej kepada kumpulan sekiranya berlaku perubahan penamaan URL dilakukan berbanding sebelum ini.

Seterusnya kita akan lakukan penetapan untuk modul ini. Gelungsur ke Administer Site building URL aliases

Paparan hadapan menyenaraikan semua URL yang telah ditulis semula dalam bentuk mesra pengguna. Bagi modul yang baru dipasang, tiada sebarang senarai ditunjukan. Untuk memulakan tetapan, klik pada tab menu "Patterns". Anda akan melihat beberapa medan kosong ditunjukan. Medan-medan ini membolehkan kita menetapkan corak URL yang akan ditulis secara automatis.

Ianya diklasifikasikan berdasarkan kepada jenis kandungan, taksonomi dan pengguna. Sesetengah modul akan menambah sendiri fungsi mereka untuk digunakan bersama dengan Pathauto (contoh: modul FAQ). Dengan modul Token, penukaran satu-satu pemboleh ubah lebih mudah.

Sebagai contoh, sekiranya kita hasilkan satu jenis kandungan terbaru, "Berita terbaru" dan satu kiriman baru dengan jenis kandungan tersebut dilakukan, URL akan dipaparkan seperti berikut: http://example.com/node/1. Dengan Pathauto diaktifkan dan corak ditetapkan seperti berikut:

Maka URL yang akan dihasilkan adalah seperti berikut: http://example.com/berita-terbaru/selamat-datang. Anda perlu melihat senarai penukaran Token yang lain dengan klik pada "Replacement token".

Penetapan penukaran simbol dan aksara istimewa

Proses penukaran daripada Token kadang kala akan menimbulkan masalah sekiranya pemboleh ubah yang digunakan (contoh tajuk kiriman) mengandungi simbol seperti ; $ % dan sebagainya. Penggunaan simbol dan aksara istimewa dalam URL akan merendahkan tahap SEO laman dan membuka ruang untuk digondam.

Pada bahagian tab "Settings" membolehkan kita mengawal simbol-simbol ini untuk digantikan dengan elemen lain. Berdasarkan kepada pihak Google, seharusnya URL hanya mengandungi hyphen (-) sahaja. Pathauto didatangkan dengan tetapan yang paling terbaik untuk SEO. Jadi ruangan ini tidak perlu diusik sekiranya anda tahu apa yang anda lakukan.

Tindakan kemas kini

Pathauto menyediakan tetapan yang akan dilakukan sekiranya berlaku perubahan penamaan URL. Katakan, terdapat perubahan tajuk kiriman, maka apakah tindakan Pathauto akan lakukan untuk situasi ini? Tetapan ini boleh diset pada:

Untuk mengelakkan berlaku "broken link" apabila diindeks oleh Google, setkan tetapan kepada "Create a new alias. Leave the existing alias functioning" atau "Create new alias, redirect from old alias". Tapi ini akan menyebabkan saiz pangkalan data akan bertambah.

Sekiranya anda mahu gunakan tetapan dalam rajah, modul sokongan Global redirect dan Path redirect perlu dipasang.

Isu duplikasi kandungan dengan Pathauto

Apabila kita menghasilkan penamaan satu-satu URL dengan Pathauto, URL asal masih kekal dalam pangkalan data kita. Seperti di atas, apabila satu kiriman "node/1" ditulis kembali sebagai "blog/pengenalan-drupal", kedua-dua URL ini boleh diakses berasingan.

Agen Carian yang mengindeks laman anda akan melakukan penindeksan kedua-dua URL dan kesannya adalah duplikasi kandungan. Bagi mengatasi masalah ini, kita perlu mengarahkan atau melakukan "redirect" untuk URL asal agar ianya ditujukan kepada URL yang baru.

Dengan bantuan modul Global redirect atau Path redirect, kedua-dua modul ini akan memastikan hanya URL yang dinamakan semula wujud manakala URL asal hanya digunakan untuk tujuan kemas kini, dibuang dan pemanggilan ID node tersebut.

Jadi, pastikan pemasangan Pathauto perlu dibantu dengan modul Global redirect atau Path redirect.

Penilaian: 
3
Average: 3 (1 vote)