Pada pemasangan asas, iaitu Drupal 6.xx telah dilampirkan bersama modul-modul yang diintegrasikan terus ke dalam "core" Drupal. Modul-modul ini sebenarnya merupakan hasil pembangunan daripada pihak ketiga. Selepas melalui beberapa proses validasi oleh pihak pembangun Drupal, mereka telah memasukkan modul ini terus ke dalam pemasangan asas.

Sungguhpun begitu, kebanyakan modul-modul ini sebenarnya sudah tersedia tetapi belum diaktifkan. Bergantung kepada pihak pembangun laman untuk menggunakannya atau tidak. Versi-versi kemas kini setiap modul sedia ada ini akan ditingkatkan apabila anda mengemas kini versi Drupal. Oleh itu, kemas kini untuk module tertentu sahaja tidak disediakan.

Berikut merupakan antara modul-modul yang didatangkan dalam pakej Drupal 6.

Modul yang diwarnakan biru, kebiasaanya sudah diaktifkan semasa proses pemasangan
  • Aggregator
  • Blog
  • Blog API
  • Book
  • Color
  • Comment
  • Contact
  • Content Translation
  • Database logging
  • Forum
  • Help
  • Locale
  • Menu
  • OpenID
  • Path
  • PHP Filter
  • Ping
  • Poll
  • Profile
  • Search
  • Statistics
  • Syslog
  • Taxonomy
  • Throttle
  • Update status
  • Upload

Terdapat beberapa modul yang masih belum diaktifkan. Ini bagi memberikan kekuatan kepada Drupal untuk berfungsi pada tahap pemasangan yang paling asas dan anda boleh menentukan kepentingan untuk laman web anda sendiri. Seterusnya saya akan menunjukkan beberapa contoh untuk mengaktifkan, menggunakan dan fungsi-fungsi yang disediakan oleh modul ini.

Module: Blog

Modul ini berfungsi dengan menghasilkan satu jenis kandungan yang baru yang dinamakan "Blog". Jenis kandungan ini ditetapkan untuk membolehkan data-data dipaparkan dengan lebih cepat, boleh dikemas kini selalu dan beberapa fungsi yang lain ditambah. Untuk mengaktifkannya:

Administer Site building Modules aktifkan "Blog" Save configuration

Setelah diaktifkan, akan terdapat satu menu untuk kemasukan kandungan yang baru dihasilkan seperti ini:

Only local images are allowed.

Anda boleh menetapkan kebenaran untuk penggunaan jenis kandungan ini mengikut kesesuaian anda sendiri. Tiada lagi konfigurasi yang disediakan melainkan jenis kandungan ini paling sesuai digunakan sekiranya anda ingin membina laman berasaskan kepada blog.

Anda boleh merujuk kepada tutorial ini untuk penetapan kebenaran penggunaan jenis kandungan: Penetapan kebenaran (permission)

Module: Content translation

Modul ini antara yang menjadi daya penarik kepada semua pengguna Drupal. Drupal digunakan hampir seluruh dunia dan proses translasi bahasa sentiasa menjadi pertanyaan oleh kebanyakkan pengguna. Dengan mengaktifkan modul ini, anda boleh melakukan proses translasi dengan lebih mudah dan menentukan target frasa tertentu di dalam Drupal.

Untuk mengaktifkan modul ini, gelungsur ke: Administer Site building  Modules aktifkan "Content translation"

Satu notis akan dipaparkan iaitu anda juga perlu mengaktifkan modul "Locale" yang akan menyokong modul ini untuk berfungsi. Klik sahaja "Continue" kerana modul "Locale" berfungsi untuk menguruskan jenis translasi bahasa yang akan digunakan dalam keseluruhan laman web kita.

Oleh kerana dalam proses tadi kita telah mengaktifkan dua modul sekaligus, maka akan terdapat 2 fungsi konfigurasi tambahan pada laman. Seperti biasa, perkara pertama yang perlu dilihat adalah "Permission" terlebih dahulu. Gelungsur ke: Administer > User management > Permission.

Only local images are allowed.

Kebenaran "Locale module" adalah untuk menguruskan konfigurasi pemilihan bahasa untuk laman manakala "Translation module" adalah kebenaran untuk kumpulan melakukan proses translasi. Seandainya anda mempunyai kumpulan pengguna yang tertentu seperti kumpulan "Penterjemahan", maka anda perlu memberikan kebenaran kepada mereka untuk "translate interface" dan "translate content". Kedua-dua kebenaran ini mempunyai fungsi tersendiri.

  • Translate interface: kebenaran melakukan translasi untuk setiap arahan yang terdapat pada Drupal dan melibatkan setiap ayat-ayat atau frasa pada konfigurasi dan paparan Drupal sahaja
  • Translate content: kebenaran melakukan translasi bahasa untuk isi kandungan. Sekiranya laman anda menyediakan pilihan bahasa lebih dari satu, maka pengguna berupaya untuk menyediakan translasi untuk kandungan tersebut

Penetapan jenis bahasa

Pertama dahulu, gelungsur ke bahagian ini: Administer Site configuration Languages. Pada asasnya, Drupal telah menggunakan jenis bahasa "English" sebagai bahasa pengantar yang utama. Sebagai contoh, saya ingin menambah satu pilihan bahasa iaitu "Bahasa Melayu". Klik "Add language" pada bahagian atas.

Only local images are allowed.

Dari senarai bahasa yang disediakan, telah disediakan "Bahasa Melayu". Anda hanya perlu memilihnya sahaja. Sekiranya anda mahu menggunakan jenis bahasa tersendiri, klik pada "Custom language" dan masukkan setiap keperluan pada borang penetapan. Setelah selesai, klik "Add language".

Only local images are allowed.Seterusnya, saya mahu laman ini menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Jadi kita perlu setkan "Default" bahasa pada bahasa Melayu dengan klik pada butang radio dan "Save configuration".

Untuk pengetahuan, sehingga saat ini, translasi bahasa melayu sepenuhnya untuk Drupal 6 belum lagi tersedia. Proses translasi ini sedang giat diusahakan oleh satu kumpulan Drupal Malaysia iaitu http://www.drupal.my. Anda boleh memuat turun fail translasi yang telah dilakukan oleh pihak mereka. Sehingga kini hampir 40 - 50% sudah siap diterjemahkan.

Anda boleh menjadi salah seorang penyumbang dalam proses ini untuk membantu pihak pembangun laman web yang lain.

Translasi frasa Drupal

Proses translasi secara manual untuk setiap frasa Drupal sangat mudah dilakukan. Ini kerana setiap aturcara penulisan untuk paparan teks dijalankan dengan menggunakan fungsi t("..."). Setiap translasi yang dilakukan akan disimpan di dalam pangkalan data dan akan ditukarkan sekiranya terdapat arahan penukaran dimasukkan.

Untuk melakukan proses translasi frasa Drupal, terlebih dahulu anda perlu gelungsur ke: Administer  Site building Translate interface. Ini merupakan paparan administrasi untuk translasi. Kemudian klik pautan "Search" dibahagian atas.

Only local images are allowed.Perhatikan terdapat ruangan untuk mencari frasa yang hendak ditranslasikan. Cara yang paling mudah adalah seperti ini, katakan saya ingin lakukan pada pautan menu "My account". Pertama sekali kita perlu "highlights" frasa tersebut. PERHATIAN: Setiap frasa adalah sensitif pada huruf besar dan kecil. Jadi kita perlu mendapatkan frasa yang tepat.

Seterusnya tampal ("paste") frasa yang sudah disalin tadi ke dalam ruangan "String contains". Hasilnya adalah sepatutnya "My account".

Only local images are allowed.

Seterusnya klik sahaja butang "Search" untuk Drupal mencari dan menyenaraikan ke semua frasa yang mungkin mengandungi frasa tersebut.

 Only local images are allowed.

Perhatikan terdapat beberapa senarai yang MUNGKIN mengandungi frasa "My account". Fokuskan kepada frasa yang betul-betul menepati yang kita ingini. Dalam contoh di atas di dapati terdapat satu pilihan yang tepat. Oleh itu, klik pada butang "edit". Perhatikan juga bahasa indikasi "ms" dalam keadaan bergaris menandakan tiada lagi translasi dilakukan untuk frasa ini.

Only local images are allowed.

Only local images are allowed.Masukkan translasi yang ingin diterjemahkan. Dalam contoh di atas saya menulis "Akaun saya". Seterusnya klik "Save translation". Selepas itu anda akan mendapati bahawa dibahagian menu, frasa tersebut telah diterjemahkan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di sebelah ini.

Multi bahasa

Seperti lain-lain CMS, Drupal juga menyokong penggunaan multi bahasa. Dalam contoh ini, saya akan tunjukkan langkah untuk memberikan pilihan pengguna memilih untuk pengantar bahasa pilihan. Dalam kes ini terdapat dua sahaja bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sebelum itu kita perlu menetapkan dahulu proses pembezaan yang akan dilakukan sekiranya berlainan bahasa pengantar dilakukan. Oleh itu gelungsur dahulu ke: Administer Site configuration Languages klik tab "Configure". Terdapat empat pemilihan untuk penukaran bahasa pengantar.

Only local images are allowed.

None: pilihan ini akan mematikan fungsi pemilihan bahasa pengantar

Path prefix only: pilihan ini akan menambah satu pemboleh ubah pada alamat URL, katakan untuk bahasa Melayu, "prefix"nya adalah "ms", maka setiap alamat domain anda akan ditambahkan menjadi: websaya.com/ms/lamanutama

Path prefix with language fallback: pilihan ini akan memeriksa sekiranya wujud multi bahasa dalam laman atau pengesanan dari jenis bahasa pada perisian pelayar, ia akan terus berfungsi tanpa melakukan sebarang penambahan. Sekiranya tiada "prefix" atau bahasa pengantar yang tepat, ia akan memilih bahasa "default". Dicadangkan supaya memilih pilihan ini.

Domain name only: pilihan ini akan melakukan penambahan "prefix" seperti dalam pilihan kedua tetapi ia dilakukan pada domain, iaitu ms.websaya.com.

Seterusnya klik "Save settings". Pada saat ini pilihan bahasa pengantar belum lagi muncul kerana kita masih belum mengaktifkan blok tersebut.

Only local images are allowed.

Jadi, anda perlu gelungsur ke: Administer Site building  Blocks. Fokuskan pada bahagian "Disabled" blok, anda akan mendapati terdapat satu blok telah disenaraikan iaitu "Language switcher". Aktifkan blok ini pada bahagian mana-mana "region". Dalam contoh ini saya menetapkan agar ianya muncul di bahagian kanan seperti dalam contoh disebelah.

Only local images are allowed.

Jika anda cuba untuk melakukan pemilihan bahasa, contohnya anda klik pada pautan "English", ianya tetap memaparkan "Bahasa Melayu" KEMUNGKINAN anda telah melakukan pemilihan "default" bahasa untuk laman adalah bukan "English" seperti yang kita lakukan dalam contoh di atas sebelum ini. Untuk membolehkan ianya berfungsi, kita terpaksa mengembalikan tetapan kepada "English" sebagai bahasa tetap. Ulang semula langkah penukaran bahasa tetap di atas kepada "English". Selepas itu akan akan dapati yang fungsi pemilihan bahasa mula berfungsi.

Multi bahasa kandungan

Tutorial di atas hanya akan melakukan proses translasi kepada setiap frasa dalam Drupal tetapi tidak kepada kandungan. Untuk kandungan anda terpaksa melakukan translasi sendiri dan ianya akan ditukarkan kepada versi bahasa translasi bergantung kepada pemilihan bahasa pengantar tadi.

Untuk melakukannya, kita perlu menetapkan jenis kandungan yang boleh dilakukan translasi untuk multi bahasa terlebih dahulu. Gelungsur ke: Administer Content management Content types. Dalam contoh ini saya hendak tetapkan agar jenis kandungan "Page" mempunyai kebolehan untuk melakukan multi bahasa. Klik "Edit" pada jenis kandungan "Page".

Only local images are allowed.

Klik pada kategori "Workflow settings". Terdapat satu pilihan yang tertera mengenai sokongan multi bahasa. Pada asalnya, pilihan ini ditetapkan kepada "Disable".

Oleh kerana kita mahukan jenis kandungan ini boleh dilakukan translasi kepada pelbagai bahasa, maka anda seharusnya memilih tetapan "Enable, with translation". Seterusnya klik "Save content type". Sekiranya anda ingin menetapkan jenis kandungan lain mempunyai kebolehan ini, ulangi proses yang sama terhadap yang lain.

Only local images are allowed.

Seterusnya kita akan cuba hasilkan satu artikel dengan menggunakan jenis kandungan ini. Gelungsur ke: Create content Page. Seperti sebelum ini, segala ruangan borang kemasukan perlu dimasukkan cuma akan terdapat satu pilihan yang baru iaitu penetapan bahasa. Anda perlu memilih salah satu pilihan yang disenaraikan.

Sekiranya pilihan dibuat pada "Language neutral", maka proses translasi untuk mana-mana pemilihan bahasa pengantar tidak akan berlaku dan artikel yang sama akan dipaparkan. Katakan dalam contoh ini, saya ingin menyediakan artikel untuk bahasa Melayu terlebih dahulu. Untuk menyenangkan kerja, pada bahagian "Publishing options", tandakan "Promoted to front page" dan "Sticky at top of lists".

Kemudian kembali semula ke laman utama. Anda akan mendapati artikel tersebut akan dipaparkan walaupun pemilihan bahasa diklik. Ini kerana kita masih belum menyediakan artikel yang ditranslasikan ke dalam bahasa Inggeris. Untuk melakukannya, klik pada tajuk artikel tersebut untuk paparan penuh. Pada bahagian atas anda akan mendapati pilihan seperti ini:

Only local images are allowed.

Klik tab "Translate" untuk memulakan proses translasi artikel ini. Paparan senarai translasi yang telah dilakukan akan dipaparkan. Perhatikan bahawa untuk "English", masih belum ada translasi dilakukan. Untuk itu klik pada pautan "add translation".

Only local images are allowed.

Tugas anda seterusnya adalah menterjemahkan ke semua ruangan untuk artikel ini ke dalam bahasa Inggeris terutamanya untuk "Title" dan "Body". Setelah ke semua selesai, klik sahaja butang "Save". Kembali ke ruangan laman utama dan anda akan dapat melihat pautan untuk pemilihan bahasa akan dipaparkan dibahagian bawah artikel tersebut.

Only local images are allowed.

Forum

Drupal juga menyediakan modul forum untuk pembangunan laman web berasaskan kepada jaringan sosial. Forum ini mempunyai fungsi hampir sama dengan mana-mana forum. Setiap data-data dari forum telah diintegrasi sepenuhnya dengan Drupal. Jadi anda tidak perlu lagi melakukan apa-apa modifikasi. Seperti biasa, untuk mengaktifkannya ikuti langkah ini:

Administer Site building Modules aktifkan "Forum" Save configuration

Setelah diaktifkan, anda mungkin perasan tiada sebarang perubahan dilakukan. Ini kerana kita perlu melakukan beberapa penetapan bagi membolehkan pengguna lain untuk menggunakan forum tersebut. Perkara pertama yang hadir dalam minda kita setiap kali pemasangan modul yang baru adalah "Permission". Gelungsur ke: Administer User management Permission. Fokuskan pada bahagian "forum module".

Only local images are allowed.

Contoh tetapan kebenaran di atas membolehkan pengguna berdaftar sahaja menggunakan forum, iaitu menghantar topik baru, membuang topik SENDIRI dan kemas kini topik SENDIRI.

Seterusnya gelungsur ke Administer Content Management Forums. Di sini kita akan menyediakan ruangan-ruangan untuk forum kerana pada tahap ini pengguna masih belum boleh menghantar sebarang topik atau isu.

Only local images are allowed.

Terdapat dua terma yang perlu difahami iaitu "container"; merupakan kategori yang merangkumi beberapa kelompok forum di dalamnya, "forum"; ruangan atau tempat untuk pengumpulan, penghantaran dan paparan senarai topik oleh pengguna. Jelas kita lihat tiada sebarang forum dihasilkan. Seterusnya, kita akan hasilkan dahulu kategori, contoh: "Ruangan Umum". Klik "Add container" di bahagian atas.

Only local images are allowed.

Seterusnya kita akan hasilkan pula forum bagi membolehkan pengguna menghantar setiap topik berkaitan pada ruangan yang disediakan. Klik "Add forum" dibahagian atas. Contoh: "Komen, cadangan dan pendapat" saya letakkan di bawah kategori "Ruangan umum" tadi.

Only local images are allowed.

Tetapan untuk forum ini adalah sama dengan kategori sebelum ini. Apa yang perlu diambil berat adalah pada bahagian "Parent" yang akan menentukan forum ini berada di dalam kategori yang mana. Anda boleh menambah sendiri beberapa lagi forum mengikut keperluan sendiri.

Seterusnya, kita perlu menghasilkan satu pautan bagi memudahkan pengguna mencapai terus ke halaman forum. Dalam contoh ini saya mahu letakkan pautan ke forum berada di bahagian yang paling jelas dilihat oleh pengguna iaitu dibahagian atas. Gelungsur ke: Administer Site building Menus Primary links klik "Add item"

Only local images are allowed.

"Path" untuk forum adalah "forum" sahaja. Penetapan yang lain adalah sama dengan tutorial untuk menghasilkan menu yang baru.

Penilaian: 
4
Average: 3.5 (2 votes)

Komen

si

Boleh ke bagi tutorial mcm mana nak buat simple modul sendiri

parasolx's picture
Admin

rasanya tutorial tuh dah sampai tahap yang agak tinggi.. mungkin akan dimuatkan tidak lame lagi.
skrg ni kami masih menekankan kepada melengkapkan tutorial asas penggunaan Drupal.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training