Backup atau salinan pendua kepada laman web anda yang sebenar sangat penting bagi memastikan kita mempunyai alternatif yang terbaik sekiranya berlaku sesuatu seperti digondam, laman web rosak, kehilangan data atau tindakan diluar jangkaan. Pangkalan data adalah yang paling penting untuk di"backup" memandangkan sistem Drupal sepenuhnya berpegang kepadanya bagi membenarkannya ia beroperasi.

Modul Backup and Migrate

Modul Backup and Migrate adalah satu-satunya modul yang dilihat mempunyai fungsi untuk melakukan "backup" pangkalan data sepenuhnya pada masa yang ditetapkan berdasarkan kepada profil tertentu. Selain itu, terdapat juga fungsi manual yang membolehkan operasi dijalankan pada bila-bila masa.

  • Langkah pertama, muat turun modul ini di https://www.drupal.org/project/backup_migrate.
  • Pilih versi 6-x untuk Drupal 6. Pada ketika ini versi 6.x-2.4 telah dilepaskan.
    Modul Backup and Migrate-9530
  • "Extract" fail mampatan tersebut dan letakkan didirektori sites/all/modules.
  • Seterusnya gelungsur ke ruangan pentadbiran Modules atau di URL http://example.com/admin/build/modules.
  • Aktifkan modul ini pada senarai modul
    Modul Backup and Migrate-9531
  • Setelah diaktifkan, pergi ke ruangan pengurusan pengguna dan masuk ke ruangan Permission untuk memberikan kebenaran kepada golongan dan pengguna tertentu untuk mengunakannya.

Konfigurasi modul Backup and Migrate

Semua konfigurasi untuk modul ini terletak di bawah menu Administrator Content management.

Modul Backup and Migrate-9532

Ini adalah paparan utama Backup and Migrate. Terdapat 5 tab utama untuk mengendalikan modul ini iaitu:

  • Backup -- untuk melaksanakan operasi backup secara manual
  • Restore -- untuk mengembalikan fail-fail yang telah di"backup" ke dalam pangkalan data
  • Destinations -- mengendalikan perihal berkaitan dengan lokasi fail-fail backup
  • Profiles -- profil konfigurasi untuk setiap tindakan yang akan dilaksanakan oleh modul
  • Schedule -- jadual backup secara berkala.

Konfigurasi "Backup"

Di bahagian ini modul ini membenarkan kita untuk melakukan proses backup secara pantas dengan memilih Quick Backup atau operasi yang lebih lanjut iaitu Advanced backup.

Modul Backup and Migrate-9533

Bahagian Advanced backup memberikan lebih konfigurasi pilihan untuk proses backup dilakukan. Ini termasuklah paten nama fail, jadual tertentu daripada pangkalan data, notifikasi untuk emel, menutup laman semasa proses backup dilakukandan terakhir adalah destinasi di mana fail backup akan disimpan/di muat turun.

Sebagai permulaan, kita akan lakukan satu salinan backup untuk keseluruhan pangkalan data terlebih dahulu. Fail backup ini akan digunakan pada peringkat konfigurasi seterusnya iaitu Restore. Kembali ke ruangan Quick backup, dan dengan tetapan berikut klik butang "Backup now". Tunggu sehingga proses ini selesai.

Modul Backup and Migrate-9534

Penilaian: 
No votes yet

Komen

Nazril's picture

Salam,
sekiranya kita pilih untuk buat schedule backup. katakan bakcup setiap 1 hari.
bilakah masa yang dia buat backup? adakah random time.
ataupun masa backup dibuat bila kita tekan save shedule? katakan kita save schedule tu jam 9am. adakah setiap hari jam 9am dia akan buat backup.

parasolx's picture
Admin

Ye betul. Dia akan ambil masa sewaktu kita save schedule tersebut. Sebab pengiraan cron dijalan kepada 24jam (1 hari) + waktu schedule create.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Nazril's picture

aha ok tq.. saya nak reschedule lah supaya backup dibuat tgh malam.